Bulan yg penuh pegertian pada yg menunaikan haji ini tahun,semoga permergian mereka mendapat haji mabrul amin
Bagi akak hanya dapat memanjatkan doa agar suatu hari nanti akan dapat menjejakan kaki di sana insa'allah.
Sempena hari raya ni akak cuba buat kek kukus tapi kali ini menggunakan resepi dari Diana A penyumbang di Myresepi.
Kek kukus dari Diana ni texture nya sedikit basah ,lembut dan buahnya bertabur di seluruh bahagian kek.
Sunggoh menyelerakan bagi pengemar kek kukus.Diana juga mengajar step by step serta petua2 untuk mendapakan kek yg basah,terima kaseh dek dengan ilmu mu semoga rezeki mu berlimpah.
Diana akak mohon share resepi (cut paste) nya disini ya , sebagai rujukan akak nanti dan untuk mereka2 yg ingin mencuba nya.Jom kita saksikan kejadian nya tapi bukan step by step k?jika hendak kan cara step by step rujuk ke Myresepi under Diana A.Akak buat 1/2 adunan dalam loyang 7 inci bulat.Adunan untuk 1/2 bahagian
KEK KUKUS
Bahan-bahan ( 2 loyang 7 x 7 inci persegi )
- 600 gram tepung gandum ----300 gm
- 300 gram gula halus ----- 150 gm gula perang
- 5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji) -----3 biji great A
- 2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS -------350 gm
- 1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran ---------200 gm
- 2 sudu teh bicarbonate of soda -----------1 sudu teh
- 1 sudu teh esen vanilla ---------1 sudu teh orange flavour
- sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) ----------tak pakai
- 2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus -----------200 gm
- kertas kuih
- aluminium foil
Cara-cara
- Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
- Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.
- Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
- Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.
- Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
- Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
- Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
- sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.Kacau adunan hingga gula hangus rata. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
- Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
- Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.
- Hasilnya selepas dikukus
Nota dari D : Sewaktu D buat, D kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat Kek Buah makcik saudara Diana cakap biarlah cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang boleh anda beli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik. Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Kek Buah ini boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.
yummy cake, like2x : )
ReplyDelete