Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

TAK PUTUS ASA

Salam semua...............seperti tajuk diatas akak tak putus asa mencuba kuih penderam atau telinga keling ,dah masuk 4 kali cuba tapi hasil nya tetap keras tak tahu lah silap nya di mana .Rasa nya dah sama tapi liat bila nak makan boleh tercabut gigi hahahah..............
Pada mula nya akak ikut resepi di bawah ni ikut juga cara2 nya tapi hampa
  • 250 g tepung beras
  • 250 g tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
  • Minyak yang banyak utk menggoreng
  • Sedikit garam

Cara-cara

Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan.
Larutkan gula apong dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan  tepung.Adunkan.Biarkan  selama 30 minit
Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.
 NOTE : kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.
 lihat dari gambar pun kita dah tahu keras nya kan? betul kata mereka kuih ni susah nak buat.
Gambar dibawah pula akak gunakan lain resepi.


 
1 kampit tepong beras
600 gm gula merah hitam
1 gelas air
sedikit tepong gandum
secubit garam
cara nya
masak gula bersama air dan panas2 curahkan kedalam tepong beras tadi biarkan selama 12 jam
Setelah perap canai dan goreng dengan minyak banyak
 
Resepi ini hampir2 menjadi ,setelah digoreng kuih nya keras tapi bila dibiarkan keesokkan hari nya ia akan lembut sedikit .Dari segi rasa  dah cukup meyerupai kuih penderam.
jika di canai tipis ia nya dengan cepat akan berkecai masa mengoreng dan tak boleh di balik2kan
dengan cepat ,kuih akan merekah dan pecah.
Akak mintak maaf pada yang punya resepi akak tak akan siarkan dari mana sumber nya sebab akak cuba belum menjadi jika dah berjaya nanti barulah akak pamirkan ya...........akak rasa silap nya sewaktu mengadun atau perap tak? mungkin ada teknik2 yang betul cuma akak tak tahu je............walau apa pun akak akan cuba lagi dari itu kita jumpa lagi bye...............
 
Biskut Snow Almond
 
Hai salam semua ........................
Cuba lah buat biskut ni......memang sedap ini lah hasil perkongsian dari rakan2 kita di Blog , FB dan myresepi sunggoh berkesan pada yg tuan punya resepi yg hasal akak tak tahu siapa, tapi akak ambil resepi ni dari umifeeza@myresipi.com
Memang banyak dan ramai yg telah mencuba nya masing2 mengatakan keenakan dan kesedapan biskut ini tu yg teruja sangat nak mencuba sesunggoh hasil nya memang memuaskan cuba lah........
umifeeza@myresipi.com akak mohon cut n paste je resepinya ya sebab akak ikut 100 peratus dati resepi ini ok ini dia resepi nya
 

Biskut Snow Almond

Bahan-bahan ( bergantung saiz penerap yg diguna )

BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
  • BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung
  • HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb
Cara-cara
  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

KUIH SIPUT

Selamat malam semua................
maaf ya dah malam2 baru nak masukkan N3 orang sedap tidur kk ana ngah celik masukkan N3 pula?tak tahulah kenapa mata ni tak dapat lelap panas agaknya tak?
Kk ana memang gemar tengok tv sambil kunyah2 tu yang dah lebar tak perasan ....sebenarnya buat2 tak perasan je......hehehe.......kuih siput ni nak tunggu raya lambat sangat bila dah raya tak termakan pulak kan?jadi mari kita buat sekarang boleh jugak buat cemil2 sambil tengok tv.
Kk ana celok resepi ni dari Jalinan rasa nama yang tak asing lagi dalam Facebook dan resepi dalam blog kk ana.
Kuih siput ni tak payah gigit kuat2 cuma kunyah2 dah terasa kerapuhan nya, memang megancam kk ana akan jadikan salah satu menu hidangan kuih raya tahun ni insyaallah........cuma kk ana tambahkan perisa hoa che dalam adunan ini maaf ya ayu........untuk membuat kuih ni perlukan kesabaran ya......nak selesaikan satu adunan memang lambat tapi bila dah goreng sekali kaup je dah nak dekat habis hilang dalam perut.............bagi yang sabar jom ini resepinya............

KUIH SIPUT
sumber: Olahan dari 2 majalah.
Sumber: Rohaisha Mesra Selera
inspirasi:Jalinan rasa

Bahan-bahan:

600gm tepung gandum
220gm marjerin}dicairkan (klu nk lg rangup guna sukatan 240gm marjerin )
6++tangkai daun kari} untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng

2 tangkai daun kari} Kisar
2 sudu besar serbuk kari
15gm jintan halus} Kisar
15gm jintan kasar}Kisar
15gm udang kering} Goreng dan Kisar
2 ulas bawang putih}dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
Air} Sediakan 150ml+- air
2 sudu teh serbuk hoa che atau serebuk pati ayam
Garam secukupnya lebih kurang 1++ sudu kecil garam.

Cara:
1.       Marjerin yang dicairkan hendaklah betul-betul disejukkan.

2.       Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi.Ketepikan.

3.       (A ) Kisar jintan kasar,jintan halus dan daun kari.

4.       (B)  Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih.

5.       Dalam satu bekas,campurkan bahan (A+B) dan gaul rata bersama garam (adjust garam ni; jgn terlajak masin pula).

6.       Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak Gaul rata.

7.       Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. (sambil tu, cuitlah sikit tepung utk test sekali lg sama ada dah cukup masin ke belum).

8.       Masukkan air sedikit demi sedikit..dan uli sampai betul-betul sebati.Jgn tuang air terus..klu dah tak melekat tandanya o.kle tu..

9.       Gentel siput smpi habis.

10.   Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya..






KACANG GORENG

Selamat bertemu kembali hai........................
Kali ini kk ana nak buat cemil2an bukan raya je baru nak buar kan? kk ana memang gemar makan cemil2an hendak2 kekacang tak boleh stop,kalau sambil makan tengok tv cerita pulak bagus lagi lah cepat je masuk mulut kadang2 hampir 1/2 balang tak sedar.
Kacang ni kk ana buat ikut cara orang dulu2 simple yang pasti enak.............selalu nya kacang ni akan kelihatan pada setiap rumah bila hari raya kadang2 berwarna warni ikut creative tuan rumah .Tapi sekarang mereka semua dah canggih mereka gunakan gajus sebagai penganti kacang standard gi tu ada class kan................Walau ap pun kita sama2 tengok resepinya ya...... jika yang berminat boleh lah cuba.
KACANG GORENG
1/2 kg kacang tanah yg dibuang kulit
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk hao cha atau serbuk ayam
5 ulas bawang putih di tumbuk halus
minyak untuk mengoreng
Cara
Cucikan kacang tanah dan toskan kemudian gaulkan bahan2 yang lain perapkan dalam 10 minit.
Panaskan minyak dan gorengkan kacang dengan api yang sederhana sehingga gareng angkat dan toskan............setelah sejuk boleh lah disimpan didalam kedap udara.
1 NOVEMBER 2011                                                                             KUEH MAKMUR

Biskut kegemaran keluarga telah menjadi kemestian pada setiap raya yang paling gemar kuih ini my huby,cuba bayang kan 1 botol besar dia sorang yang makan ,tapi kalau berkunjung ke rumah orang dia tak mahu makan kuih makmur pulak..... tak tahu kenapa,mungkin malu agaknya.
Resepi ini dari myresepi oleh Fidah tapi saya dah ubah suai selera saya harap maaf ya fidah.
KUIH MAKMUR
intinya
200 gm kacang tanah dibakar dlm oven atau di goreng lalu di kisar.
200 gm gula serbuk
secukup minyak angaran 20 gm untuk mengaul atau gunakan 3 sudu makan peanut butter.gaul hingga boleh di kepal2.


untuk tepong nya
500 gm tepong gandum
125 gm butter
125 gm shortening
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh garam
cara
butter,shortening dan minyak sapi di gaul rata,lalu masukkan garam setelah semua menjadi sebati ,masukkan tepong gandum dan uli menjadi doh .baru di terap bulat, isikan inti dan dicepit seperti jalur2 daun.bakar dalam suhu 160'c selama 20 minit.setelah masak ayakkan gula serbuk diatas biskut tadi dan simpan dalam balang yang kedap udara.
1 NOVEMBER 2011                                                      FRAMBROZEN KENAR
Ini juga hasil dari inspirasi si ita juga,dari penerangan nya cookies ni sedap sekali dan menjadi favorites family nya.Setelah mencuba memang sedap pi manisnya buat kak ana harus di kurangkan.Cookies ini juga boleh disimpan lama tapi hendaklah ditipiskan adunan bawah nya agar garing itu maklum balas dari ita.
Kak ana tak gunakan cutter macam ita punya bab tak ada ,kak ana potong dengan pisau je,dengan cara ini biskut mudah pecah kalau tak perlahan lahan memotong nya.
Cuba lah mungkin ini menjadi favorites family anda juga.

FRAMBROZEN KENARI
By: Kak Zuraini
Cedok dri: AZLITA AZIZ
Lapisan Cookies Bawah
240 gm tepung gandum atau tepung redrose
100 gm gula castor
100 gm serbuk badam/ground almond
200 gm butter1 biji kuning telor
70 gm susu tepung

Toping Tengah
Jam Blackcurrant secukupnya
Ita guna blueberry filling


Pukul butter telur dgn gula hingga kembang atau putih masukkan serbuk badam dan tepong susu.
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh Lapik loyang bercutter ukuran 12 x 12 x 2 inc dengan baking paper
Tuangkan adunan ke dalam loyang, canai doh dan tekan padat2.
Masukkan cutternya dan tekan hingga dasar.
Cucuk doh dengan garfu.
Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuninganKeluarkan cutter dari loyang setelah masak
Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing

Lapisan Icing Atas

60 gm putih telur - 2 biji putih telur
120 gm gula castor - ita kurangkan 100 gm
2 sudu teh tepung jagung - ita letak 1 sudu aje

Hiasan
Kepingan badam atau gajus

Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
Pasangkan semula cutter dan tekan.
Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping benar2 kering.
Kemudian keluarkan cutter
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan biskut dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
11 NOVEMBER 2011                                                   TART BUNGA

Cantik menawan gi tulah pandangan kita dan sayang nak makan kan?.Rasa nya juga sunggoh sedap.Rapoh dan garing,buatnya tak begitu rumit cepat juga lah,tapi kak ana buat lambat sikit bab tak tahu silap kat mana haiiiii........nasib baik 1 adunan tak banyak dapatlah dalam 100 biji.Cukuplahhhhh.


Pertama kali si ita tu tayang kat fb je dah terpegun lekas2 gi blog dia tengok cara2 nya so try lah.Ita terangkan step by step terperinci penerangan nya.Buat lah pasti jadi gurantee........

TART BUNGA
BY: Kak Anim
CEDOK DRI: AZLITA AZIZ
4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk
CARA
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

JAM NENAS
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni ( sila rujuk dlm blog AZLITA AZIZ )
Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau.

COOKIES

Biskut kacang
300 gm kacang tanah digoreng dibahagi 2 (1 bahagian di kisar halus dan 1bahagian lagi ditunbuk kasar)
200 gm gula halus atau gula serbok
400 gm tepong gandum
6 oz minyak masak atau minyak zaiton
1 biji kuning telur untok sapu pada biskut
Cara
kacang yang telah di kisar tagi dijadikan 1 lalu dicampurkan dengan tepong,gula dan minyak uli hingga rata,bolehlah dibulat2kan dan dispukan kuning telur dan dibakar dalam suhu 170'c selama 20 minit.