NASI LEMAK KETUMBAR

19 october 2011
                                           NASI LEMAK KETUMBAR


ita kak ana minta izin paparka resepinya ya?


Masakkan ini dari blog cakap pasal blog dia wowwww...... tak jemu mata memandang dan meleleh air liur sunggoh tergoda and fall in love for sure.
Penuh resepi dengan picture yang saolah olah dah terhidang di depan mata aduuuuuuuuuuuuhhhhaaaaaaiiiiiiiii
Bila dah masak add kat FB nak inform ITA aja,tapi wahh? adik2 call, apa lagi datanglah utk rasa,
mereka kata memang sedap lain dari yang lain. Siap bekal lagi tu yang kena masak kali keduanya.Dari feedback adik2 lah kak ana ubah dgn kisar batangnya sekali.kali ini haruman nya bangkit dan terasa.terima kaseh lah para juri semua lain kali datang lagi k?

NASI LEMAK KETUMBAR
By : Ringo
inspirasi:AZLITA AZIZ Bahan2nya
3 cawan beras
3 cawan air - kurang atau lebihkan air mengikut jenis beras yang digunakan
200ml santan -
3 pokok ketumbar - ambik daun sahaja (batangnya dikisar dgn sedikit air dri 3 cawan)
2 inci kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 ulas bawang merah atau 1/2 bawang besar - dihiris
garam secukup rasa
1 sb minyak untuk menumis
Beras di cuci bersih dan toskan airnya.Hiris daun ketumbar halus2 dengan sedikit santan (sudukan dari campuran air dan santan)
Masukkan kulit kayu manis dan cloves kedalam minyak dan panaskan dengan api perlahan. Masukkan bawang dan tumis sampai bawang agak2 jernih.
Masukkan beras, kacau. masukkan daun ketumbar dan santan, perisakan dengan garam
Tanak seperti biasa
Yang ini kak ana dah ubah mengikut cita rasa kak ana.

SAMBAL UDANG

  • 1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah aje...jgn sampai garing tau..) angkat dan ketepikan
  • RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
  • 15 ulas bwg merah
  • 6 ulas bwg putih
  • belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend

1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak 

Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau .Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan

No comments:

Post a Comment