Showing posts with label MEE. Show all posts
Showing posts with label MEE. Show all posts

MEE HOON GORENG


MEE HOON GORENG 
1 bungkus mee hoon di rendam dgn air biasa
6 sudu makan cili giling
1 biji bawang dikisar
3 biji bawang putih di kisar
2 sudu makan taucu dilenyek
10 ekor udang di buang kepala dan kulit nya
2 keping fish kek di hiris kasar
4 batang crab stick dipotong 2
3 batang sawi di potong kecil
garam dan sedikit gula
minyak untuk mengoreng
Cara
Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu
Masukkan cili giling dan tumislah hingga naik minyak
Tuangkan 2 cawan air dan masukkan taucu,garam serta gula biarkan mendideh
Masukkan udang,crab stick ,fish kek dan sawi biarkan selama 3 minit
Kemudian masukkan mee di gaul rata jika kering tambahkan sedikit air agar rempah nya serata pada mee tadi
Masak lah dengan api perlahan selama 10 minit sambil dibalik balik kan
Hidanglah semasa panas2 dan selamat mencuba
bye.............

MEE SOTO

As-salam semua
Dah lama tak ada N3 bab kk ana dah mula bekerja part time belah petang jadi belah pagi sibuk lah sikit,kalau nak cuba masakkan yang baru atau masak yg special tu tunggu lah hari sabtu atau ahad tu pun klu di izinkan..........
Walau apa pun ni lah hidangan hari ini sempena cuaca panas,Mee Soto.Resepi yg campak2 dan gunakan stock yg ada,kalau ada rempah Tok Mak mungkin lebeh sedap lagi tapi dipasar raya tak ada jual nak kena order pulak kk ana ni bukan nya pandai nak order2 pakai pos ni.so tak dapat lah nak cuba rempah Tok Mak tu.
Kk ana gunakan rempah soto ADAMI je,rasa dan keharuman rempah nya juga tak kurang hebat.
Mee soto lebeh enak lagi kalau dihidangkan bersama bergedil.ada orang kata kalau kita mendapat selsema dan air hidung sentiasa meleleh ,kita makan mee soto bersama cili kicap nya yg banyak,tapi kk ana tak pernah cuba..........kk ana tak kuat pedas kang lain pulak jadi nya.Ooooppppp dah kesasar jauh macam dukun pulak............jom kita teruskan dengan resepi nya.

 MEE SOTO
Bahan
1 kg mee kuning dicuci dan direbus selama 10 minit toskan
1 ikat daun sawi di potong panjang 11/2 inci di celur
50 sen taugeh dibuang akar nya di celur sebentar
sedikit bawang goreng
daun sup/bawang yg dihiris halus

Sos cili
30 cili padi hijau di buang tangkai nya
1/2 cawan kicap manis cap kipas udang
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu makan air limau kasturi

Semua bahan sos dikisar halus dan masak atas api sebentar lebeh kurang 1 minit dan ketepikan

Bahan sop soto
1 ekor ayam dibersehkan dan potong 2
1 litter air
1 sudu besar serbuk ayam
4 sudu besar rempah soto ADAMI
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar dikisar
1 inici halia dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 batang serai dititik
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam dan sedikit gula
Cara
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar hingga kekuningan
masukkan kayu manis,bunga lawang dan serai
masukkan rempah soto dan kunyit serbuk kacau rata
masukkan air biarkan mendideh
masukkan ayam ,garam,gula dan serbuk ayam biarkan ayam empok
Bila ayam dah empok keluarkan dan sejukkan
Ayam yg dah sejuk disiat2kan isinya ketepikan
Kuah soto tadi biarkan mendideh,lihat dan rasa jika kurang air nya blh lah ditambah

Cara Menghidang
Ambil sedikit mee yg telah dicelur kedalam mangkuk taruk kan taugeh,daun sawi ,daun sup bawang dan bawang goreng,tuangkan kuah soto keatas nya dan akhir sekali bubuhkan isi ayam,cili kicap dan bergedil.Oh ya resepi bergedil akan menyusur di lain siaran harap maaf.
Selamat menjamu selera.........

LAKSA ASAM

Salam sejahtera semua.....................
Hari ini kita nekmati laksa asam yang kk ana ambil resepinya dari Myresepi hasil tangan junjs11
Untuk menikmatinya mestilah cuba tau sangat2 mudah dan sedap.................thumb up lah kalau ikut selera kk ana dan keluarga.terima kaseh junjs11,kk ana mohon share (cut n paste)disini ya ..............
LAKSA ASAM

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
  • 1 biji timun dihiris panjang2
  • 3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
  • 4 biji limau kasturi-potong 2
  • 1 bawang besar dimayang
  • Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
  • *8 keping asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/2 bunga kantan
  • Bahan kisar :-
  • 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
  • 2.5cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

    MEE SUP

    Salam sabtu semua..........
    Hari yang dinanti2 kan semua para pekerja sebab esooookkk cuti yehhhh...........kalau yang berkerja 5 hari seminggu hari ni dah cuti lah kan......
    Hari ini rasa nya cuaca panas jadi kk ana nak buat mee sup yang ringkas je agar dapat hirup2 kuahnya.
    Sambil lepak2 boleh lah makan tak kiralah kat mana nak duduk,asalkan selesa macam ana2 kk ana ni tak sempat pakai baju nak makan mee ni hehehe...........
    Dah habis nak tambah lagi boleh tak? boleh......pi ambik sendiri k? begini lah gelagat anak2 bila hari cuti dan tak keluar kemana2.
    Kita tinggal kan anak2 kk ana tu biar dia makan sampai kenyang ya.....jom kita tengok resepi ni.
    MEE SUP

    Bahan
    1 kg mee kuning dicuci dan toskan
    1 ikat sawi dipotong kecil dan cuci
    kedua dua bahan ini hendaklah dicelur dalam air mendideh dan ketepikan

    Cili cicah
    10 biji cili padi di potong kecil2
    1/2 cawan kicap cair
    Satukan bahan2 ini dan ketepikan

    Bahan sup
    1/2 kg daging potong lebar dan tipis2
    1/2 kg udang digunting sedikit dikepalanya
    5 biji bawang putih dikisar
    1 inci halia dikisar
    1/2 sudu makan rempah sup
    1 sudu makan serbuk lada putih
    1 litter air
    garam serbuk perasa dan gula
    Cara
    Panaskan minyak dalam periuk tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau
    Masukkan rempah sup dan serbuk lada putih di gaul rata
    Tuangkan air dan masukkan daging biarkan sampai daging empok
    Masukkan garam,gula dan serbuk perasa,jika kuah nya kurang boleh lah ditambah
    Selepas kuahnya mendideh masukkan udang biarkan dalam 7 minit baru matikan api
    Cara menghidang
    Ambilkan mee yang telah dicelur tadi kedalam manggkuk hidangan dan tuangkan kuah nya
    Bubuhkan sawi diatas mee tadi dan beberapa ekor udang dan daging
    Untuk cilinya letakkan didalam mangkuk kecil,bagi yang suka pedas bolehlah makan bersama cili
    Akhir sekali selamat mencuba dahhh...........

    MEE DAGING AYAM KISAR

    Mee yang semalam kk ana buat makan tengahari bab dah muak makan nasi..............sesekali nak juga tukar selera kan? kali ini kk ana gunakan apa yang ada je dalam peti sejuk tu asal leh masak dah lah kan?Namun gi tu tetap menjadi kegemaran keluarga.Mee yang rengkas sekali dan cepat dimakan......JOm kita belek2 resepinya
    MEE AYAM KISAR
    1 kg mee kuning
    1/2 kg udang hidup buang kulit dan kepalanya
    250 gm daging ayam kisar
    1 ikat sawi dipotong kecil
    4 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar kicap manis
    3 sudu besar cili giling
    2 biji bawang besar dikisar
    2 biji bawang putih dikisar
    garam dan serbuk ayam

    Cara
    Tumiskan bahan kisar hingga layu masukkan cili giling dimasak hingga naik minyak
    Masukkan sos tiram,kicap.serbuk ayam dan garam dikacau rata
    Masukkan daging dan sedikit air baru masukkan udang di masak sekejap
    Masukkan mee kuning digaul rata dan masukkan pula sawi digaul rata dan masak dalam 10 minit lagi baru diangkat jika terlalu kering tambahkan air untuk menjadikan lembab2 SELAMAT MENCUBA dah............

    Salam sayang semua...........................

    Ini lah kalau dah rajin hari2 ada N3 masuk, pi kalau dah malas tiga hari atau lebeh pun belum tentu nak loadding.......kita tinggalkan kemalasan tu jom nikmati spaghetti malay stile.

    Spaghetti makanan kegemaran anak2 kk ana mereka akan makan beulang2 sambil menonton tv,saat ini lah rasa nya berbaloi segala penat lelah seharian didapur.Kk ana masak bila semua anak2 tak kemana2 jadi boleh habis kan?Sebelum masak spaghetti ni kk ana ada menonton WE tv dimana makanan orang2 spanyol ada lah makanan yang penuh diet sperti pizza dan spaghetti terutamanya kerana terkandong sayur2an dan daging.Sekali makan semua dah ada kan?jom kita jamu selera tapi buat sendiri eh?

    SPAGHETTI
    Bahan
    500 gm mee spaghetti (donna vera) atau brand lain pun boleh
    500 gm daging cincang
    200 gm tomato biji di potong kecil2
    1 tin button mushroom di potong kecil2
    1 botol sos spaghetti (kimball)
    200 gm batang sadri di potong kecil2
    200 gm bawang besar dipotong dadu
    3 biji bawang putih dikisar
    5 sudu besar cili giling jika suka
    1 sudu makan daun oregano yang kering
    1 packet serbok spaghetti bolognaise (maggi)
    2 sudu makan serbuk ayam
    garam secukup rasa

    Cara
    Spaghetti direbus hingga lembut lalu toskan dan digaul dengan sedikit minyak supaya tak melekat.
    Panaskan minyak tumiskan cili giling hingga terbit minyak dan masukkan bawang putih, ditumis sekali lagi hingga layu baru masukkan daging cincang dan sedikit air biarkan sekejap baru masukkan bahan2 yang lain dan tambahkan air secukupnya jangan terlalu banyak lebeh kurang 1 mangkok je (500 ml) masaklah sehingga daging empok dan pekat sedikit,dengan api yang sederhana.
    Nota :untuk menghidang nya ambil sedikit spaghetti kedalam pinggan dan tuangkan sos nya diatas spghetti tadi di tabur dengan sedikir origano dan jika suka boleh ditabur dengan pamisan chees atau apa2 keju yang anda suka.Selamat mencuba.............
    15 NOVEMBER 2011                                                                      MEE GORENG
      Selamat pagi semua.........bahagia nya hari ini cahaya matahari telah besinar kembali Alhamdulillah mudah2an hingga kepetang lah hendaknya.
      Kain baju telah lama menantikan sinar mentari yang telah bersedih berhari hari.Semoga sinar mu akan mengeringkan semua jemuran yang tersidai hahaha.................melalut pulak.
      Oleh mood lembab dek cuaca kak ana masak mee goreng je buat bekal huby gi kerja.
      Mudah2an kenyang lah dia makan tengahari dengan mee tu.Mee goreng pun biasa2 je mana yang ada kat peti sejuk tu.
      MEE GORENG
      1/2 kg mee kuning
      1 biji bawang besar dihiris
      2 biji bawang putih dicincang halus
      2 sudu besar cili giling jika mahukan pedas bolehlah ditambah
      2 sudu besar tomato sos
      minyak untok menumis
      garam dan serbuk perasa jika suka
      Bahan tambahan
      6 ekor udang dipotong sedikit kepalanya
      6 batang crab stick dipotong dua
      4 batang sawi dipotong kecil
      1/2 cawan taugeh
      Caranya
    • Panaskan minyak tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu
    • Masukkan cili giling lalu ditumis hingga naik minyak
    • Masukkan tomato sos dikacau hingga rata bubuhkan sedikit air anggaran 1 cawan
    • Masukkan juga udang dan crab stick biarkan mendideh
    • Setelah kuah mula mendideh masukkan mee dikacau rata
    • Apabila sudah rata dan rasa telah mencukupi masukkan sawi dikacau hingga kesemua rempah menjadi rata
    • Matikan api dan bubuhkan taugeh dikacau rata.Boleh lah dihidang

    NOTA; pada yang inginkan taugeh yang lembut bolehlah dimasukkan bersama sawi

    MEE

    20 OCTOBER 2011                                                                         MEE REBUS TULANG

    Hai!!!!!! semua............. ini lah masakkan hari ini mee rebus tulang bukan mee rebus Setulang Laut tau.Jangan jadi macam kak ana pergi makan mee rebus kat Setulang Laut ,ternampak papan tanda mee rebus tulang so order lah bila order sampai teperanjat lalu tanya mana tulang nya? penjual tu kata kak ni merebus Setulang bukan mee rebus tulang.Hahaha huby ketawakan .Rupa2 nya dipapan tanda ejaan SE tu dah terpadam malu sehhhhhh......................


    Semenjak peristiwa itu kak ana tertanya tanya apa rasa nya ya, klu mee rebus tu dicampur dgn tulang dan macam mana lah rupa nya eh?kak ana tanya pada ita dia kata mee rebus tulang memang ada pi kat malaysia jln abd samad JB,suatu hari nanti nak pergi rasa lah sama ke tak dgn kak ana masak ni.

    huuuurrraaayyyy sekarang jawapan dah terjawab.


    Jawapan nya ada dalam blog , AZLITA AZIZ apa lagi hati ini bagaikan meloncat loncat nak try.Tapi sayang terpaksa ditangguhkan jugak bab masa tak mengizinkan,selalu terbayang je ini tak boleh jadi die die mesti buat juga dont care.Maka tercipta lah akhirnya baru lah puas hehehe.

    Semua tentu nak tahukan rasa nya? bagi kak ana memang sedap kombinasi tulang dan kuah mee rebus

    sangat unik macam 2 in 1 gi tu.Bagi yang minat mee rebus dan tulang ini lah hidangan yang sesuai sekali buat mereka.ok ok ok kalau nak rasa cuba lah kat sini resepinya,Ita kak ana ambil resepinya lagi ya.Semua resepi kk ana cut n paste dari ita harap maaf.


    MEE REBUS TULANG

    by : Zainal Abdul Aziz
    Pemilik Restoran ZZ Sup Tulang
    Sumber : Buku Resepi Planta
    masakkan AZLITA AZIZ

    Sup Tulang
    Tulang Lembu secukupnya
    1 bungkus rempah sup bunjut
    5 ulas bawang di hiris
    1 halia - dititik
    1 inc kunyit - dititik
    1 inc lengkuas - dititik
    2 batang serai - dititik ita tambah
    1 kiub daging - ita tambah
    garam secukup rasa

    Mula-mula kita buat sup tulang dahulu.
    Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yg secukupnya untuk merebus daging.
    rebus tulang hingga daging empok

    Bahan Rencah
    3 biji ubi keledek saiz sederhana - di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
    10 biji bawang kecil - dikisar
    2 biji bawang besar - dikisar
    5 ulas bawang putih - dikisar
    1 inc halia - dikisar
    1 inc kunyit hidup - dikisar
    30 tangkai cili kering - di kisar boleh kurangkan
    3 sudu besar rempah kari daging
    3 sudu besar udang kering - di rendam lembut dan dikisar
    garam dan gula secukup rasa
    1 cawan air asam jawa - ita tambah
    1 kiub daging - ita tambah
    1 buku gula melaka - ita tambah
    1 cawan santan - ita tambah

    Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.
    Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah.
    Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.
    Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
    Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.
    Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan )
    Akhirsekali masukkan tulang dan santan.
    Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.puk. Boleh juga jika nak tambahkan daging

    Mee rebus tulang siap untuk di makan bersama
    BAHAN TABURAN

    Mee kuning
    Tauhu goreng
    Taugeh
    Telur rebus
    Daun sup dan daun bawang yg telah dihiris halus
    Cili hijau dihiris
    Taburan bawang goreng
    Limau kasturi