Lauk pauk

                                                          
5 SEPTEMBER 2011                                          SERUNDING
Serunding yang setiap tahun kak ana masak untok hidangan hari raya yang telah menjadi kemestian.Resepi nya dari buku Asmah laily,sunggoh enak kalau di makan dengan lontong dan juga boleh diperbagaikan mengikuy selera kita.kak ana pernah buat inti ondeh2 goreng,pulut serunding,inti pulut panggang dan lain2.bak kata Asmah laily KITA BUAT DIA BUKAN DIA BUAT KITA.
bahan2 yang akan dikisar
tumiskan bahan bahan giling hingga pekat
masukkan kelapa yg telah di goreng tadi dan dikacau hingga rempah nya rata masak lah dengan api yang perlahan sehingga kering. serunding yg telah siap,boleh dimakan dgn lontong atau pulut.Serunding ini tidak terlalu kering




     16 NOVEMBER 2011                             HIDANGAN RABU

16 NOVEMBER 2011
Selamat tengahari hari semua semoga hari ini akan menjadi hari yang bahagia buat semua.
Hari ini tak tahu nak masak apa ashik2 lauk yang sama je,nak masak menu baru malas pulak nak kepasar.
lemak cili padi isi ikan
Dah selongkar peti ice akhirnya masak lemak isi ikan,bendeh goreng dan sambal untuk bekal huby.Mudah2an dia tak jelak.........
N3 resepinya kak ana tak dapatlah nak masukkan bab tetikus kak ana tengah buat hal,tiba2 je tak ada curser,dah tukar batteri maseh tak mahu keluar jugak.
Nak pakai jari raba2 pada board tu yang tak suka lambat............
Hari ini mood spoil dek tetikus tu alaihaiiii ...... tengoklah sampai gambar pun gelap je ikut murung jugak.
Dek nak puaskan hati sendiri kak ana load jugak.Maaf lah ya..........

RENDANG DAGING
6 SEPTEMBER 2011
Rendang daging ini telah diajar oleh ibu mertua ku hehehehe..........orang minang, rendang ini lah menjadi kemestian dalam hidangan hari raya.Cara masak nya mudah sangat cuma perlukan kesabaran mengodek takut hangus.

Bahannya
1 kg daging lembu batang pinang(jenis yang ini mudah empok)dipotong kecil2
1/2 biji kelapa dibuat kerisik atau yang sudah siap juga boleh(4 sudu besar)
5 biji bawang besar di hiris
$1 cili padi hijau dikisar boleh dilebehkab jika suka pedas
2 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1 inci lengkuas di titik
4 batang serai di titik
1 helai daun kunyit dihiris halus atau di siat2
4 helai daun limau purut
semangkuk santan lebeh kurang 1500 ml
1 cawan minyak
garam dan sedikit gula jika suka
Caranya
Masukkan semua bahan2 dan juga daging kecuali kerisik tadi kedalam kuali dan di tuangkan dengan santan,lalu jerangkan diatas api yang sederhan.Masukkan juga kedua dua jenis daun tadi dan masak lah sehingga pekat dan daging nya empok.Setelah pekat tuangkan kerisik dan dikacau rata jangan lupa bubuhkan garam.
Biarkan sebentar dan lihat jika sudah kering bolehlah diangkat.
Peringatan rendang ini hendaklah sentiasa di kacau khuatir jika ditinggal kan dia akan mudah hangus dan jika yang suka berempah boleh lah di bubuhkan 2 sudu besar ketumbar,1 sudu teh jintan kasar dan 1 sudu teh jintan halus kesemua bahan ini hendaklah disangar dan dikisar.

19 november 2011
Salam semua N3 hari ini hidangan tengahari tadi berupa kailan goreng dan daging daun bawang.Makanan yang simple dan cepat serta berkhasiat.
Makanan sayuran amat perlu untuk tubuh badan kita ia nya menghasilkan serat yang melancarkan pembersehan dalam usus kita dan protin dari daging pula menambahkan tenaga yang telah sehari di keluarkan.Kita harus ingat setiap pengambilan nya tidak harus berlebehan kerana setiap yang berlebehan akan mendatangkan kemudaratan.Sebagai manusia begitu juga kak ana akan terlupa semua itu apabila yang dihidangkan terlalu sedap atau favourite
Tapi apabila dah mula sakit baru nak ingat semua tu dah terlambat....................Ini semua sebagai ingatan buat kak ana yang dah berusia dan harus menjaga makanan sebab enjin lama.
Jika tidak makanan yang biasa dimakan akan bertukar menjadi pil2 yang mengantikan makanan kita, mudah2an dilindungi Allah dari semua itu.Insa'allah.
Ok disini kita tengok resepi untok hidangan hari ini.
DAGING DAUN BAWANG
1/2 kg daging goreng dihiris lebar dan halus
2 biji bawang dihiris kasar
2 biji cili merah dihiris
2 biji tomato dibelah 6
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap masin
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 cekak atau 100 gm daun bawang dipotong kasar
Bahan kisar
3 biji bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
1 sudu besar tepong jagung campurkan dengan 1/2 cawan air untok memekat kan nya.
Cara
Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau masukkan daigng dan masak lah sehingga daging empok,jika kering tuangkan air.
Setelah dagingnya empok masukkan semua bahan2 lain kecuali daun bawang dikacau rata dan masaklah dalam 1 minit matikan api.
Apabila api telah dimatikan masukkan daun bawang digaul rata dan bolehlah dihidangkan.


KAILAN GORENG
200 gm sayur kailan dipotong ikut suka cuci dan toskan
1 batang lobak dibuang kulit dan potong serong
1 biji bawang besar potong kasar
2 biji cili merah dihiris
3 biji bawang putih dicincang
4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Cara
Tumiskan bawang putih hingga kuning masukkan sos tiram dan sedikit air.
Setelah air mendideh masukan bahan2 yang selebehnya masaklah hingga sayur layu sedikit jangan terlalu layu ini akan merosakkan kandongan vitaminnya.
Rasalah masakan nya baru dimatikan api dan dihidangkan.
Selamat menjamu selera.
21 NOVEMBER 2011
BUNGA KOBIS GORENG
1/2 bahagian coliflower putih(bunga kobis)dipotong ikut suka
1 biji bawang besar hiris
2 biji cili merah hiris
2 biji bawang putih cincang
2 biji telur dikocok
1 sudu teh serbuk sayur (knor)
garam
Cara
Tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan bawang besar,cili dan bunga kobis.
Tuangkan sedikit air jika nak berkuah masak lah hingga kobis 1/2 layu dan bubuhkan serbuk sayur dan garam
Masukkan kocokan telur tadi biarkan sekejap hingga telur masak,matikan api.
Hidanglah sewaktu masih panas

22 NOVEMBER 2011                                                           SINGGANG NENAS

Selamat hari selasa kepada semua hari yang cerah untuk siapa2 yang nak cuci baju cepat2 takut hujan pulak? maklum lah semenjak ni hujan turun hari2 kalau tak pagi petang kadang2 sehari suntuk.
Hujan2 cam ni nak kemana pun malas,tapi yang untung kedai jual payung lah hahaha.........
Kecantikan kembangan payung yang beranika warna juga dapat kita saksikan dimusim hujan,
bagaikan cendawan bergerak yang tumbuh merata rata.
Kalau musim hujan macam ni lauk mesti yang pedas2 supaya hangat dan selera ya kan?Tapi........
Bagi perut yang tak tahan pasti barry2 melecet dibuatnya pulak?dah....satu hal.
N3 hari ini kak ana hidangkan singgang nenas nampak cam tak selera je........tapi cuba lah......
terangkat jari tau?

SINGGANG NENAS
1/2 kg ikan kembong disiang dan dicuci berseh
1 tin kecil nenas (dalam tin) di potong 2 air nya jangan di buang
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dicincang
1 inci halia di ketuh
2 batang serai di titik
10 batang cili padi dipotong 2
2 batang cili merah di hiris
3 keping asam keping
2 sudu besar serbuk kunyit
garam dan serbuk perasa jika suka
Cara
Tumiskan bawang ,bawang putih,cili padi,serai, halia,serbuk kunyit dan cili merah sehingga layu
Masukkan asam keping dan air nenas tadi jangan lupa tambahkan sedikit air agar lauk kita berkuah
Biarkan mendideh baru masukkan nenas dan ikan jangan lupa garam dan serbuk perasa biarkan
mendideh selama 10 minit boleh lah diangkat.
Jika suka bolehlah dicampakkan sehelai daun kunyit atau 3helai daun limau purut.
23 NOVEMBER 2011                                                                  LEMAK SOTONG

Salam semua................ kembali lagi kita hari ini dengan rotin seharian sebagai suri rumah.Tak boleh mengeloh dah tanggung jawab apa nak buat...........nak kerja? gi interview kata umur dah over dan kalau ada pun yang boleh berbahasa mandrin beginilah nasib orang2 melayu disini.
Kita lupakan itu semua nanti stress darah tinggi naik dah tak boleh nak makan lauk ni pulak hehehe.
Jom kita tengok resepi nya dulu ya?
LEMAK SOTONG
1 kg sotong yang sederhana bersehkan dan kepalanya disumbatkan kedalam perutnya lalu di cucuk
dengan lidi ketepikan
5 batang cili padi merah dibuang tangkai nya
4 helai daun limau purut
2 biji terong dibelah dua
1 mangkuk santan atau 1 kotak santan kara
Bahan kisar
10 biji cili padi merah
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar kunyit serbuk
Semua bahan dikisar halus
Cara
Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik minyak,masukkan santan ,terung,cili padi dan daun limau.
Biarkan mendideh sambil dikacau dengan api yang perlahan agar tidak pecah santan.masukkan pula sotong dan biarkan hingga sotong masak lebeh kurang 5 minit.Jangan masak terlalu lama nanti sotong akan menjadi keras.
Sotong ini juga boleh digoreng 1/2 masak sebelum dimasukkan.
Sewaktu menghidang cabutlah lidi dari badan sotong tadi jangan lupa tau......nanti lain pulak jadi nya.

7 JANUARY 2012
Selamat tahun baru semua........
Walaupun terlambat ber N3 namun maseh juga dalam tahun baru kan? dek kemalasan melanda pada awal tahun tu yang menyebabkan terlewat segala gala nya.Namun begitu lambat atau cepat kk ana tetap akan masukkan N3 nya k?
Ok kk ana nak masukkan N3 pasal jengkol oopppp ada yang tak tahu apa tu jengkol kan?JERING lah..
Cakapan orang2 jawa lah tu.......tapi jangan jadi tangkai jering ya............ itu lah pepatah melayu bagi orang yang lokek.
Jering ni pemberian Misah (adik kk ana) dia pergi rumah kawan nya di simpang rengam johore,oh ya tak semua orang suka makan jering dek rasa yang pahit dan bau nya bolehlah tahan,hendak2 kalau buang air kecil berdesing........Tapi disebalik itu semua ada menafaat nya untok orang yang berpenyakit kencing manis tau.
Memandangkan jering yang banyak kk ana buat lah sambal goreng jering, style kk ana hehehe dimakan dengan nasi yang panas dan sambal belacan.Ini lah resepinya.
SAMBAL GORENG JERING
Bahan
10 biji jering dibuang kulit dan dihiris kasar atau potong 2 saja
1 batang serai di hiris
2 biji bawang besar dihiris
5 biji cili padi di hiris
2 biji bawang putih dihiris
1/2 inici belacan                 
2 sudu besar air asam jawa
1 ikat su'un direndam dipotong kecil2
1 cawan santan
garam gula dan serbuk perasa
Cara
Asam jawa,belacan dan santan diramas lalu di tapis ketepikan.Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 hiris sehingga layu lalu masukkan air asam tadi
Kemudian masukkan jering dan bahan2 perasa lalu di masak sehingga jering empok.
Jika sewaktu mengempok kan jering air nya menjadi kering boleh lah ditambah.
Setelah jering empok masukkan su'un digaul rata selama 1 minit boleh lah diangkat.Selamat mencuba.

8 JANUARY 2012                         DAL TELUR


HAI...................
Kali ini N3 dal telur yang mudah dan berhasiat,jom kita sama2 semak resepinya.............
Bahan
1/2 cawan kacang dal direndam hingga kembang dalam 1/2 jam lalu direbus hingga empok jangan sampai hancur
2 biji kentang dibelah 4 direbus bersama dal
10 biji telur direbus kupas kulit ketepikan
3 sudu makan serbuk kari daging kk ana pakai kari ikan house brand
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kunyit
2 helai asam keping
1/2 cawan santan jika suka kk ana tak bubuh
2 tangkai daun kari
2 biji tomato dibelah dua
bahan kisar
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
Cara
Tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga layu masukkan cili giling,serbuk kunyit dan serbuk kari ditumis lagi lalu masukkan santan serta asam keping akhir sekali masukkan dal yang telah direbus bersama kentang tadi dan bubuhlah garam,diamkan sehingga mendideh baru masukkan telur dan tomato ,biarkan seketika bolehlah dimatikan apinya.
PENGATAHUAN: kuah dal ini jika disimpan semalaman akan menjadi lebeh sedap tapi jangan lupa untok di panas2kan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment