PASTRY

salam semua.............

Hari ini kk ana nak kenalkan pada kekawan tentang pastry yang menjadi kegemaran ramai agak nya....
Ini lah perbagai bentuk yang boleh kita buat dari doh pastry,sebenarnya selain dari diatas banyak lagi kita boleh perbagaikan.Doh yang terhasil dari lapisan lemak yang dilipat2 dan dibakar akan menghasilkan lapisan2 yang rangup dan berlapis2.Ia nya juga digunakan sebagai pembalut makanan yang berinti.Selalu nya lemak2 yang digunakan adalah dari lemak kambing atau lemak sayur.
Sebagai doh yang serba guna ia juga boleh disimpan selama 3 bulan didalam peti sejuk.Belanja nya tidak lah mahal,Tetapi yang perlu tenaga untuk mengiling nya je...kalau nak excersie buat lah pastry,tapi jangan makan bab banyak lemak tak tahu berapa hari lama nya nak lenturkan hehehe....
Sanggul mak inang ini terhasil dari doh pastry,kk ana tak tahu kenapa dipanggil sanggul mak inang,agak nya dulu2 mak inang sanggulnya tinggi2 tak? jadi tercipta lah nama nya kot?Entahlah....
Kk ana cuba2 buat untuk seorang kawan yang melangsungkan pernikahan anak nya hari ni sebagai hadiah, Alhamdulillah menjadi.Resepinya kk ana dapat dari saorang kawan lama tapi biarlah rahsia....
Jom........
Bahan doh
400 gm tepong gandum
100 gm mentega
200 gm pastry margerine
100 gm/ml air
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh warna kuning
2 sudu teh baking powder
Cara
Tepong dicampur dengan baking powder dan diayak.
Mentega di campurkan kedalam tepong tadi dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
Telur dicampur dengan air ,warna kuning dan garam dikocok2.
Masukkan tepong kedalam adunan air diuli hingga menjadi doh dan di perap selama 1/2 jam
Adunan dibahagi 2 bahagian setiap bahagian digiling lebar selebar pastry magerine
Dibahagian pertama bubuhkan pastry dan ditutp dengan bahagian kedua dan digiling menjadi setebal 1 inci,adunan ini hendaklah dilipat seperti dibawah ini dan digiling dan dilipat lagi sebanyak 3 kali,setiap kali menggiling adunan hendak lah ditaburkan tepong agar tak melekat.
Setelah siap dilipat hendaklah di perap sekali lagi selama 1/2 jam,baharulah di canai tipis dan membuat bentuk yang kekawan suka ya?untuk menjadikan sanggul mak inang adunan dipotong 3,seperti bahagian yang pertama potion nya biarlah lebeh sedikit dari portion kedua dan yang ketiga.Maaf kk ana terlupa nak ambil gambar bahagian ini dan lupa nak timbang berapa gm setiap portion,untuk bahagian pertama canai adunan memanjang seperti ini
Setelah digiling begini di isikan dengan inti lalu di gulong hingga selesai tapi dibahagian akhir bubuhkan sedikit air sebagai pelekat.


 Kemudian dicantumkan menjadi bulatan sebesar 9 inici,dibubuh kedalam luyang beralas kertas pembakar dan dilorekan tepinya dengan menggunakan pisau lalu di sapu dengan kuning telur dan dibakar dalam 200'c selama 25 minit.Buat bergitu pada bahagian kedua tetapi kecilkan sedikit sebesar 6 inci, pada bahagian ketiga kita hanya isikan inti dan bulatkan sahaja seperti bola dan dilorek2.Setelah masak kesemuanya barulah kita tindihkan bahagian kedua keatas yang pertama dan letak kan bahagian ketiga di atas sekali dan di hiaskan dengan bunga cilli dan brocolli.Dah siap sanggul mak inang kita.

2 comments: