POP CORN HONEY
Pop corn atau jagung berteh amat digemari oleh kanak2 hendak2 kalau rasa nya manis dah tentu mereka makan tak stop2.Tapi sekali2 je tau tak boleh selalu nanti gigi rompong malu sehhhhh........Bagi yang dewasa takut kencing manis pulak........hai........ kalau nak makan sedap sendiri mahu ingat ha?
Pop corn dalam packet2 tu harga nya boleh tahan juga tau,kalau makan bukan cukup satu packet.Maka itu lebeh baik kita buat sendiri lagi muwai,nak buatnya pun bukan lah susah sangat.Barang2 yang di gunakan pun cukup mudah untuk didapati dipasar2 raya atau kedai2.
Ok jom kita cuba buat pop corn ini mudah2an dapat menepati cita rasa anak2.
POP CORN
1 cawan biji jagung
1/2 cawan minyak
1 cawan maduCara
Sebaiknya gunakan kuali yang tak melekat atau periuk.Jangan lupa siapkan penutup nya,untuk mengelakkan berteh ini tecampak keluar dari periuk dan akan menjadi perang jagung pulak hehehe.
Dengan api yang perlahan masukkan minyak,madu dan jagung kedalam periuk sambil dikacau2 jangan berhenti,
kacaulah sehingga jagung mula meletup dalam beberapa biji baru di tutup dan biarkan kesemua jagung meletup dan mulalah kecilkan api.Setelah pasti tiada bunyi pop2 lagi bolehlah matikan api, angkat tuangkan dalam dulang setelah sedikit sejuk bolah lah disimpan kedalam botol selamat mencuba...................
No comments:
Post a Comment