29 SEPTEMBER 2011                            BAKCANG
 

Makanan orang2 cina ini juga digemari oleh orang2 melayu di singapore.kini bakcang ini telah diubah suai menggikut cita rasa orang2 melayu .Biasa nya orang2 cina memasak nya sempena meraikan hari apa eh.................? dah lupa pulak,walau bagaimana pun makanan ini amat lah sedap bagi yang gemar memakan pulut.


Istimewa bacang ini di buat dari beras pulut dan dibalut dengan daun buluh,untuk membalut nya juga memerlukan kemahiran,seperti ketupat yang memerlukan kemahiran juga kan?Cara memasaknya juga sama seperti kita merebus ketupat , tetapi ada juga yang mengunakan kaedah mengukus.Kak ana belum lagi cuba kaedah , ni takut tak masak pulak .


Bacang juga ada di jual di gerai2 disini,terutama nya di Pasar Gelang harga nya mengikut isi kandungan nya.Kebiasaan nya isi nya di buat dari daging atau isi ayam.

Bagi cita rasa melayu mereka menambahkan cili agar terasa pedas , maklumlah orang melayu ni tak jauh dari cili kan?Oohh yaa..... rasa nya juga telah di ubah menjadi kemelayuan.Umpamanya bakcang rendang,bakcang kari,bakcang sambal dan lain2.

Disin kak ana tak lah dapat menunjukkan cara2 membungkus nya haraf maaf bab cara membungkus lum diambil gambar nya terlupa pulak dah selesai baru teringat alamakkkkkkkkkkkk?


Resepi yang kak ana tempelkan ni mengikut cita rasa kak ana sendiri bukan yang origanal.Pada sesiapa yang hendak mencuba boleh lah ikut k?jika ada yang ingin mengubah nya silakan.

BAKCANG DAGING

2 ikat daun buluh direndam semalaman

100 gm buah berangan yang kering direndam selama 4 jam

50 gm cendawan kering juga direndam hingga kembang dan di gunting selebar 1/2 cm

pada yang tak gemar kan buah berangan dan cendawan boleh juga di elakkan.

1 1/2 kg beras pulut dicuci dan direndam selama 2 jam

BAHAN TUMIS

1/2 kg daging kisar atau daging yang dihiris seperti satay.

5 sudu besar cili kisar

5 labu bawang besar di hiris

5 biji bawang putih dikisar

1/2 inci halia dikisar

1 sudu besar rempah sop

1 sudu teh serbok lada sulah

1/2 cawan kicap manis (untuk kicap kak ana gunakan brand cap kipas udang)

1/4 cawan kicap masin

garam dan chicken stock secukup rasa

CARANYA

Panaskan minyak tumiskan bawang hingga layu,lalu masukkan bahan giling seperti halia,bawang putih dan cili tadi, tumislah hingga cili naik minyak.

setelah naik minyak masukkan daging di gaul rata.

masukkan 2 jenis kicap tadi serta garam dan serbok perasa dan sedikit air.

masukkan juga cendawan dan buah berangan lalu dimasak sehingga daging empok dan kering sedikit.

ketepikan bahan2 ini agar sejuk.

PULUT NYA

5 ulas bawang putih dikisar

1/2 cawan kicap masin

1/2 cawan kicap manis jika suka atau pakai saja kicap masin

sedikit chicken stock

CARA

Pulut yang direndam tadi ditoskan sebentar.

Panaskan minyak dan ditumis bahan kisar hingga garing

masukkan kicap dan stock dikacau rata

masukkan beras pulut lalu di gaul rata dan kecilkan api masak lah dalam 10 minit angkat ketepikan

CARA MEMBUNGKUS

Ambil daun buluh yang telah dilap dan dipotong bahagian tangkai nya sedikit

Ambil 2 helai dan disimpul menjadi seperti corong

Masukkan 1 sudu makan pulut bubuhkan inti dan ditutupkan dengan pulut tadi lebeh kurang 2 sudu makan

terlangkupkan daun kesatu arah dan diikat

setelah semuanya selesai barulah direbus selama 4 jam

rebuslah sperti ketupat

NOTA
Selain dari dibaluti dengan daun buluh bakcang ini juga boleh di bubuh kedalam mangkok2 kecil yang tahan panas.umpama nya mangkok aluminium atau mangkok plastic yang tahan panas.

Setelah di bubuh kedalam mangkok2 itu hendaklah di tutup dengan aluminium foil agar tak masuk air sewaktu mengukus nya.

No comments:

Post a Comment