CIK MEK MOLEK


As salam semua............
Nama kuih kali ni semua tahu asal nama nya kan? tentu nya dari Kelantan dimana negara nya ramai yang cek mek nya molek2.
Akak buat kuih ni ikut resa akak je selepas teliti dan raound2 blog kekawan akak jadikan panduan
maka tercipat lah versi akak ni.
Jika ada yang membaca terdapat kekurangan harap berikan lah idea ya? kat Singapura tak ada jual kuih ni bab tu nak try buat,ada sedikit masaalah kenapa gula didalam tu keluar sewaktu mengoreng ?dan gula nya melekat pada kuih tu? apakah disebabkan terlalu banyak gula? oh ya akak gunakan gula melaka sebagai inti nya dan akak pun tak pernah merasa kuih ini sebelum nya.Disini bahan yang akak gunakan
bahan A
1 kg keledek putih direbus dan dilecek
2 cawan tepong gandum
1 sudu makan gula
bahan B
gula melaka secukupnya dihiris
minyak untuk mengoreng

Cara
semua bahan A dijadikan satu dan uli hingga menjadi doh
Ambil sedikit adunan di isikan gula melaka yg telah di hiris tadi
Bentukan adunan tadi melonjong sedikit buat lah sehingga selesai
Goreng kan adunan yg telah siap sehingga kekuningan baru diangkat
Setelah sejuk dihidangkan bersama kopi panas
 


No comments:

Post a Comment