Selamat pagi semua............ha.... ni dia project kk ana pulut kunyit lapis ,resepi godak godek kk ana sendiri,rasa?.....sedap.......tapi ikut cita rasa keluarga kk ana je........."mak yg masak sedap tak sedap anak2 tak comment takut mak merajuk habislah dapur tak berasap".
PULUT KUNYIT LAPIS
Bahan
500 gm beras pulut
250 gm santan kotak + air (jadikan 250 gm)
1 sudu teh serbuk ayam
2 sudu besar serbuk kunyit
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
Cara
Pulut dibersehkan dan direndam bersama kunyit serbuk selama 4 jam
Panaskan kukusan
Siapkan loyang berukuran 9 inci dialas dengan aliminium foil dan disapukan minyak
Pulut yg direndam tadi ditoskan airnya,masukkan kedalam loyang besama daun pandan dan dikukus selama 20 mnit
Sementara itu santan dicampurkan dgn air,garam dan serbuk ayam
Dah 20 minit keluarkan pulut dari kukusan Campurkan dgn santan tadi hingga rata semuanya
Jika berteh atau bebiji tambahkan sedikit air digaul rata baru di kukus
Kukus lagi selama 20 minit baru diangkat dan dibahagi dua
Lapis pertama diratakan didalam loyang dgn ditekan2kan hingga rata
Tuangkan inti daging dan diratakan
Bubuhkan pulut yg selebehnya diatas inti tadi dan ditekan2 hingga rata
Kukus lah sekali lagi selama 30 minit baru diangkat dan dihiaskan dgn kentang lecek atau apa2 yg sedap
INTI DAGING
Bahan
500 gm daging cincang blh gunakan ayam juga
100 gm bawang besar di dadu kecil2
1/2 inci hali kisar
3 biji bawang putih kisar
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh rempah beryani
2 sudu makan rempah kari daging
3 biji cili padi di hiris halus jika suka pedas
sedikit daun sup/bawang di hiris
1 biji telur
garam dan gula
Cara
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga layu atau terbit minyak
Masukkan bawang dadu dan serbuk kari daging dan beryani dikacu rata
Bubuhkan garam dan sedikit gula
Masukkan pula daging kisar serta sedikit air lalu masaklah hingga daging empuk dan hingga kering sedikit,jangan terlalu kering biarkan basah2 gi tu
Masukkan pula daun sup/bawang, cili padi dan digaul rata angkat dan sejukkan
Sewaktu nak tuang kedalam pulut baru di pecahkan telur kedalam inti tadi dan digaul rata baru tuangkan keatas pulut.
Untuk kentang lecek rebuskan kentang hingga empuk , dibuang kulit nya dan di lecek halus lalu dicampurkan dgn sedikit garam,setelah siap masukkan kedalam pipping beg dgn nozel bintang.
Picitlah diatas pulut yg telah keluar dari loyang dgn corak masing2
Selamat mencuba...............
As-salam. Kita dah mampir ke dapur awak ni. Bak mai sepiring.
ReplyDeleteBagus idea kk ana ni...boleh dibuat untuk sambutan hari ulangtahun menggantikan kek.
Terima kasih kerana berkongsi idea dan resepi.
Budi yg baik dikenang jua.
waalaikumsalam.........Junie Octovian terima kaseh sudi mampir ada bwk piring ke?alhamdulillah idea ni dah banyak yg buat ada yg buat wedding cake lagi kk ana cuma tiru2 je hehehe......
ReplyDeleteAs'salam kak Ana
ReplyDeletecantiknya hiasan pada pulut kuning tu, ct pun lama dah tak makan pulut kuning ni, tapi kalau nak makan tu tak bolehlah banyak2 kang berangin satu badan :)
ada org mmng x leh mkn hendak2 yg ada smput pi klu mkn berangin baik juga tu Ct,mentelah lagi musim panas x yah nak pki kipas hehehe gurau je...........
Delete