DONUT YANI

Salam semua............................
Petang ni basah kan tekak dengan donut sambil minum air kopi atau teh aduh nyaman...............
Kali ini kk ana ikut resepi Yani dari Myresepi,Yani salah saorang member yg sering menyumbangkan resepi nya utuk kita semua mencuba tanpa putus2, terima kaseh Yani budi mu hanya Allah yg membalas nya.
Donut ini tak menggunakan telur dan mudah membuat nya,rasa nya juga sedap dan lembut. kk ana cuba bubuh dengan chocolate putih di tabur chocolate rice selain gula halus sebagai taburan nya. Sebelum kita semak resepinya kk ana minta izin dari Yani untuk share resepi nya disini ya......TQ.
DONUT YANI
yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 biji )
  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder
Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Bila dah jadi doh. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai. Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan doh dan terap gunakan acuan donut
Perap lagi selama 30 minit
Setelah naik boleh lah digoreng
Taburkan gula halus atau gula serbuk
Jika mengunakan chocolate cairkan chocolate gunakan kaedah double boil hingga chocolate cair
Sapukan diatas donut dan taburkan dengan chocolate rice atau kacang yang telah dibakar telebeh dulu.


2 comments:

  1. As salam. Lately ni saya suka cuba membuat donut. Penuh dalam freezer dg donut. Kalau dpt 8 biji jer, boleh juga cuba. Untuk makan sendiri, tak mahu buat banyak banyak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam Azie......klu dah ada stock kan baik tak susah2 nak perap dan tak fikir nak uli2 kan

      Delete