MEE SUP

Salam sabtu semua..........
Hari yang dinanti2 kan semua para pekerja sebab esooookkk cuti yehhhh...........kalau yang berkerja 5 hari seminggu hari ni dah cuti lah kan......
Hari ini rasa nya cuaca panas jadi kk ana nak buat mee sup yang ringkas je agar dapat hirup2 kuahnya.
Sambil lepak2 boleh lah makan tak kiralah kat mana nak duduk,asalkan selesa macam ana2 kk ana ni tak sempat pakai baju nak makan mee ni hehehe...........
Dah habis nak tambah lagi boleh tak? boleh......pi ambik sendiri k? begini lah gelagat anak2 bila hari cuti dan tak keluar kemana2.
Kita tinggal kan anak2 kk ana tu biar dia makan sampai kenyang ya.....jom kita tengok resepi ni.
MEE SUP

Bahan
1 kg mee kuning dicuci dan toskan
1 ikat sawi dipotong kecil dan cuci
kedua dua bahan ini hendaklah dicelur dalam air mendideh dan ketepikan

Cili cicah
10 biji cili padi di potong kecil2
1/2 cawan kicap cair
Satukan bahan2 ini dan ketepikan

Bahan sup
1/2 kg daging potong lebar dan tipis2
1/2 kg udang digunting sedikit dikepalanya
5 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1/2 sudu makan rempah sup
1 sudu makan serbuk lada putih
1 litter air
garam serbuk perasa dan gula
Cara
Panaskan minyak dalam periuk tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau
Masukkan rempah sup dan serbuk lada putih di gaul rata
Tuangkan air dan masukkan daging biarkan sampai daging empok
Masukkan garam,gula dan serbuk perasa,jika kuah nya kurang boleh lah ditambah
Selepas kuahnya mendideh masukkan udang biarkan dalam 7 minit baru matikan api
Cara menghidang
Ambilkan mee yang telah dicelur tadi kedalam manggkuk hidangan dan tuangkan kuah nya
Bubuhkan sawi diatas mee tadi dan beberapa ekor udang dan daging
Untuk cilinya letakkan didalam mangkuk kecil,bagi yang suka pedas bolehlah makan bersama cili
Akhir sekali selamat mencuba dahhh...........

4 comments:

  1. Assalamualaikum tuan dapur,
    sedapnya mee sup... ada cili padi hiris berkicap lagi, tambahlah berpeluh2 dahi....mmmm yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amie peluh kat dahi tak apa.....jgn pat lain hapak jadinya hehehe

      Delete
  2. Mee sup ni kegemaran saya semasa kecil dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu kecik2 tak leh mkn cili kan? pi klu skrg boh lah cili lagi terangkat.......

      Delete