Showing posts with label PASTRY. Show all posts
Showing posts with label PASTRY. Show all posts

CHUROS LAGI


kali ini akak buat churos lagi tapi dah di ubah suai mengikut cita rasa akak dan keluarga memang menepati tapi sayang tak sempat nak snap gambar dah selesai tapi tak apa lain kali akak buat dan muat kan gambar nya sebelum di habiskan k? buat masa ni akak serta kan resepi dulu ya .
Resepi sebenar dari blog just a teste dan akak gabungkan dengan Gordon Ramsy .bila gabungan ini bertemu mesra maka terjadi lah lemak lemak manis gitu hehehe.ok kita tengok resepi nya dulu sebelum tayangan gambar nya

 CHUROS
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar butter (50 gm)
1 sudu teh baking powder
350 ml air
250 gm tepong gandum
minyak utk mengoreng

bahan gaul
1 cawan gula halus
1 sudu teh cinnamon powder
campurkan bahan ini lalu ketepikan
atau
1/2 cawan nuttela
1 sudu besar susu uht
masukkan kedua bahan ini dan panaskan dalam microwave selama 3 saat (second) diketepikan

cara buat churos
dalam periuk masukkan air gula garam dan butter lalu dimasak hingga mendideh bila sudah mendideh masukkan tepong dan baking powder digaul hingga rata
masukkan adunan ini didalam acuan merukuk dengan mengunakan piring bercorak 1 bintang dan di press panjang lebeh kurang 5 inci atau lebeh jika yang suka panjang panjang.
buat sehingga selesai baru di goreng setelah masak angkat gaul dalam gula yang telah dicampurkan cinnamon powder atau dimakan bersama nutella yang di panaskan didalam microwave selama 30 saat
PERINGATAN
adunan ini agak susah utk di picit jika mengunakan piping beg selalu nya piping beg akan pecah dari itu akak gunakan acuan marukuk je atau perlahan lahan picit adunan ini seperti membuat semperit dengan mengunakan acuan nozel bintang





















PUFF PRATA

 
PUFF PRATA
Salam sayang semua ketemu lagi kita diruang ini dimana kali ini akak bawak kan resepi mudah sekali dan hasil nya wow tak leh ang................
Buat akak rasa nya memang sesuai lah kat tekak akak ni texture nya lembut dan garing terkena pulak inti yang penuh daging mmmmmm tak usah cakap banyak mari makan dulu k.
Puff prata ni dibuat dari kulit perata instant yang banyak jual dipasaran tu cuma kita perlu buat kan intinya saja ikut lah selera masing2 seperti sardine atau sayur
Akak gunakan jenama spring home
keistemewan puff ni bila dah isi inti boleh di simpan dalam fridge dan keluarkan lalu bakar bila nak makan.
Sekarang akak tunjukkan bagai mana nak buat puff prata

PUFF PRATA
1 bungkus instan prata
Bahan inti
1/2 kg daging cincang
3 biji kentang potong dadu
2 biji bawang besar dadu
2 biji cili merah dipotong kecil bulat
2 biji cili hijau dipotong kecil bulat
2 biji bawang putih kisar
1 sudu makan cili giling
1/2 inci halia kisar
3 sudu makan rempah kari
1 helai daun kari dihiris
Cara
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga naik minyak lalu masukkan bawang dadu cili giling,daun kari dan cili potong tuangkan sedikit air tumiskan sekejap masukkan rempah kari,kentang dan daging tambahkan air lalu masak lah hingga daging dan kentang empok jangan lupa bubuhkan garam tau.tunggu sampai sedikit kering macam kita nak buat inti epok2 atau karipop biarkan sejuk
Untok membuat nya prata mestilah berkeadaan keras jangan dibiarkan dia lembut sebab bila lembut prata  terlalu lembek dan meleket.
1) potong prata menjadi dua dan patahkan ( menjadi 1/2 bahagian)
 
2) setiap bahagian diisikan inti dan lekatkan menjadi 3 segi rapikan sekeliling bahagian boleh juga gunakan telur untuk lekatkan nya sebagai gum agar inti tak keluar bila di bakar nanti
3) buat hingga selesai jika hendak simpan balutkan semula plastik pada setiap prata dan boleh lah disimpan dalam fridge
4) bakar lah puff ini menggunaakan oven selama 25 minit dengan kepanasan suhu 200'"C atau mengikut kepanasan oven masing2 boleh juga disapukan kuning telur dipermukaan nya agar berkilat tapi akak tak buat cam tu maleh....dibawah gambar cara nak buat nya so enjoy.......




 
 SELAMAT MENCUBA.......................
 

 

MURTABAK CREAM CRACKER

 
MURTABAK CREAM CRACKER
Salam semua...........hari ni akak siarkan murtabak cream cracker akak gunakan iron board je buat back ground nya ,tutup mata tentang back ground nya k? ,murtabak ni tak payah nak tibar2 macam mamak kat kedai tu.......isi nya padat dengan daging, belapis2 lagi,rasa sedikit pedas dan lemak .Murtabak yang ini berlainan sedikit ianya dibuat dari biskut cream cracker bukan dari tepong roti canai tau.......tapi yang pasti rasa nya uuummmpppp ada class tau.......
Ini lah salah satu resepi yang akak belajar 30 tahun lalu tentu dah karat kan? yang karat kertas nya je......bab dah kuning sesangat dan mula berketai2.........tapi resepi nya tetap segar ke hari ini.bak kata perpatah kau lah pujaan hati ku ehhhh waaah..........ok sebelum memanjang lagi kita semak resepinya dulu kalau2 yang ada nak cuba buat kan?
MURTABAK CREAM CRACKER
500 gm biskut cream cracker yang tak bergula
500 gm daging kisar
500 gm bawang besar dipotong dadu kecil
5 biji cili merah dipotong bulat kecil2
5 biji cili hijau di potong bulat kecil2
$1 daun sup bawang di potong kecil2
6 biji telur grade A
300 gm susu segar akak gunakan magnolia dlm kotak
sedikit garam
Loyang 8x8 inci di sapu butter Alaskan dgn aluminium foil seluroh Loyang

Bahan kisar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan rempah kari daging

Cara
1 Panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar ditumis hingga naik bau
2 Masukkan 1/2 cawan air digaul rata kemudian tarukkkan daging kisar,bawang dadu ,cili,dan garam jika kurang air tambahkan agar daging dapat empok,masak lah hingga kering sedikit air nya
3 Perlahankan api lalu masukkan daun sup bawang gaul rata baru matikan api diamkan hingga sejuk sedikit
4 Pecahkan 6 biji telur pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan
5 Bahagikan adunan pada 3 bahagian
6 Masak susu dalam bekas hingga mendideh dan perlahan kan api yang paling kecil

Cara menyusun biskut
1 Ambil 9 keeping biskut masukkan dalam susu panas sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak sunsun dalam Loyang hingga penuh permukaan Loyang tuangkan adunan daging yang pertama ratakan
2 Kembangkan 9 keping lagi biskut kedalam susu dan sunsun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata
3 Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai tekan2 keseluruh bahagian agar campuran telur naik dipermukaan biskut
4 Bakar dalam oven 180'C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu
5 Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawi redai keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di hidangkan


CHURROS

Churros makanan ringan yang mudah dan berhasiat selalu nya hidangan ini boleh kita dapati di PIZZA HUT tapi mereka menggunakan roti perancis di potong serong tipis memanjang dan dibakar garing,bila menekmati roti ini kita akan merasa kan kegaringan roti nya yang kerak kerok bila lama sedikit menggunyah kita akan merasa kemanisan dari tomato dan bawang serta kepedasan nya bergaul didalam mulut aduhhhhh sedap nya.................
Kali ini akak menggunakan roti biasa yang dibelah dua, memandangkan hanya roti ni saja yang ada kat rumah.resepi ini adalah versi akak jika kurang sedap harap maaf k?ok kita semak resepinya
CHURROS
1/2 bantal roti slice di potong 2 dijadikan seperti 3 segi disapukan butter lalu dibakar garing (orignal menggunakan roti perancis yang dipotong serong.)
2 biji tomato dipotong dadu kecil
1 biji bawang jepon atau bawang besar yang putih dipotong dadu kecil
1 biji cili padi dihiris halus buang biji nya ini jika yang suka pedas k?
1 batang daun sup dihiris halus
sedikit garam
Cara
Semua bahan di jadikan satu lalu digaul rata
Ambil sekeping roti bubuhkan bahan2 ini dan boleh lah dihidangkan
Sedap jika dimakan semasa roti nya garing atau panas
Churros kedua versi akak ialah tidak menggunakan roti tetapi menggunakan kulit popiah yang digoreng menjadi bentuk seperti manggkuk lihat gambar di bawah
Dengan menggunakan kulit popiah kita akan merasa lebeh kegaringan nya dan satu lagi kita boleh membuat nya lebeh awal dan disimpan didalam botol bila nak makan kita cuma buatkan bahan inti nya saja
Bahan
2 senduk lauk yang sedang
minyak
kulit popiah yang bungkusan besar dipotong 4
Cara akak membuat kulit popiah ini dengan memotong kulit popiah menjadi 4 (belilah yang besar)
ambil dua keping tarukkan dalam senduk lauk yang sedang besarnya dan tindehkan dengan lagi satu senduk dan gorenglah didalam minyak yang banyak sehingga kulit mula mengaring boleh lah dilepaskan kedua2 senduk nya dan biarkan didalam minyak sehingga garing baru lah diangkat toskan
gunakan api perlahan pastikan kulit popiah kita berbentuk mongkum agar mudah untuk meletakan isi nya
oh ya untuk isi nya kita juga boleh menambakan dengan daging atau telur atau apa2 juga yang sewaktu denganya ,ikutlah selera masing2 k?selamat mencuba.................



Swiss roll pastry

Hai kekawan semua............
Salam buat semua hari ini nak tambah koleksi dalam bahagian pastry,saja je.... nak mempebagaikan doh yg maseh ada dalam simpanan itu hari.
Cara nya doh di giling tipis dan taburkan gula perang,serbuk cinnamon dan badam hiris yg terlebeh dahulu di bakar sedikit lalu di gulong dan di potong2 tipis angaran 1/2 inci tebal,bakar di dalam ketuhar pada 200'c selama 25 minit,jika mahukan lebeh garing tambahkan masa memasaknya dah pun siap................

PASTRY

salam semua.............

Hari ini kk ana nak kenalkan pada kekawan tentang pastry yang menjadi kegemaran ramai agak nya....
Ini lah perbagai bentuk yang boleh kita buat dari doh pastry,sebenarnya selain dari diatas banyak lagi kita boleh perbagaikan.Doh yang terhasil dari lapisan lemak yang dilipat2 dan dibakar akan menghasilkan lapisan2 yang rangup dan berlapis2.Ia nya juga digunakan sebagai pembalut makanan yang berinti.Selalu nya lemak2 yang digunakan adalah dari lemak kambing atau lemak sayur.
Sebagai doh yang serba guna ia juga boleh disimpan selama 3 bulan didalam peti sejuk.Belanja nya tidak lah mahal,Tetapi yang perlu tenaga untuk mengiling nya je...kalau nak excersie buat lah pastry,tapi jangan makan bab banyak lemak tak tahu berapa hari lama nya nak lenturkan hehehe....
Sanggul mak inang ini terhasil dari doh pastry,kk ana tak tahu kenapa dipanggil sanggul mak inang,agak nya dulu2 mak inang sanggulnya tinggi2 tak? jadi tercipta lah nama nya kot?Entahlah....
Kk ana cuba2 buat untuk seorang kawan yang melangsungkan pernikahan anak nya hari ni sebagai hadiah, Alhamdulillah menjadi.Resepinya kk ana dapat dari saorang kawan lama tapi biarlah rahsia....
Jom........
Bahan doh
400 gm tepong gandum
100 gm mentega
200 gm pastry margerine
100 gm/ml air
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh warna kuning
2 sudu teh baking powder
Cara
Tepong dicampur dengan baking powder dan diayak.
Mentega di campurkan kedalam tepong tadi dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
Telur dicampur dengan air ,warna kuning dan garam dikocok2.
Masukkan tepong kedalam adunan air diuli hingga menjadi doh dan di perap selama 1/2 jam
Adunan dibahagi 2 bahagian setiap bahagian digiling lebar selebar pastry magerine
Dibahagian pertama bubuhkan pastry dan ditutp dengan bahagian kedua dan digiling menjadi setebal 1 inci,adunan ini hendaklah dilipat seperti dibawah ini dan digiling dan dilipat lagi sebanyak 3 kali,setiap kali menggiling adunan hendak lah ditaburkan tepong agar tak melekat.
Setelah siap dilipat hendaklah di perap sekali lagi selama 1/2 jam,baharulah di canai tipis dan membuat bentuk yang kekawan suka ya?untuk menjadikan sanggul mak inang adunan dipotong 3,seperti bahagian yang pertama potion nya biarlah lebeh sedikit dari portion kedua dan yang ketiga.Maaf kk ana terlupa nak ambil gambar bahagian ini dan lupa nak timbang berapa gm setiap portion,untuk bahagian pertama canai adunan memanjang seperti ini
Setelah digiling begini di isikan dengan inti lalu di gulong hingga selesai tapi dibahagian akhir bubuhkan sedikit air sebagai pelekat.


 Kemudian dicantumkan menjadi bulatan sebesar 9 inici,dibubuh kedalam luyang beralas kertas pembakar dan dilorekan tepinya dengan menggunakan pisau lalu di sapu dengan kuning telur dan dibakar dalam 200'c selama 25 minit.Buat bergitu pada bahagian kedua tetapi kecilkan sedikit sebesar 6 inci, pada bahagian ketiga kita hanya isikan inti dan bulatkan sahaja seperti bola dan dilorek2.Setelah masak kesemuanya barulah kita tindihkan bahagian kedua keatas yang pertama dan letak kan bahagian ketiga di atas sekali dan di hiaskan dengan bunga cilli dan brocolli.Dah siap sanggul mak inang kita.