ROTI KIRAI ATAU ROTI JALA

Selamat pagi isnin semua.......................
Dapur Usang nak ucapkan ribuan taniah pada blog2 DTPS,CT, MASAM MANIS dan lain2, yang terpilih untuk menghiasi majalah2 yang hebat2, sesunggoh nya usaha mereka dihargai.Niat murni mereka untuk berkongsi resepi dengan tayangan gambar2 yang menarik hingga kadang2 terliur dibuatnya, kini menjadi tatapan semua,TAHNIAH sekali lagi,semoga niat yang murni ini di teruskan tanpa jemu SHABAS............
Ok kita berbalik pada resepi hari ini dimana namanya ada berbagai bagai walaupaun rupa nya sama.Bagi kk ana ia nya digelar roti kirai,mungkin cara pembuatan nya tak? bagi nama roti jala pulak rupa nya seperti jala kot? entahlah kk ana pun kurang pasti tapi yang pasti rasa nya,mentelah lagi di gandingkan dengan kari daging atau ayam. Puuuyyyuuuhhhhhh tak boleh ang..........
ROTI JALA
300 gm tepong gandum
200 gm air
1 biji telur
sedikit garam dan perwarna kuning

Cara
Air,garam,perwarna kuning dan telur di masukkan kedalam blender kisar ,sewaktu pengisar berpusing tuangkan tepong dan biarkan tepong bergaul rata boleh lah dimatikan switch nya.
Jika adunan terlalu pekat bolehlah ditambahkan air sedikit.
Panaskan kuali leper dan disapukan dengan sedikit minyak diamkan sebentar dengan api yang sederhana barulah mula mengirai.
Gunakan acuan kirai seperti digambar untuk membentukan roti ini
Setelah masak diangkat dan dilipat 2 dan dilipat kiri dan kanan hingga menjadi tiga segi seperti diatas maaf kk ana tak ada step by step.
Hidangkan dengan kari kegemaran masing2 selamat mencuba..............

KARI DAGING
1/2 kg daging dipotong kecil
2 biji kentang dibelah empat
1 biji tomato dibelah empat
2 sudu besar kari daging kk ana gunakan house brand
1 sudu besar rempah beryani brang yang sama
2 mangkuk santan kk ana gunakan 1/2 kotak santan kara + 2 mangkuk air
sedikit rempah kasar (kayu manis,bunga lawang dan cengkeh)

Bahan kisar
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia

Cara
Panaskan minyak tumiskan rempah kasar hingga wangi, masukkan bahan kisar ditumis hingga layu
Setelah layu masukkan rempah kari dan rempah beryani dikacau2 hingga naik minyak
Masukkan daging dan 1 mangkuk air biarkan sehingga daging 1/2 masak dalam 20 minit
Setelah daging 1/2 masak masukkan kentang dan lebehan air serta santan tadi
Biarkan sehingga kentang empok,bubuhkan garam
Setelah kesemua nya empok masukkan tomato lalu matikan api dan bolehlah dihidangkan

2 comments:

  1. Assalam, sedapnya tgk roti jala dgn kari daging ni lama tak mkn:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam n salam perkenalan.....roti ni klu sekali2 mkn memang sedap cuba lah...........

      Delete