Showing posts with label CHEESE CAKE. Show all posts
Showing posts with label CHEESE CAKE. Show all posts

TIRAMISU

As salam semua mudah2an semuanya sehat hendaknya memandangkan cuaca yang sering berubah ni kita harus menjaga kesehatan k?
Hari ni akak mencuba resepi dari chef terkenal di America sering juga keluar di kaca TV dalam berbagai jenis rancangan maka tu yang nak tahu apakah setiap yang di hidang tu sedap ? tu lah buat akak cuba?
Tapi kalau dah dikatakan chef lah........... memang akak selut lah kat dia........... sedap.........terasa coffee dan cream nya lemak2 manis ,bila di sejukkan terasa seperti ice cream. hmmmm.....
Akak cuba adunan ni dapat lah dalam 3 bekas ni yang berukuran 4x4 inci akak juga buat berbagai jenis alah cuma taruk kan buah2an segar je hehehe suspan kan? ok jom kita selidek resepi ni ada tak dalam simpanan........kalau ada boleh lah cuba kan?
Gordon Ramsay

Easy tiramisu

Ingredients

Method

  1. Whisk the mascarpone with the vanilla and 50ml coffee, until everything is thoroughly mixed together. Whisk the cream with the icing sugar until smooth, then fold in the mascarpone mix.
  2. Pour the remaining coffee into a bowl (sweeten with more icing sugar if you like). Take one sponge finger at a time and dip it in to the coffee. Set it to one side and continue with the remaining biscuits.
  3. Line 4 serving glasses with 4 sponge fingers, breaking them in half if you need to. Spoon the mascarpone mix in until you reach the top of the glass. Refrigerate for 20 minutes to allow the flavours to infuse.
  4. Remove the Tiramisu from the fridge. Take the frozen chocolate bar and grate a little chocolate over the top of each Tiramisu. Finally, dust with sifted cocoa powder to serve
Bahan-bahan
250 g mascarpone
1 sudu teh vanilla
150 ml kopi atau espresso, disejukkan kepada suhu bilik
150 ml fresh cream
4 camca besar gula icing
16 keping atau kurang sponge finger biskut
70 gm serbuk Koko
 
Cara

Whisk mascarpone vanilla dan kopi 50 ml, sehingga segala-galanya benar-benar bercampur.

Pukul krim dengan gula aising sehingga sebati, kemudian campurankan kedalam mascarpone.

tuangkan kopi selebihnya ke dalam mangkuk ( lebihkan gula aising jika anda mahu).

Ambil biskut sponge finger dan celupkan kedalam air kopi lalu aturkan kedalam bekas.
 
tuangka sedikit cream chees lalu ratakan dan susun kan lagi sponge finger yang telah dicelupkan dengan kopi terlebeh dulu
 
Buatlah dengan 3 layer cream dan 2 layer biskut
 
Sejukkan selama 20 minit untuk membolehkan perisa untuk menyerap
 
KeluarkanTiramisu dari peti sejuk. Ambil coklat bar yang beku dan parutkan sedikit coklat bahagian atas setiap Tiramisu. Akhirnya, ayakkan serbuk Koko

 
As salam semua nya............
Wah lama betul tak ada N3 ya? sebenarnya tak ada modal nak ber N3 setiap hari buat yg biasa2 je
Kali ini barulah ada kesempatan nak cuba yg baru tapi belum sempat nak snap gambar dah 1/2 bahagian hilang dan lagi tak dapat nak possing lama2 cuma dapat snap 2 gambar je......
Ini lah resepi cheese cake yg ada base biskut digestive bercampur cornflake,resepi ni kk ana dapat dari kedai kek yg promosi keju Anchor dan bahan2 dari product Anchor.
Rasa nya?
Memang sedap mentelah lagi rangup base nya tapi sayang base nya terlalu tebal sebab kk ana gunakan 1 adunan sedangkan bahagian dalam nya kk ana gunakan 1/2 adunan saja disebabkan tak cukup cream cheese...... ok lah mari kita cuba resepi ni ya?pada yg cuba sama2 lah kita berkongsi pengalaman ya?
CALIFORNIA RASIN CHEESE CAKE
BASE
170 gm digestive biskut hancurkan
50 gm cornflake hancurkan
50 gm badam flake hancurkan
2 sudu makan gula perang
100 gm butter dicairkan
CARA
Campurkan bahan2 seperti cornflake,badam,gula perang dan digestive hancurkan semua nya kemudian tuangkan butter cair digaul rata
Tuangkan adunan kedalam acuan dan rata kan hingga menutupi acuan
Simpan kedalam peti sejuk selama 1 jam

CAKE
750 gm cream cheese
125 gm gula
2 sudu makan air perahan lemon
200 gm whipping cream
30 gm tepong jagung
3 biji telur dipukul ringan
60 ml syrup rum non alcohol kk ana tak pakai
120 gm kismis atau blackcurrent kk ana tak pakai

CARA
Rendam kan rum dan kismis
Pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula dan air perahan lemon ,pukul lagi hingga sebati
Campurkan pula whipping cream dan tepong jagung digaul rata
Kemudian masukkan telur digaul rata dan sebati
Masukkan pula kismis yg direndam tadi part ni kk ana tak buat
Tuangkan adunan keatas biskut base yg disejukkan tadi hingga rata
Letakkan acuan kedalam loyang yg berisi air Water bath
Bakar gunakan api yg sederhana 160 'c selama   1 jam
Jika telah masak matikan oven
Buang air didalam loyang
masukkan acuan kembali kedalam oven dan biarkan kek didalam oven dgn pintu direnggangkan sehingga kek sejuk simpan kek didalam peti sejuk selama 1 malam
Kk ana tak sempat simpan dah kena ngap hahahaha
Selamat mencuba ku nanti comment dari mu k?

CHEESE CAKE

Salam jumaat yang berbahagia untuk semua.......................
Gembira nya hari ini dapat buat kek cheese,yang selalu nya beli je.Memang benarlah kata orang home made punya brand memang sedap tak dapat disangkal lagi thum up.........................
Oooopppppps......... bukan memuji tapi resepi2 dari kekawan Facebook dan Myresepi memang tak dapat dicerita ke enakan nya,dari anak2 yang merasa mereka kata SEDAP sangat tak macam kat kedai,Wah....... gembira hati mak...................
Ok..... kk ana nak cerita tentang kek cheese ni ,kek ni kk ana dapat dari Zunainah Paiman kawan FB yang banyak menyumbang kan resepi2 dari dapur nya.Kek yang gebu,lembut dan cheesezy ni rasa nya sedikit masam dek cheese tapi sunggoh lazat.Kebiasaan kek cheesse dibuat dari cream cheese yang mahal tapi Zu hanya gunakan cheese chedar keping2 yang selalu kita makan dengan roti.Kk ana ucapkan ribuan terima kaseh pada Zu dan mohon share resepi ini ya.....................

JAPANESE CHEESE CAKE..
     Zunainah Paiman
1.     BAHAN2:
     6-7 kpg cheddar cheese
200ml susu segar@susu cair(klu nak letak perisa strbrry gunakan susu perisa strbrry lg sedap n tmbhkan colour n esen strbrry)
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 s/t cream of tatar

CARA2: Koyakan cheese kecil2 dan campurkan bersama susu..masak dgn api perlahan..kacau selalu..da hancur masukkan butter da cair tutup api dan sejukkan..
Asingkan putih n kuning telur dlm bekas berlainan..
Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar..sehingga kembang dan meringue(bertanduk)..
Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi(ditapis)
Masukkan tepung sedikit2..kacau perlahan2 sehingga sebati..
Masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan smpi sebati...
lapikkan loyang dan sapu dgn sdikit butter..
Letak loyang dlm bekas berisi air panas...
Panaskan oven..bole lah dibakar dlm 1jam 30mnt..ikut kepanas oven masing2