Assalamualaikum semua.......................
Nak cerita sikit pasal tempat tinggal kk ana,bukan apa maklumlah duduk di flat ni dah lama lebeh kurang 25 tahun, so nak jadikan satu kenangan terindah buat kk ana dan keluarga.maka kk ana abadikan disini.
Kawasan kk ana kawasan favorite orang ramai disini banyak kemudahan seperti bus,pasar,tempat riadah,shopping complex ,hospital dan lain2.Setiap kediaman yang dibena kerajaan akan mempunyai tempat sebegini namun ada yang jauh dari kawasan mereka.
Menjadikan ianya favorite kerana dekat dengan kawasan2 pekerjaan dan yang paling penting sekali dekat dengan checkpoint link satu dan dua.
Lihatlah kampong batu yang terdiri dari flat2 perumahan,sekali tengok macam rumah merpati kan?
Namun kebersehan dan keselesaan amat2 diutamakan oleh kerajaan.
Pokok2 ini ditanam disepanjang jalan raya sebagai pelindung matahari dan evergreen.Pokok2 ini setinggi lapan tingkat dan ada yang melebehi.
Kk ana pernah kata pada anak2 kalau nak tengok cik pon tak payah nak dongak2,separas pun dah boleh nampak heheheeeeeeeee
Nak berkebun? boleh..............pi dalam pasulah............. ni lah kawasan kebun yang ada,dalam kawasan yang terhad nilah macam2 kk ana nak tanam,kalau boleh nak tanam durian,mangga dan longan hahahaha.
Tanaman yang cik suami tanam kat kebun ni seperti pudina,kari,pandan,daun limau purut dan sedikit pokok bunga hanya untuk kegunaan isteri tersayang.
Menanam didalam pasu amat rumit jika tidak pandai ianya akan mati, tidak seperti tanam di atas tanah walau dibiarkan ianya tetap akan subur kerana mendapat cahaya matahari yang cukup.
Ini pula pokok anggur cik suami cuba tanam tak tahulah boleh berbuah ke tidak kita tunggu ya.........
Kawasan perumahan disini sangat berharga setiap tahun nilai nya akan bertambah,sehinggakan jenerasi2 baru seperti anak2 kk ana ni tak mampu nak membelinya.Jika ini menjadi isu bagi mereka alamat banyak yang akan berhijrah ke negara2 jiran,mungkin kk ana salah saorang dari mereka.
Walau apa pun kehidupan disini penuh dengan kemudahan dan keamanan,yang paling penting kk ana dilahirkan disini SINGAPURA.
ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment