Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts
Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts

SIPUT SEDUT MASAK singgang

Kalau nak meratah tak payah makan nasi ini lah lauk yang sesuai sekali tapi jangan banyak bercakap bila makan nanti tertelan dengan kelongsong nya sekali HA?? pipot pipot pipot ambulance dating tu baru gamat dibuat nya.............
Setengah orang tak suka makan siput ni bab bila baru beli tu dia merayap rayap pelan2 kat basin nak angakt dia melekat pulak dan lagi satu walau pun dah potong bahagian bawah nya dia tetap hidup dan masih merayap lagi .Nampak macam geli lah kan  hahaha.....
Nak bersehkan siput ni akak gunakan cutter buat potong bunga tu  cepat dan mudah lepas tu tuang kat sink rendam dalam 10 minit dah sudah tu kosek2 dengan tangan dan cuci berseh sekali lagi baru boleh dimasak selain tu sink kita Nampak berseh dek kulit siput tu jadilah 2 in 1 kerja kan hehehe
ok jom kita semak resepinya pulak selamat mencuba
Bahan nya
1 kg siput segar dibersehkan
2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia
2 batang serai di titik
3 helai daun limau purut
1/2 cawan air asam
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
cara
rebus siput selama 3 minit buang air nya
tumiskan serai dan masukkan bahan kisar tumis lagi hingga layu
masukkan air dalam 2 cawan dan 1/2 cawan air asam 
masukkan daun limau purut dan garam serta gula rasa lah secukupnya biarkan mendideh
setelah mendideh masukkan siput biarkan dia masak selama 15 minit matikan api boleh lah di hidang

KACANG PANJANG GORENG

Selamat kita berjumpa kembali semoga semua nya sehat2 belaka Amin..................
Akak bawakkan resepi yg simple je ia itu kacang panjang goreng di sini akak campurkan dengan hirisan isi daging ayam agar terasa kemanisan nya nanti
KACANG PANJANG GORENG
1 ikat kacang panjang di potong angaran 2 inci dicuci dan toskan
1 sudu teh bawang besar kisar
1/2 sudu teh bawang putih kisar
1 biji cili hidup dihiris halus
1 potong dada ayam dihiris kasar
1 biji kecil lobak dihiris halus
CARA
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar hingga layu masukkan ayam hiris dan cili tadi sebatikan
masukkan lobak dan kacang panjang digaul rata dan tuangkan sedikit air
Bubuhkan garam dan rasa lah jika kesemuanya dah ok matikan api
boleh lah hidang

IKAN TONGKOL MASAK KICAP

Salam semua.............
Sebagai tukang masak kat dapur ni selalu kita kebuntuan idea  nak masak apa kan? tapi yang perlu kita fikirkan ialah kesukaan keluarga itu yang penting tapi kita pulak rasa muak balik2 tang tu je...
Apa nak risau asal semua makan sudah lah kan? hehehe nak sedap kan hati sendiri je.....entah2 akak masak tak sedap kot? part ni akak serahkan pada semua cuba resepi ni kalau tak sedap cepat comment tau atau kasi akak idea2 yang lebeh baik k?
IKAN TONGKOL MASAK KICAP
4 iris ikan tongkol dicuci dan di bubuh garam dan kunyit goreng 1/2 masak ketepikan
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan rempah soto
2 biji bawang dikisar atau di hiris akak kisar je
2 biji bawang putih kisar
1/2 inci halia kisar
1/2 cawan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kerisik
garam secukup nya
1 batang kulit kayu manis
1 cawan air
CARA
Tumiskan kulit kayu manis dan masukkan bahan kisar di tumis hingga terbit minyak
Masukkan serbuk soto,sebuk lada hitam dan kerisik dikacau rata dan tuangkan air
Bubuh kan kicap manis dan kicap pekat lalu masukkan ikan tadi biarkan mendideh baru diangkat
Jika suka hiaskan dengan bawang hiris dan cili hiris


PACERI NENAS

Resepi dari BUKAN SEKADAR MASAKKAN
Bagi yg gemar paceri berempah boleh lah cuba ya.............bagi akak memang sedap hendak2 kalau di makan dengan nasi minyak atau beryani untuk bukan sekadar masakkan akak mohon cut n paste ya tq diatas resepi mu semoga Allah jua yg membalasnya............Amin...........

PACERI NENAS      
dari bukan sekadar masakkan

Bahan-bahanya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang + bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

UDANG LEMAK

Bahan
1/2 kg udang sederhana besar buang sesungut dan sebahagian kepala nya lalu dibersehkan
2 biji tomato di belah 2

Bahan kisar
2 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 biji bawang putih
10 biji cili merah tambahkan cili padi merah jika suka pedas
1 kotak santan kara yg kecil (200 ml)
garam  dan sedikit gula


Cara
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dgn api yg perlahan
Masukkan sedikit air angaran 1 cawan dan biarkan mendideh
Setelah mendideh masukkan pula santan,garam dan gula sambil dikacau2 agar tak pecah santan
Apabila sudah mula mendideh masukkan udang yg telah dibersehkan tadi serta tomato
Masaklah selama 5 minit jangan terlalu lama nanti rasa udang akan berubah
Hidanglah dgn nasi atau roti

MATA LEMBU

MATA LEMBU
6 biji telur digoreng sebiji2 ketepikan
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji cili padi ditumbok kasar
3 biji cili merah ditumbok kasar
1 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap cap kipas

Cara
Telur digoreng sebiji sebiji macam mata lembu ketepikan gunakan api yg kecil agar merah telur tak begitu masak baru diangkat
Panaskan minyak tumiskan bahan2 yg ditumbuk dan bawang dadu
Tumiskan bahan2 ini sebentar saja lalu masukkan kicap dan sos tiram gaul rata
Angkat dan tuangkan diatas telur tadi
Kalau nak sedap perahkan sebiji limau kasturi diatas nya
Siap dah.............selamat menjamu selera...........

AYAM TOMATO

As salam semua.........
Jumpa kembali kita ya.....?mudah2an semua sehat2 hendak nya ,maklum lah cuaca yg tak menentu membuatkan ramai yg tak sehat,dari itu jagalah kesihatan kita ya?
Kk ana sebenarnya nasihatkan diri sendiri maklum dah tua2 ni penyakit senang nak menyerang terpaksalah kuatkan benteng pertahanan.     eh?.... macam nak perang pulak...
Kita lupakan hal peperangan tu kembali kita pada resepi hari ni ya....? Masakkan ni kk ana buat untuk  anak kk ana yg bungsu tu dia dah bising hari2 makan ikan kata nya "tak ada daging ke? boring lah..."
Sebenar nya dia tak tahu ke? mak dia ni dah boring tak tahu nak hidang kan apa?
anak oh anak.....
Maka tercipta lah lauk ini.....Alhamdulillah sesuai pulak dengan cita rasa keluarga kk ana dari itu kk ana nak berkongsi dengan semua K?

AYAM TOMATO

1 ekor ayam
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
10 tangkai cili padi hijau
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu besar rempah soto
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 biji tomato
2 helai daun limau purut
2 cawan air atau tairu kk ana gunakan  air

 CARA
Ayam dibersehkan lalu di goreng 1/2 masak
Kisar lah tomato,bawang besar,bawang puth,cili padi,serai,halia dan lengkuas hingga halus
Tumiskan bahan2 kisar hingga naik minyak
Masukkan air biarkan mendideh
Setelah mendideh masukkan ayam dan daun limau biarkan sebentar
Masukkan garam dan rasalah secukupnya biarkan pekat sedikit dan matikan api
Hidang bersama nasi panas daaaaaaaaa
Lemak lagi kalau menggunaka tairu atau santan

DAL SAYUR

As salam semua...........
Ini satu lagi lauk dampingan untuk nasi beryani kita yg lalu,kebiasaan nya lauk ni mesti dihidangkan bersama ibarat kawan baik gi tu,tak tahu lah kenapa?kali ini kk ana menggunakan sayur2an je tanpa daging,jika sesiapa yg suka kan rasa daging kk ana shorkan taruhlah daging tetelan,direbus hinga empok dahulu baru dimasukkan kedalam kuah dal
Kuah ini juga boleh di makan bersama roti atau roti perata kalau nak sedap makan dgn roti perancis,tapi roti nya di panggang dulu baru lah yummy...........Ini lah resepinya

DALCA SAYUR
Bahan
150 gm kacang dal direndam 4 jam dan direbus hingga empok ketepikan
2 biji bawang besar di potong dadu
2 biji cili hijau di potong bulat
2 biji tomato di belah empat
4 batang kacang panjang dipotong 2 inci panjang
2 biji kentang dibelah empat
1 biji lobak dipotong 2 inci panjang
1 /4 bahagian kobis dipotong kasar
2 batang daun kari
1/2 cawan rempah kari daging
2 keping asam gelugor

 Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
semua bahan ini dikisar halus

 Cara
Tumiskan bahan kisar hingga layu
Masukkan daun kari dan rempah kari
Tuangkan santan atau air biarkan mendideh
Masukkan dal dan bahan2 yang lain biarkan semuanya empok
Bubuhkan asam gelugor dan garam
Masak lah hingga sedikit pekat dan berkuah
Jika keesokan hari ianya lebeh sedap dan pekat tapi jangan lupa panas2 kan

KAMBING BERYANI

Selamat senin semua..................
Berjumpa kita kembali sebagaimana yg telah kk ana janjikan tempoh hari nak siarkan lauk buat pengapit nasi beryani kita tu ingat tak?tentu masih ingatkan.............. cuma lambat je maklum lah siaran lama macam kura kura lah kan?
Kk ana menggunakan daging kambing, bagi yg tak gemar bolehlah ditukar dengan ayam atau lembu ikut selera masing2 ya.......


KAMBING BERYANI

Bahan
1 kg daging kambing bahagian isi nya dipotong 2 direbus hingga empok jangan dibuang air rebusan
2 biji tomato di belah empat
2 batang daun pudina dipetik2

 Bahan tumis
3 biji bawang besar di hiris
4 biji bawang putih dikisar
2 sudu makan cili kisar
50 sen badam direndam n kisar
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan rempah beryani
2 sudu makan rempah soto
2 inci halia dikisar
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
250 gm tairu
minyak sapi dan garam serta sedikit gula

 Cara
Panakan minyak sapi hingga cair tumiskan bawang hiris hingga kekuningan
Masukkan rempak kasar (kayu manis,bunga lawang dan pelaga)dikacau seketika
Masukkanpula rempah kisar dan cili kisar masak hingga naik minyak
Selepas tu Masukkan rempah beryani dan badam kisar dikacau rata
Masukkan tomato puree dan tairu
Kemudian masukkan daging bersama air rebusan nya
masak lah hingga sedikit pekat
Jangan lupa bubuh garam dan gula
Apabila sudah agak pekat masukkan tomato
Taburkan dengan daun pudina diatas nya

SABA TARAYAKI

Ikan saba ialah ikan jepon yang dimakan dengan nasi panas2, ada di jual yang telah siap di rempah di pasar raya.harga ikan ini sangat mahal bayangkan dua ekor ikan yang telah dibelah empat berharga tujuh dollar?itu pun tak berempah kalau yang berempah berharga dalam 8 dollar lebeh.
Selalu nya ikan ini akan dimakan bersama nasi (beras jepon) di iringi dengan kimci dan sop sayur.
Disini rempahnya kk ana buat sendiri tunjuk ajar dari adik kk ana Ruby,rasa nya seakan akan bolehlah........... kalau beli yang berempah tak tahu kesahian halal nya kan? ok jom kita tengok resepinya yang dah tahu tu kalau ada silap kat resepinya beritahu ya.........
SABA TARAYAKI
Bahan
4 sudu makan sos lada hitam
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kicap cair
sedikit minyak untuk mengoreng
4 ekor ikan saba boleh gunakan fillet fish atau ikan yang dibelah dua dan buang tulang nya yang terbaik gunakan ikan tongkol yang jenis kecil

Cara
Ikan diberseh dan ditoskan,lap sedikit agar tiada air ketepikan
Campurkan semua bahan2 didalam bekas
Celupkan ikan kedalam campuran tadi perapkan selama 20 minit
Panaskan kuali non stick pan bubuhkan sedikit minyak dengan api yang kecil biarkan minyak panas
Apabila minyak panas masukkan ikan tadi dan masak lah selama 15 minit sambil dibalik2kan
Sesuai juga dibakar menggunakan aliminum foil dalam oven dengan kepanasan 200'c selama 15 minit
Bila ikan dah masak boleh lah dihidangkan panas2
Selamt mencuba............








Campurkan semua bahan

SOTONG HITAM

Hari ni jom kita masak sotong hitam, kk ana maseh ingat lagi sewaktu kerja dulu kami semua duduk mengadap waktu makan, dan salah saorang dari teman tu bawak sotong masak hitam, sederet depan kk ana tu mereka berkongsi lah lauk tu dan terdengar cerita lucu pulak.... berderai mereka ketawa serentak,bila ternampak gigi masing2 hitam kk ana terbahak lah ketawa kan diorang semua,dia orang pun ketawakan kk ana juga rupa2 nya kk ana pun makan lauk yang sama hahahaha..........
Lauk ini ikut cita rasa kk ana ya main campak2 asal sedap ok lah kan ,anak2 kk ana tak gemar lauk ni kata mereka lain macam je color nya........hai budak2 sekarang tapi yang heran tu bila kat restoran ada spaggetie sotong hitam mereka boleh pulak telan....tu kan pelik?
SOTONG HITAM
Bahan
1 kg sotong dibersehkan ambil hitam nya ketepikan dan sumbatkan kembali kepala nya kedalam badan sotong ketepikan
2 biji cili merah dihiris
1 batang serai dititek
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh kicap pekat
garam dan serbuk perasa jika suka
Cara
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi hingga harum masukkan pula serai masak lah sebentar.
Kemudian masukkan bawang dan cili yang dihiris masak sehingga bawang layu
Masukkan pula bahagian hitam sotong dan kunyit di kacau2 hingga semuanya pecah dan hitam nya serata
Tuangkan sedikit air dalam angaran 1 cawan dan masukkan garam ,lada hitam,kicap dan serbuk perasa jika suka tunggu sampai mendideh
Bila dah mendideh masukkan sotong masak lah selam 10 minit ,matikan api bolehlah dihidangkan
Selamat menjamu selera ...............

LEMAK BAYAM

Selamat berbahagia semua kk ana doakan semoga hidup kita sentiasa ceria dan dilindungi Allah sentiasa ameen......kali ini kk ana masak lauk lemak bayam hidangan tengahari buat keluarga, sebagai penyelera kk ana bubuhkan udang.
Gabongan lauk ini kk ana makan bersama kari kerisek dan ayam goreng tapi lebeh sedap lagi kalau makan bersama sambal belacan dan ikan kering kan? di tambah lagi dengan ulam2 pasti bertambah2  sampai berkali kali,aduh.....sambil menaip terliur pulak.................
LEMAK BAYAM
Bahan
200 gm udang dibuang sesunggut nya dan dibersehkan
1 biji bawang besar yang sedang dihiris
2 biji bawang putih di hiris
2 batang cili merah dihiris
1 sudu teh serbuk ayam
sedikit garam
1 manggkuk santan atau santan kotak 200 ml gunakan 1/2 bahagian saja + dengan air selebeh nya
1 ikat daun bayam di potong mengikut selera masing2 dibersehkan
Cara
Tumiskan bahan hiris hingga layu
Masukkan santan,udang dan bahan perasa hendak lah sentiasa di kacau2 agar tak pecah minyak gunakan api perlahan
Apabila kelihatan hampir mendideh masukkan bayam dan dikacau sehingga kembali mendideh matikan api dah siap, jom makan..................

KARI DAUN BASIL

Selamat pagi semua dan salam sayang..........
Semalam kk ana masak kari daun basil dah buntu nak masak apa balik2 tang tu tang tu.................
Buka peti ice ada daging kelentang kelentung campak2 ikut cara macam Mlong jadi lah lauk ni...........
Rasa sedikit lebeh kurang macam rendang cuma ada rasa daun basil utuk yang suka akan aroma daun basil leh lah cuba.
Mari kita layan resepi nya..................

Bahan
1/2 kg daging goreng di potong kecil2
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar kisar
2 biji bawang putih kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 inici halia kisar
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan (kk ana gunakan santan kotak kara yg kecil)
3 batang daun basil di racik halus

Cara
Tumiskan bahan2 kisar hingga naik minyak dan wangi, masukkan daging dikacau rata masukan pula rempah kari yang telah dikacau dengan sedikit air lalu digaul rata, tambahkan 1manggkuk santan tadi dan biarkan daging empuk.
Setelah daging empuk masukkan garam dan sedikit gula dikacau rata
Masukkan daun basil yang telah diracik2 dan kerisik rata kan dan biarkan sebentar matikan api
jika masakkan ini terlalu pekat boleh lah ditambah sedikit air ikutlah selera masing2
selamat mencuba dan jumpa lagi daaaa

KHASMIRI CURRY BEEF

Salam semua.............................
khasmiri curry beef atau mutton ni dapat dari resepi chef Joha hassan,nampak sedap apa lagi daging pun ada dan bahan2 semua dalam simpanan so go head lah....... makan dengan nasi minyak pulak terasa macam dekat majlis kawin gi tu hahaha...............

Masakan kalau kata chef je yg masak tentu sedap kan? tak dapat nak gi restoran dia masak sendiri pun ok lah cuma rasa tak sama lah dengan chef punya...........jom kita nekmati resepi dari chef ni
Rogan Josh (Khasmiri Curry Lamb/Beef). Bon Appetit
oleh: Joha Hassan
Ingredients
1Kg Beef/Lamb - cut in cunchy cubes
3 Bay Leaves
7 Cardamoms
1 tspn of Cloves
2 Cinnimon sticks
1/2 tspn Fennel Seeds (Jintan Halus)
2 Large Japanes Onions - Thinly Slice
2 tspn Tumeric powder
3 tbspn of Chili paste / powder
3 tspn of Coriander powder
3 inch of Ginger
4 cloves of Garlic - to pound with ginger, make into a paste
2 tomatoes - chopped
1 tbspn of tomatoes puree
1 cup of water
Salt to taste
1 bunch of coriander leaves - chopped coarsely (for garnish)
1/2 cup of cooking oil

Method
Heat oil in the pan. Add the bay leaves, then the seed spices
liked Cardamons, fennel seed, cinnimon stick and cloves. Then add
the slice onions, 3 dry chilies and the dried powder spices, Tumeric, coriander. Stir still the onions are soft then add chili paste, tomatoes & tomatoes puree. Mixed well, then add the lamb cubes. Add 1 cups of water. Cooked for 30 to 45mins till the meat is cooked and tender.
For serving Sprinkle with fried onions and coriander leaves, optional fried potatoes

SOTONG MASAK KUNYIT

SALAM semua....................
Menu hari ini kk ana ambil dari My Rsepi oleh yummiez sotong masak kunyit,dah tak tahu nak buat apa dengan stock sotong yang ada so merayap rayap jumpa pulak resepi ni......mohon share ya yummiez.Ok kita share resepi yummiez ni jom.................


SOTONG MASAK KUNYIT
yummiez@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
  • 4-5 ekor sotong - bersihkan dan dipotong
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam secukupnya
  • serbuk lada secukupnya
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/2 biji bawang besar - dipotong bulat2
  • hirisan cili merah secukupnya
  • minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Sotong tadi digaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada. Kalau boleh jangan bagi sotong berair sangat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Bila dah panas, tumis bawang putih sampai naik bau.
  3. Masukkan sotong dan kacau sebentar. Kalau rasa nak tambah kuah, masukkan sedikit air. Tapi air dari sotong tu akan keluar jugak so agak2 byk mane nak tambah air.
  4. Masukkan bawang besar and hirisan cili merah. Tambah kan garam jika perlu. Tak perlu masak lama sgt, nnt sotong jadi keras.
  5. Siap dan hidangkan.


Salam kekawan..................
dah lama tak masuk N3 rindu pulak ,apa khabar semua...........hari ini nak masak pucuk ubi dengan tempoyak hasil dari malong FB,dia gunakan berbagai jenis pucuk tapi kk ana gunakan pucuk ubi je.....masakkan orang kampong ni kalau sekali2 memang sedap tambah lagi dengan ikan kering goreng dan sambal belacan aduhhhhhhhhhhh.....
Mlong kita kongsi resepi ya...............

SAMBAL TOMPOYAK
mlong FB
bahan2nya

secekak pucuk ubi
10 helai daun kunyit
8 batang serai ..pas racik2...tumbuk lumat okey

bahan2 diatas ni diracik 2 halus spt nak buat buat bunga rampai ok.

6 papan petai (ikut suka)...belah 2
1 mangkuk besar santan pekat
garam
2 senduk tompoyak

bahan2 utk ditumbuk lumat

20 ekor ikan bilis belah 2..buang tulang nya
2 cm kunyit hidup
10 ulas cilipadi(klu nak pedas boleh tambah lagi ok)
5 ulas bawang merah kecil

cara2nya

masukkan kesemua bahan dalam periuk
masak hingga kuah nya pekat
perasakan garam nya

biar kuah nya kering sedikit baru tutup api
dah siappp

untuk pucuk tu ...pucuk labu .pucuk beruas, dll boleh di mix kan dlm sambal tompoyak ni kekawan......
Salam semua........................
Hari ini kk ana hidangkan asam pedas dan sayur goreng,kk ana tak tahu nama sebenar sayur ni.Dipasar ramai orang2 cina membelinya bila ditanya "masak apa sedap? dia kata goreng saja ma"kk ana memang suka mencuba asal kan boleh dimakan... kalau tak sedap lain kali jangan beli lah.......
Ini lah sayur yang kk ana cakapkan tadi,rasanya seperti sayur kangkong .Kk ana goreng dengan bawang dan bubuh serbok hao chi je tu pun dah sedap.Mungkin kalau di masak belacan atau oyster sos pun sedap jugak,lain kali lah kk ana cuba.
Pasar di Singapura ni terdapat berbagai2 jenis sayuran yang dijual cuma kita orang2 melayu ni tak berani nak mencuba atau tak tahu nak masaknya,ia lah macam kk ana ni.Kadang2 ada yang unik2 sampai lain macam je bentuk nya kalau tu kk ana tak teringin lah...
SAYUR GORENG
Bahan
250 gm sayur diatas
1 biji bawang besar di hiris
3 biji bawang putih ditumbuk
2 sudu teh serbuk hao chi brand knorr
Cara
Sayur di potong daun nya dan batang bya diasingkan,kk ana buang batang nya.dicuci berseh toskan.
Panaskan minyak tumis bahan2 hiris dan tumbuk hingga layu baru masukkan garam dan sebuk hao chi di gaul rata baru masukkan sayur tadi lalu dimasak hingga daun nya sedikit layu boleh lah diangkat dan dihidangkan.
ASAM PEDAS
1/2 kg ikan kembong dibersehkan dan tos
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
15 batang lada kering
1 inci halia
1 batang serai
1 inci belacan
3 sudu makan kunyit serbuk
2 sudu makan biji lada hitam
semua bahan2 dikisar halus ketepikan

1 cawan air asam
5 batang daun kesum
1 batang bunga kantan di belah 2
Cara
Panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar hingga garing dan keluar minyak,masukkan air asam dan tambahkan air dalam 1 mangkuk kemudian bubuhkan garam dan serbuk perasa jika suka lalu biarkan mendideh.Setelah mendideh masukkan ikan dan daun kesum serta bunga kantan dan dimasak dalam masa 10 minit boleh lah di hidang.
Nota: Anda juga boleh meletakan bendi atau terung sebagai bahan tambahan.
19 november 2011                               LUNCH TIME
Salam semua N3 hari ini hidangan tengahari tadi berupa kailan goreng dan daging daun bawang.Makanan yang simple dan cepat serta berkhasiat.

Makanan sayuran amat perlu untuk tubuh badan kita ia nya menghasilkan serat yang melancarkan pembersehan dalam usus kita dan protin dari daging pula menambahkan tenaga yang telah sehari di keluarkan.Kita harus ingat setiap pengambilan nya tidak harus berlebehan kerana setiap yang berlebehan akan mendatangkan kemudaratan.Sebagai manusia begitu juga kak ana akan terlupa semua itu apabila yang dihidangkan terlalu sedap atau favourite


Tapi apabila dah mula sakit baru nak ingat semua tu dah terlambat....................Ini semua sebagai ingatan buat kak ana yang dah berusia dan harus menjaga makanan sebab enjin lama.
Jika tidak makanan yang biasa dimakan akan bertukar menjadi pil2 yang mengantikan makanan kita, mudah2an dilindungi Allah dari semua itu.Insa'allah.
Ok disini kita tengok resepi untok hidangan hari ini.


DAGING DAUN BAWANG

1/2 kg daging goreng dihiris lebar dan halus
2 biji bawang dihiris kasar
2 biji cili merah dihiris
2 biji tomato dibelah 6
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap masin
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 cekak atau 100 gm daun bawang dipotong kasar

Bahan kisar

3 biji bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
1 sudu besar tepong jagung campurkan dengan 1/2 cawan air untok memekat kan nya.


Cara
Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau masukkan daigng dan masak lah sehingga daging empok,jika kering tuangkan air.
Setelah dagingnya empok masukkan semua bahan2 lain kecuali daun bawang dikacau rata dan masaklah dalam 1 minit matikan api.
Apabila api telah dimatikan masukkan daun bawang digaul rata dan bolehlah dihidangkan.

KAILAN GORENG
200 gm sayur kailan dipotong ikut suka cuci dan toskan
1 batang lobak dibuang kulit dan potong serong
1 biji bawang besar potong kasar
2 biji cili merah dihiris
3 biji bawang putih dicincang
4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Cara
Tumiskan bawang putih hingga kuning masukkan sos tiram dan sedikit air.
Setelah air mendideh masukan bahan2 yang selebehnya masaklah hingga sayur layu sedikit jangan terlalu layu ini akan merosakkan kandongan vitaminnya.
Rasalah masakan nya baru dimatikan api dan dihidangkan.
Selamat menjamu selera.
8 JANUARY 2012                             DAL TELUR


HAI...................
Kali ini N3 dal telur yang mudah dan berhasiat,jom kita sama2 semak resepinya.............
Bahan
1/2 cawan kacang dal direndam hingga kembang dalam 1/2 jam lalu direbus hingga empok jangan sampai hancur
2 biji kentang dibelah 4 direbus bersama dal
10 biji telur direbus kupas kulit ketepikan
3 sudu makan serbuk kari daging kk ana pakai kari ikan house brand
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kunyit
2 helai asam keping
1/2 cawan santan jika suka kk ana tak bubuh
2 tangkai daun kari
2 biji tomato dibelah dua
bahan kisar
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
Cara
Tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga layu masukkan cili giling,serbuk kunyit dan serbuk kari ditumis lagi lalu masukkan santan serta asam keping akhir sekali masukkan dal yang telah direbus bersama kentang tadi dan bubuhlah garam,diamkan sehingga mendideh baru masukkan telur dan tomato ,biarkan seketika bolehlah dimatikan apinya.
NOTA; kuah dal ini jika disimpan semalaman akan menjadi lebeh sedap tapi jangan lupa untok di panas2kan selamat mencuba.
7 JANUARY 2012                               JENGKOL

Selamat tahun baru semua........
Walaupun terlambat ber N3 namun maseh juga dalam tahun baru kan? dek kemalasan melanda pada awal tahun tu yang menyebabkan terlewat segala gala nya.Namun begitu lambat atau cepat kk ana tetap akan masukkan N3 nya k?
Ok kk ana nak masukkan N3 pasal jengkol oopppp ada yang tak tahu apa tu jengkol kan?JERING lah..

Cakapan orang2 jawa lah tu.......tapi jangan jadi tangkai jering ya............ itu lah pepatah melayu bagi orang yang lokek.
Jering ni pemberian Misah (adik kk ana) dia pergi rumah kawan nya di simpang rengam johore,oh ya tak semua orang suka makan jering dek rasa yang pahit dan bau nya bolehlah tahan,hendak2 kalau buang air kecil berdesing........Tapi disebalik itu semua ada menafaat nya untok orang yang berpenyakit kencing manis tau.

Memandangkan jering yang banyak kk ana buat lah sambal goreng jering, style kk ana hehehe dimakan dengan nasi yang panas dan sambal belacan.Ini lah resepinya.
SAMBAL GORENG JERING
Bahan
10 biji jering dibuang kulit dan dihiris kasar atau potong 2 saja
1 batang serai di hiris
2 biji bawang besar dihiris
5 biji cili padi di hiris
2 biji bawang putih dihiris
1/2 inici belacan
2 sudu besar air asam jawa
1 ikat su'un direndam dipotong kecil2
1 cawan santan
garam gula dan serbuk perasa
Cara
Asam jawa,belacan dan santan diramas lalu di tapis ketepikan.Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 hiris sehingga layu lalu masukkan air asam tadi
Kemudian masukkan jering dan bahan2 perasa lalu di masak sehingga jering empok.
Jika sewaktu mengempok kan jering air nya menjadi kering boleh lah ditambah.
Setelah jering empok masukkan su'un digaul rata selama 1 minit boleh lah diangkat.Selamat mencuba.