PUFF PRATA

 
PUFF PRATA
Salam sayang semua ketemu lagi kita diruang ini dimana kali ini akak bawak kan resepi mudah sekali dan hasil nya wow tak leh ang................
Buat akak rasa nya memang sesuai lah kat tekak akak ni texture nya lembut dan garing terkena pulak inti yang penuh daging mmmmmm tak usah cakap banyak mari makan dulu k.
Puff prata ni dibuat dari kulit perata instant yang banyak jual dipasaran tu cuma kita perlu buat kan intinya saja ikut lah selera masing2 seperti sardine atau sayur
Akak gunakan jenama spring home
keistemewan puff ni bila dah isi inti boleh di simpan dalam fridge dan keluarkan lalu bakar bila nak makan.
Sekarang akak tunjukkan bagai mana nak buat puff prata

PUFF PRATA
1 bungkus instan prata
Bahan inti
1/2 kg daging cincang
3 biji kentang potong dadu
2 biji bawang besar dadu
2 biji cili merah dipotong kecil bulat
2 biji cili hijau dipotong kecil bulat
2 biji bawang putih kisar
1 sudu makan cili giling
1/2 inci halia kisar
3 sudu makan rempah kari
1 helai daun kari dihiris
Cara
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga naik minyak lalu masukkan bawang dadu cili giling,daun kari dan cili potong tuangkan sedikit air tumiskan sekejap masukkan rempah kari,kentang dan daging tambahkan air lalu masak lah hingga daging dan kentang empok jangan lupa bubuhkan garam tau.tunggu sampai sedikit kering macam kita nak buat inti epok2 atau karipop biarkan sejuk
Untok membuat nya prata mestilah berkeadaan keras jangan dibiarkan dia lembut sebab bila lembut prata  terlalu lembek dan meleket.
1) potong prata menjadi dua dan patahkan ( menjadi 1/2 bahagian)
 
2) setiap bahagian diisikan inti dan lekatkan menjadi 3 segi rapikan sekeliling bahagian boleh juga gunakan telur untuk lekatkan nya sebagai gum agar inti tak keluar bila di bakar nanti
3) buat hingga selesai jika hendak simpan balutkan semula plastik pada setiap prata dan boleh lah disimpan dalam fridge
4) bakar lah puff ini menggunaakan oven selama 25 minit dengan kepanasan suhu 200'"C atau mengikut kepanasan oven masing2 boleh juga disapukan kuning telur dipermukaan nya agar berkilat tapi akak tak buat cam tu maleh....dibawah gambar cara nak buat nya so enjoy.......




 
 SELAMAT MENCUBA.......................