Selamat pagi semua........... hari ni cuaca terang sama juga dgn kak ana tau,mood tengah ceria tu yg nak makan nasi lemak pagi2 ni, pi malas pulak nak beratur kat kedai si Tipah tu, hari2 sentiasa beratur panjang.
Oleh kerana mood ceria maka buat lah nasi lemak ni boleh jugak huby bawak gi kerja nak jadi isteri solleha konon nya hahaha............kak ana suka masak pagi2 nak freshhhhhhh lah gi tu.Bagi kita kat sini semua nya menggunakan yg instant je mudah dan boleh disimpan,jadi senang bila2 ada idea mendadak datang, yang kesiannya si fridge tu sampai mintak tolong kepenuhan.Ooooppp sorry menceceh pulak ok kat sini kak ana hidangkan dgn resepi nya je so try lah ya?
NASI LEMAK
2 cawan beras yg kita masak selalu1 kotak santan kara selebeh nya bubuhlah air utk menjadi sama sukatan beras (2 cawan)
3 helai daun pandan disiat2 dan di simpul
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk hao chi (knorr)
1 sudu makan minyak
Cara
Cuci beras dan tuangkan bahan2 lain nya kedalam periuk nasi dan di masak.Kak ana gunakan periuk electrik je tekan dan tunggu sampai masak.dah siap.Sambal nya
1 cawan cili giling
1/2 cawan air asam
1/4 inci belacan
5 ulas bawang besar di hiris
minyak,garam dan gula secukupnya
1/2 kg sotong dibersehkan dipotong2 kak ana gunakan sotong yang frozen
Cara
Tumiskan bawang hingga layu masukkan cili dan tumislah sehingga naik minyak.
Tuangkan air asam yg telah dicampur dgn belacan,garam gula dan serbuk perasa jika suka.Masak lah sehingga kering air nya baru di masukkan sotong dan perlahankan apinya masaklah selama 10 minit lagi.Matikan api blh lah dihidangkan.
Makan bersama
timun dan telur dadar boleh juga di perbagaikan seperti kacang goreng,ikan bilis,ayam goreng dan lain2 ikut selera masing2.
No comments:
Post a Comment