MEE SOTO

As-salam semua
Dah lama tak ada N3 bab kk ana dah mula bekerja part time belah petang jadi belah pagi sibuk lah sikit,kalau nak cuba masakkan yang baru atau masak yg special tu tunggu lah hari sabtu atau ahad tu pun klu di izinkan..........
Walau apa pun ni lah hidangan hari ini sempena cuaca panas,Mee Soto.Resepi yg campak2 dan gunakan stock yg ada,kalau ada rempah Tok Mak mungkin lebeh sedap lagi tapi dipasar raya tak ada jual nak kena order pulak kk ana ni bukan nya pandai nak order2 pakai pos ni.so tak dapat lah nak cuba rempah Tok Mak tu.
Kk ana gunakan rempah soto ADAMI je,rasa dan keharuman rempah nya juga tak kurang hebat.
Mee soto lebeh enak lagi kalau dihidangkan bersama bergedil.ada orang kata kalau kita mendapat selsema dan air hidung sentiasa meleleh ,kita makan mee soto bersama cili kicap nya yg banyak,tapi kk ana tak pernah cuba..........kk ana tak kuat pedas kang lain pulak jadi nya.Ooooppppp dah kesasar jauh macam dukun pulak............jom kita teruskan dengan resepi nya.

 MEE SOTO
Bahan
1 kg mee kuning dicuci dan direbus selama 10 minit toskan
1 ikat daun sawi di potong panjang 11/2 inci di celur
50 sen taugeh dibuang akar nya di celur sebentar
sedikit bawang goreng
daun sup/bawang yg dihiris halus

Sos cili
30 cili padi hijau di buang tangkai nya
1/2 cawan kicap manis cap kipas udang
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu makan air limau kasturi

Semua bahan sos dikisar halus dan masak atas api sebentar lebeh kurang 1 minit dan ketepikan

Bahan sop soto
1 ekor ayam dibersehkan dan potong 2
1 litter air
1 sudu besar serbuk ayam
4 sudu besar rempah soto ADAMI
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar dikisar
1 inici halia dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 batang serai dititik
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam dan sedikit gula
Cara
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar hingga kekuningan
masukkan kayu manis,bunga lawang dan serai
masukkan rempah soto dan kunyit serbuk kacau rata
masukkan air biarkan mendideh
masukkan ayam ,garam,gula dan serbuk ayam biarkan ayam empok
Bila ayam dah empok keluarkan dan sejukkan
Ayam yg dah sejuk disiat2kan isinya ketepikan
Kuah soto tadi biarkan mendideh,lihat dan rasa jika kurang air nya blh lah ditambah

Cara Menghidang
Ambil sedikit mee yg telah dicelur kedalam mangkuk taruk kan taugeh,daun sawi ,daun sup bawang dan bawang goreng,tuangkan kuah soto keatas nya dan akhir sekali bubuhkan isi ayam,cili kicap dan bergedil.Oh ya resepi bergedil akan menyusur di lain siaran harap maaf.
Selamat menjamu selera.........

No comments:

Post a Comment