Biskut kegemaran keluarga telah menjadi kemestian pada setiap raya yang paling gemar kuih ini my huby,cuba bayang kan 1 botol besar dia sorang yang makan ,tapi kalau berkunjung ke rumah orang dia tak mahu makan kuih makmur pulak..... tak tahu kenapa,mungkin malu agaknya.
Resepi ini dari myresepi oleh Fidah tapi saya dah ubah suai selera saya harap maaf ya fidah.
KUIH MAKMUR
intinya
200 gm kacang tanah dibakar dlm oven atau di goreng lalu di kisar.200 gm gula serbuk
secukup minyak angaran 20 gm untuk mengaul atau gunakan 3 sudu makan peanut butter.gaul hingga boleh di kepal2.
untuk tepong nya
500 gm tepong gandum
125 gm butter
125 gm shortening
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh garam
cara
butter,shortening dan minyak sapi di gaul rata,lalu masukkan garam setelah semua menjadi sebati ,masukkan tepong gandum dan uli menjadi doh .baru di terap bulat, isikan inti dan dicepit seperti jalur2 daun.bakar dalam suhu 160'c selama 20 minit.setelah masak ayakkan gula serbuk diatas biskut tadi dan simpan dalam balang yang kedap udara.
No comments:
Post a Comment