NASI MINYAK KACANG

                                                        NASI MINYAK KACANG

Salam semuanya sejak tengahari tadi hujan turun dengan lebat nya hingga ke petang. Cuaca menjadi sejuk sekali, kesian pada pengantin2 yang melangsungkan majlis hari ini, kak ana mendoakan semoga jemputan dapat hadir dan majlis berjalan dengan lancar.
 
Petang ni kak ana nak berkongsi resepi nasi minyak kacang yang dimasak tengahari tadi.Tentu semua kata alah kan biasa saja.....memang biasa tapi kak ana nak berkongsi dengan orang yang tak biasa boleh kan..............
Nasi minyak ini lemak nya datang dari kacang tanah.keharuman nasi nya seperti nasi minyak lain juga pi rasa nya berbeza sedikit.Boleh dimakan dengan lauk ayam masak merah, kari daging atau yang sewaktu dengan nya.
Nasi minyak kacang ini kak ana hidangkan bersama ayam kari sos kacang dan paceri buah2an.
REMPAH SANGAR
$1 biji ketumbar
50 sen jintan halus
50 sen jintan kasar
1 inci kulit kayu manis
Bahan bahan ini dicuci dan disangar setelah itu dikisar halus.Rempah ini akan digunakan pada nasi dan lauk ayam nanti selebeh nya boleh lah disimpan.
Rempah ini juga boleh digunakan didalam masakkan rendang dan mengoreng tempeh


NASI MINYAK KACANG
500 gm beras beryani cuci toskan
600 gm air

BAHAN

1 biji bawang dikisar
100 gm kacang tanah yang telah dibuang kulitnya dikisar
5 biji bunga cengkeh
2 inci kulit kayu manis dibahagi 2
3 biji pelaga
3 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh serbuk sangar(bahan rempah diatas}
1 sudu besar serbuk sedap(knor}
2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak sapi campur dengan 4 sudu besar minyak kacang

CARA
  • Beras yang telah di cuci tadi di toskan airnya ketepikan
  • Panaskan minyak tumis bahan kasar seperti kayu manis,cengkeh dan buah pelaga hingga wangi.
  • Masukkan bahan giling ia itu bawang besar, kacang dan serbuk sangar lalu dikacau jangan sampai hangus.
  • Tuangkan air dan daun pandan biarkan mendideh baru masukkan beras ,setelah itu masukkan kesemua bahan2 yang lain dan rasa.
  • Biarkan sehingga nasi tanak.
  • Hidanglah dengan lauk ayam atau daging kegemaran anda
KARI AYAM SOS KACANG
1 ekor ayam dipotong 12 dicuci dan ketepikan
300 gm air kak ana tak mahu terlalu lemak
2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar tomato sos
1 batang lobak di potong kecil angaran 3 inci
5 biji cili padi dibuang tangkainya
50 gm kacang tanah yang telah dibuang kulit dicuci lalu dikisar halus ketepikan

Bahan kisar
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
10 biji cili kering direndam jika hendak pedas boleh ditambah
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 sudu besar rempah sangar sila lihat diatas
semuanya dijadikan satu lalu dikisar hingga halus

Bahan
2 biji bawang besar di hiris
1 inci kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
garam dan sebuk perasa jika suka kak ana gunakan stock ayam
2 sudu besar minyak sapi campurkan dengan minyak masak untuk menumis

Caranya
Panaskan minyak sapi dan minyak masak lalu tumiskan bawang hiris,kulit kayu manis dan bunga lawang,tumisla sehingga bawang layu dan masukkan bahan kisar ditumis lagi sehingga naik bau.
Setelah itu masukkan pula air, kacang yang telah dikisar,tomato sos,serbuk kari,lobak dan cili padi biarkan mendideh baru masukkan ayam dan garam, masak lah sehingga ayam empok.Pastikan kuah nya tidak terlalu pekat jika pekat bolehlah ditambah dengan sedikit air.

Paceri buah
1 batang timun jepon di potong dadu
1 biji nenas madu dipotong dadu
1 biji sengkuang yang kecil dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji cili padi dipotong bulat kecil
2 biji limau kasturi diperah air nya
2 sudu besar gula jika tak mahu manis boleh dikurangkan
sedikit garam

Caranya
Bahan bahan semua dicampur dijadikan satu dan dirasa mengikut cita rasa kita jika hendak lebeh sedap perapkan seketika dalam 10 minit baru dihidang

No comments:

Post a Comment