Kalau roti planta dalam nya dibubuhkan magerine planta tu je,roti canai pula kosong.Tapi bila diisikan dengan berbagai isian nama nya mulalah berubah, seperti diisikan telur namanya menjadi roti canai telur begitulah seterusnya.........
Kali ini kk ana nak share resepi roti perata atau canai , tapi ikut cara kk ana lah ya....jika nak tahu sedap ke tak mesti cuba dulu baru tahu kan?untuk kari nya buatlah ikut cita rasa sendiri kk ana gunakan lauk kari ikan yang balance semalam.Kk ana suka buat roti perata yang beinti telur bawang dan isi ayam.
ROTI PERATA
bahan
300 gm tepong gandum diayak
1 sudu besar magerine
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar susu pekat manis
200 gm air panas
secukup magerine untuk membalut doh
Bahan untuk inti
isi ayam yang direbus dulu atau lebehan lauk semalam
telur dikocok sedikit setiap satu doh kk ana bubuh 1 biji telur
bawang dipotong dadu kecil
cili padi dihiris kecil
Cara membuat doh perata
Dalam bekas air panas bubuhkan garam,susu pekat dan magerine dikacau hingga magerine larut.
Tuangkan kedalam tepong tadi dan uli lah hingga menjadi doh jika kurang lembut bolehlah ditambah air panas sedikit.
Setelah menjadi doh dibahagi kepada 6 biji doh.
Doh ini disalutkan dengan magerine agar tak melekat sewaktu memerap nanti.Perap lah selama 30 minit yang paling cepat jika dibiarkan lama lebeh baik tapi jangan biarkan selama behari hari tau..... tu dah basi kena buang lah.....
Setelah perap kita mulakan canai dengan menyapukan sedikit minyak diatas papan canai
Ambil sebiji doh di leper2kan sedikit lalu mulalah menibar kalau tak boleh menibar tarikkan pelahan lahan disetiap keliling doh hingga menjadi lebar.Nak sabar ya.......
Jika tekoyak biarkan kita boleh buat roti perata kosong.
Setelah melebar dilipat kiri dan kanan atas dan bawah menjadi 4 segi atau digulung dan di pusing menjadi seperti siput yang ini kk ana tak pandai so tak buat
Bolehlah di masak dengan api yang perlahan.
Jika nak simpan masak lah 1/2 masak sahaja dan disimpan didalam peti sejuk beku,boleh bertahan lama tapi tak tahu berapa lama bab tak sempat simpan dah habis hehehe
Kk ana juga suka bubuh isi lebehan ayam atau sardine atau apa2 yang ada
Selamat mencuba...............
No comments:
Post a Comment