AIR BATU MALAYSIA

Air batu malaysia atau ice cream sama saja cuma nama nya berbeza tapi bendanya tetap sama, air batu ni menjadi kegemaran kk ana sewaktu zaman kanak2.Sewaktu itu harga cuma 5 sen je tu pun susah nak dapat bab kawasan perumahan kat kk ana tinggal tak ada electric jadi kena lah beli kat rumah orang yang ada karen (electric).
Macam2 perisa mereka jual yang paling popular air batu asam masin, dulu masa musim panas mesti beli, kadang2 tu sampai 4 sekali makan.... tu pun tak puas, pi bila dah banyak makan mula lah batuk mak pun marah tak kasi duit jajan lagi huuuhuuu...........
Kerana zaman dah berubah kk ana buat lah air batu dari dadih yang ready made yang berperisa dan mudah buatnya.Rasa nya juga berbeza dari air batu biasa kita akan terasa jelly bila memakan nya.Kk ana buat ikut cara pada pack dadih tu sendiri.Yok kita buat.......

AIR BATU MALAYSIA
dari pack brand jelea
Bahan
1 packet serbuk dadih ikut perisa masing2
3000 ml air
100 gm gula boleh tambah yg suka manis
400 ml susu segar atau susu evaporated kk ana buang bahagian ini tapi yang suka boleh gunakan bahagian ini
Cara
Masak air dan gula hingga mendideh
Setelah mendideh masukkan susu dikacau2 hingga mendidieh sekali lagi (bahagian ini kk ana skip bab tak taruh susu)
Baru padamkan api lalu masukkan serbuk dadih tadi dikacau2 selama 5 minit
Biarkan 1/2 sejuk.Di  kacau sekali lagi agar rata.
Tuangkan dalam plastik air batu dengan gunakan corong
barulah diikat, yang kelihatan putih2 tu adalah lapisan atas dadih yang terjadi dengan sendirinya.Ikat dengan kemas dan jangan terlalu kuat nanti pecah plastik tu.Habis semua selesai bubuhlah dalam petisejuk dibahagian beku.SELAMAT MENCUBA.

1 comment:

  1. cik munah: sedapnya...kak lang ada bawak plastik ice cream ni.asam boi is my favorite ^__^

    ReplyDelete