Salam semua..............................
Hari ini kk ana hidangkan makanan yg simple tapi berkhasiat,pada mula nya kk ana tak minat pada makanan berupa cendawan tapi bila terasa yg ini terpikat pulak.
Sebenarnya yg menjadikan dia menu tu bila kk ana pergi shopping ada demo promote cendawan tapi dia masak dgn telur macam buat telur dadar gi tu,dah tengok2 cara2 dan rasa kk ana beli 1 packet cendawan butang (button mushroom) ingat balik nak cuba,tapi bila leah kata bakar bubuh inti lagi sedap.......kk ana apa lagi dah ada yg nak makan cepat2 buat ikut cita rasa kk ana lah........hehehehe
Apa lagi geledahlah apa2 yg patut nak sumbat dalam mushroom tu,dalam hati sentiasa berdoa agar yg di masak ni ada yg makan.......dengan bissmillah.......maka tercipta lah bake mushroom ni,kk ana rasa bukan setakat button mushroom saja yg boleh dilakukkan sebegini mungkin mushroom2 yg lain seperti shitake atau tak kiralah asalkan dia besar je boleh kot?walau macam mana lain kali nak cuba juga lah....tapi yg ini memang sedap thumb up lah ooopppsss bukan nak puji tapi cuba lah......
Mushroom nya kk ana tak cuci cuma lap atau potong yg kotor2 nya je ni pesan promoter tu lah, katanya kalau dicuci mushroom nya akan lembek dan berair kk ana tak tahu pulak kebenaranya.kk ana just follow je.ok lah dah banyak story pulak jom semak resepinya k.......................
BAKE MUSHROOM
Bahan
6 biji button mushroom
10 ekor udang buang kepala dan kulit dicuci berseh lalu dicincang kasar
1/2 biji bawang besar didadu kecil2
3 batang cili padi didadu jika suka
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk ayam atau serbuk hao che
sedikit garam
150 gm chedar cheese di parut utuk tabur diatas nya nanti
Cara
Mushroom dibuang batang nya lalu dilap dan potong pada bahagian yg hitam2nya ketepikan
Udang,bawang,cili padi,serbuk lada hitam,serbuk ayam dan garam dicampur menjadi satu dan rasa jika ada yg kurang boleh lah ditambah
Bubuhkan inti ini dibahagian belakang mushroom (bahagian yg dibuang batang nya)sebanyak yg kekawan suka asal kan cukup semua mushroom di isikan
Setelah selesai aturkan pada loyang yg dialaskan alaminum foil dan disapukan sedikit minyak
Parutkan keju chedar diatas permukaan mushroom tadi lalu dibakar pada suhu 160'c selama 15 minit
Atau bakat pada oven roti dan boleh juga gunakan microwave selama 10 minit ,tapi bila gunakan microwave bahagian atas keju tak bertukar warna perang lah kan.....Slamat mencuba....
inilah jenis mushroom yg terbaik untuk mushroom bake
Jika tak ada gunakan lah buttom mushroom je..................
No comments:
Post a Comment