KUIH KASWI

Hai hai hai.....................salam semua.................
Monday blues................. ke hari ni maklum lah hari bermulanya segala tugas harian kita kan..............cam tak ada mood je.................?tak puas eh cuti 2 hari tu ke.............?kesian nya............
Tapi tak apa kita gagahkan tenaga mengharungi nya k..........? kk ana lagi tak ada off bab kata suri rumah so office nya sentiasa di rumahlah kan......hehehehe........Oooooppppppsss.Dah melalut jauh pulak.................jom kita try buat kuih kaswi yang seeedap.................... sangat.
Persembahan resep hari ni dari Dapur Tanpa Sempadan oleh Cik Mat, Blog yang paling Famous sekali,Kak ana sebelum berblog sentiasa jadi silent riders je hari2 mesti jengok untuk cari idea nak masak apa kat situ,walaupun simple kadang kala tak terfikir oleh kita kan?setiap resepi yang dihidang sentiasa mendapat perhatian kk ana dengan gambar2 yang mengoda selera buat kita tak tahan......dah banyak juga kk ana cuba dari resepi cik mat ni.Tapi sayang masa tu tak ada blog semua jadi kenangan je..............Terima kaseh DTS resepi mu telah menjadikan kk ana no:1 dalam keluarga.Kini kk ana abadikan dalam blog ini untuk rujukan akan datang.
KUIH KASWI
Resipi asal dari Rozzan

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
  • BAHAN A :-)
  • 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
  • BAHAN B :-)
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat
  • BAHAN C :-)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam
Cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
 
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..
Kk ana gunakan 1/2 adunan je ikut cakap cik mat bab first try kan?

2 comments: