KUIH TALAM

24 DECEMBER 2011                                                                                       KUIH LAPIS

Salam jumaat semua..............
Hari yang dinanti2kan untok orang2 yang berkerja 5 hari seminggu bab esok dah boleh rest.Pi yang berkerja 5 1/2 hari terpakasa lah gi kerja jugak eh?pi tak apa balik kang boleh gi shopping atau jalan2 cari makan.........
Pagi ni entah apa angin kk ana nak cuba resepi talam pulak so, cari2 berkenankan resepi tulip 77 dari kongsi resepi,tapi kk ana rasa manis.Walauapa pun tetap sedap.So lain kali kalau kk ana cuba lagi kk ana akan kurangkan gula.
Khas buat Tulip 77 kk ana ucapkan terima kaseh bab kongsi resepi nya.Kk ana mohon cut n paste kat sini ya.........
Permukaan nya tak cantik kerana terlalu gairah nak keluarkan dari loyang dan tercocok pulak hehehe
kk ana gunakan loyang 8 inci kuih nya nampak rendah,jadi kk ana potong dan cantumkan dua tu yang nampak tinggi kan?lain kali kk ana akan cuba gunakan loyang 6 inci atau gandakan adunan nya.Ok ini resepinya...........                                                     
oleh: tulip77
Bahan-bahan (loyang 8 inci or 6 inci )untuk mendapatkan ketebalan gunakan 2 adunan dalam loyang 8 inci
  • 1 cawan tepung beras 100 gm
  • 1/2 cawan tepung gandum 50 gm
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt) 175 gm or 100 gm
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk kk ana tak gunakan
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air 600 gm
Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
  9. kalau nak memotong nya pastikan talam ini betul2 sejuk dan gunakan pisau yang beralaskan plastic.

No comments:

Post a Comment