SERI MUKA

Jumpa lagi semua...............
Seri muka kuih yang tak pernah luput dari senari dalam majlis2 orang2 melayu.Kuih ni juga banyak dengan nama samaran nya, bagi kk ana ia terkenal dengan nama puteri salad.
Sewaktu jengok2 kat facebook lalu kat kuih muih malaysia jatuh cinta dengan seri muka ni terus lah cuba nya, Alhamdulillah  menjadi..................sedap lagi............
Bahagian atas nya kurang tebal lah, lain kali kk ana nak buat 2 adunan pada bahagian atas nya.Buat kuih muih malaysia kk ana ucapkan terima kaseh diatas resepinya dan kk ana mohon share kan disini ya? maaf kk ana gunakan cut n paste je tau......

Seri Muka

Bahan-bahan
By Kuih-muih Malaysia

Bahagian bawah
275 gm pulut (direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam)
195 ml pati santan (untuk kastard)
½ sudu garam
1 helai daun pandan

Bahagian atas
3 biji telur
170 gm gula pasir
1 sudu air daun pandan
195 gm pati santan

Cara membuat :
1. Sediakan pengukus; Masak air sekitar 3/4 periuk kukus dan satu cerek lagi untuk air tambah.
2. Sediakan pulut untuk bahagian bawah kuih; Tus pulut yang telah direndam dan kukus bersama dengan daun pandan yang telah disimpulkan, garam dan santan dalam dulang pengukus hingga masak.
3. Pukul telur dan gula pasir.
4. Masukkan air, daun pandan dan pati santan. Kacau supaya sebati.
5. Tekan pulut dengan daun pisang hingga licin. Kukus selama 5 minit.
6. Masakkan bahagian atas; Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut.
7. Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kulit itu tidak beralur.
8. Keluarkan daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air.
9. Potong dalam serong wajik dan hidang dalam pinggan kuih beralas daun pisang.

2 comments:

  1. assalamualaikum tuan dapur,
    nampak sedap betul serti muka tu... macam lembut je, tapi itulah yang kita suka...senang je masuk tekak.

    ReplyDelete
  2. Amie.....memang lembut lagi2 bau pandan aduhhhh sedap tau....

    ReplyDelete