Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

PUDING BATIK JAWA

PUDING BATIK JAWA
Begitulah panggilan nya sewaktu akak belajar membuatnya .Sangkaan akak bila dikatakan puding tu tentulah isi kandungan nya berasaskan agar2 kan tapi meleset sama sekali.Akak belajar membuat puding ini 30 tahun lalu sewaktu anak2 akak maseh kecil lagi dan menjadi sumber mata pencarian akak yg tak berkerja waktu itu Alhamdulillah dapat lah membantu .Ada terdapat resepi yg sama dgn nama dan bahan yang berbeza sebab tu ianya tak serupa dalam segi rasa dan rupa.bagi akak resepi ni amat sesuai sekali dibuat hantaran dan hidangan dlm majlis2dan mudah dipotong2.
puding ni tak susah membuat nya dan bahan2 nya pun senang nak cari,dalam segi rasanya juga enak ,cubalah....

Sekian lama tak membuatnya kini terpaksa lah bongkah semula segala resepi2 tu , atas  permintaan puteri akak yg sorang ni.
Kata nya "majlis orang lain mampu mak buatkan kenapa bila majlis anak sendiri mak nak beli je?"
Aduh......berdesing telinga dibuat nya nak tak nak buatkan lah juga 4 jenis cukuplah tu kan......
Dalam sibuk2 pun nak buat sendiri Alhamdulillah badan sehat dapat juga akak laksanakan.
Sempena kesempatan tu lah akak abadikan dalam blog ni agar dapat berkongsi dengan teman2 semua,maaf tak ada stap by stap tak mampu nak lakukan macam pro2 kita tu.OK kita tengok resepi nya dulu k?
 
PUDING BATIK JAWA
Bahannya
600 gm biskut merry di pecah 4
12 oz butter            340 gm
1/2 tin susu pekat
5 oz gula custer      140 gm
3 oz milo                 80 gm
3 oz nestum             80 gm
12 oz air                 340 gm
2 sudu makan coca powder
1 sudu teh vanilla
8 biji telur grade B
Loyang 8x8 inci disapu butter keliling dialaskan kertas dan sapukan butter sekali lagi

Cara
1 Biskut merry di pecahkan 4 ketepikan
2 Butter ,gula dan telur dipukul hingga rata tak perlu hingga kembang
3 Masukkan pula air,nestum,cocoa ,susu ,vanilla dan milo dikacau rata
4 Masak atas api yg perlahan bahan2 yang telah dicampur tadi sambil dikacau2
5 Masaklah hingga pekat apabila dah kelihatan pekat masukkan biskut merry dikacau rata
6 Matikan api dan tuangkan dalam Loyang ratakan sambil ditekan agar padat dan rata
7 Simpan dalam peti sejuk 4 jam boleh di makan sejuk atau biasa
coba lah semoga menepati cita rasa semua..............

KEK SPONGE

Salam semua selamat berjumpa kembali semenjak computer dah kadam ni lama lah tak ada n3 masuk.Alhamdulillah ada penganti .
Sebagai permulaan akak hidangkan kek sponge dengan warna kegemaran akak ia itu biru, sebagai orang yang baru belajar menggunakan fresh cream cam ni lah rupa nya jangan tenong lama2 nanti kecacatan nya meyerlah tau.........
Resepi akak ambil dari guru yang tak asing lagi Azlita Aziz blog masam manis bertajuk kek span pandan tapi akak tak gunakan pandan cuma plain je bab akak nak bubuhkan bluebarry. kek nya ternyata lembut dan mudah nak di buat cuma akak tambahkan blueberry jam pada setiap layer selain disapukan dengan fresh cream.
Maaf kek tak di potong so tak dapat lah nak tengok bahagian dalam nya.Terima kaseh pada tuan punya resepi dan blog masam manis dimana banyak memberikan  idea2 yang menarik .Dari itu akak abadikan resepinya sebagai rujukkan masa2 akan datang so mohon dishare ya............

KEK SPONGE
150 gm tepong naik sendiri
1 sudu teh baking powder
150 gm gula castor
5 biji telor grade A
80 ml air akak gunakan susu fresh
80 ml mentega cair
1 sudu besar ovellate
jam blueberry secukupnya
fresh cream
warna biru
CARA
Tepong dan baking powder diayak bersama
Di bekas yang berseh bubuhkan telur,gula ,susu fresh,ovellate dan tepong yang di ayak lau pukul hingga gebu.
Setelah gebu tuangkan butter cair gunakan teknik kaup balik hingga butter rata dalam adunan.
Tuangkan adunan kedalam acuan yang berukuran 9 inci yang disapu butter dan dialaskan kertas sekeliling acuan
Bakar dengan api 180'C selama 45 minit atau cucuk Nampak tak ada bekas pada lidi boleh lah keluarkan dan sejukkan
Fresh cream di pukul hingga naik dan gebu sapukan pada kek dengan corak pilihan kita
Selamat mencuba

BABY DOLL KEK

Wah wah lama dan dah berkarat rasa nya tak berblog namun akak gagahkan jugak, kali ini akan tampil dengan  kek anak patong first time buat dan sebelum akak share resepi nya akak nak cita sikit pasal anak patong ni.................
Sebenar nya cucu sedara akak birthday,mak dia suruh buatkan kek patong winx,tercengang akak bab dah lama tak main dengan anak patong tetiba suruh buat yang nama nya winx apa lagi terus terang lah yang akak ni tak tahu so............ maknya nak kan sangat akak buat jadi dia belikan anak patong tu bila  akak tengok dah jadi fikiran pulak cam na nak tanam badan patong ni dalam kek?............
Mulalah bukak internet surf cari punya cari rupa2 nya ada patong nya sendiri..............baru akak tahu.......terpaksa lah gi kedai kek beli anak patong yang separuh badan tu,sebenarnya akak tak pernah buat kek birthday cam ni.......demi anak saudara yang tersayang akak usahakan Alhamdulillah menjadi tapikan cuba tengok betul2 kat mata patong tu senget kan ? ini lah akibat nya beli tak check dulu , bab dah excieted sangat dan lagi satu ejaan pada birthday pun tertinggal huruf "H" hahahaha......................
Wah panjang pulak cerita akak ni ok lah berbalik pada isi kek nya .................kek ini akak ambil dari Blog Noraslinda Bugel bertajuk kek velvet ombak beralur kalau tak silap..... maaf ya tuan punya...........kek ini di kukus tapi akak derhaka akak gi bakar tapi tetap ok ...maaf sekali lagi .
Kek ini akak gunakan 2 adunan 1 adunan untuk gaun nya (akak gunakan acuan agar2 yang tinggi) dan 1 adunan lagi akak gunakan loyang 9 inci square. setelah masak akak potong 2 dan di sapukan fresh cream dan sapukan bluberry jam...........oh ya akak gunakan fresh cream pada kek ni. mak aiiiiiii satu lagi problem terpaksa lah keluarkan isi dalam fridge bab nak masukkan benda ni supaya jangan cair.Ok penat dah menceceh jom kita layan resepinya pada tuan punya akak mohon share dengan ucapan ribuan terima kaseh hanya ALLAH yg membalas budi baik mu...............
KEK BABY DOLL
5 biji telur yg sejuk dlm peti ice tapi akak gunakan telur biasa je
1 cawan gula halus- 150 gm
1 sudu besar ovellate
1 sudu teh essance vanilla
1/2 sudu teh garam
150 gm susu cair
100 gm mentega cair akak gunakan minyak masak
2 cawan tepong gandum    200 gm *
1 sudu teh baking powder   *
Cara
Satukan bahan * dan ayak ketepikan
Dalam bekas satukan kesemua bahan termasuk lah tepong tadi kecuali minyak
Pukul hingga pekat dan gebu pukul gunakan mesin dengan kelajuan yang tinggi
Setelah gebu matikan mesin dan masukkan minyak gaul rata
Tuangkan dalam loyang yang telah dialas kertas dan di sapu butter
Bakar dalam oven 170'c selama 30 minit atau dicucuk dengan lidi tak berbekas sejukkan
Boleh lah hiaskan ikut cita raa masing2






KEK KUKUS 2

Salam AIDILADHA buat semua.....................
Bulan yg penuh pegertian pada yg menunaikan haji ini tahun,semoga permergian mereka mendapat haji mabrul amin
Bagi akak hanya dapat memanjatkan doa agar suatu hari nanti akan dapat menjejakan kaki di sana insa'allah.
Sempena hari raya ni akak cuba buat kek kukus tapi kali ini menggunakan resepi dari Diana A penyumbang di Myresepi.
Kek kukus dari Diana ni texture nya sedikit basah ,lembut dan buahnya bertabur di seluruh bahagian kek.
Sunggoh menyelerakan bagi pengemar kek kukus.Diana juga mengajar step by step serta petua2 untuk mendapakan kek yg basah,terima kaseh dek dengan ilmu mu semoga rezeki mu berlimpah.

Diana akak mohon share resepi (cut paste) nya disini ya , sebagai rujukan akak nanti dan untuk mereka2 yg ingin mencuba nya.Jom kita saksikan kejadian nya tapi bukan step by step k?jika hendak kan cara step by step rujuk ke Myresepi under Diana A.Akak buat 1/2 adunan dalam loyang 7 inci bulat.Adunan untuk 1/2 bahagian

KEK KUKUS
Bahan-bahan ( 2 loyang 7 x 7 inci persegi )


  • 600 gram tepung gandum ----300 gm 
  • 300 gram gula halus ----- 150 gm  gula perang 
  • 5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji) -----3 biji great A            
  • 2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS -------350 gm            
  • 1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran ---------200 gm 
  • 2 sudu teh bicarbonate of soda -----------1 sudu teh 
  • 1 sudu teh esen vanilla ---------1 sudu teh orange flavour            
  • sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) ----------tak pakai            
  • 2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus -----------200 gm 
  • kertas kuih
  • aluminium foil
Cara-cara
  1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.               
  2. Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.               
  3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.      
  4. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.          
  5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.
  6. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega. 
  7. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.               
  8. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
  9. sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.Kacau adunan hingga gula hangus rata. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri. 
  10. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus. 
  11. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. 
  12. Hasilnya selepas dikukus
 
Nota dari D : Sewaktu D buat, D kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat Kek Buah makcik saudara Diana cakap biarlah cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang boleh anda beli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik. Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Kek Buah ini boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.          
 

 


PEAR CHOCOLATE KEK

Pear chocolate kek resepi dari happy home baking telah buat kk ana terpaut.Nak cuba tapi tak ada mangkuk ramekins ,nak beli pi tak sering digunakan nanti membazir pulak.....terpaksa cari jalan singkat gunakan tin susu yang kecil gantikan ramekins
Ramekins ia lah manggkuk kaca kecil dan tahan panas khas buat membakar kek atau pie seperti ini

Kek ini menggunakan buah pear yang kecil
Jom kita tengok resepinya pulak
PEAR CHOCOLATE KEK
from Happy Home Baking
origanal resepi by Tesco Real Foods

Bahan
4 pears yg kecil dipotong bahagian bawah sedikit agar dapat duduk dalam acuan
75g butter
75g caster sugar
2 telur di pikul ringan

1 teaspoon vanilla
25gs erbuk koko
75g tepong kek
1 teaspoon baking powder

madu dan icing sugar untuk dituang atas kek


Cara
Panaskan oven 175'c.Acuan di sapu butter kalau gunakan tin bahagian bawah dia alas kertas dan sapukan butter
Pear dicuci dan toskan hingga kering jika lambat boleh juga dilap dah kering potong bahagian bawah pear agar senang duduk dalam acuan nanti.Tangkai pear jangan di buang
Ayak tepong besama baking powder ketepikan
Ayak juga serbuk koko
Pukul butter dan gula hingga gebu
Masukkan telur yang dipukul ringan terus pukul hingga semua nya rata
Masukkan pula vanilla dipukul perlahan sebentar
Masukkan tepong dan serbuk koko dikacau rata
Tuangkan adunan kedalam 4 biji acuan sama banyak
Masukkan sebiji pear dan tekan hingga kedasar acuan
Bakar selama 20 minit dah masak tuangkan madu dan ayak kan icing sugar di atas kek tadi

Origanal
Pear and Chocolate Cake Pots
original recipe from
here.

Ingredients:
(makes 4)

4 small pears
75g unsalted butter, soften at room temperature
75g caster sugar
2 eggs, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
25g cocoa powder
75g cake flour
1 teaspoon baking powder

honey for drizzling
icing sugar for dusting

Method
Preheat oven to 180degC. Grease 4 ramekins with some butter. Cut off base of pears, set aside.
Sift cocoa powder, set aside. Sift together cake flour and baking powder, set aside.
Beat butter and sugar with electric whisk till mixture turns pale, light and fluffy.
Add in eggs gradually, beat well after each addition. Add in vanilla extract. Beat to combine.
Add in cocoa powder, beat till combined.
Fold in flour mixture with a spatula, until just combined.
Fill ramekin to half full. Place a pear in each ramekin. Bake for 16~20mins. Serve warm with a drizzle of honey and dusting of icing sugar. Great with a scoop of ice cream too.


PUDING ROTI & SOS

Semoga semua dalam keadaan sehat2 ya..............ha............ hari ini kk ana hidangkan puding roti,kalau ada roti2 yang tak habis atau nak expire tu cepat2 lah buat macam puding ni tak rugi............puding ni kk ana share dengan chef Joha Hassan kk ana cuba 1/2 adunan je dan gunakan loyang 4 segi 7 inci.
Sebelum tu nak mohon pada chef share resepi nya di sini ya..........agar dapat menjadi rujukkan pada masa akan datang.....Terima kaseh budi mu tetap ku kenang.
Mohon maaf ya chef bab kk ana derhaka sikit pada resepi ni.Kk ana gunakan roti whole meal + 2 kepinng roti gardenia fruit & nuts, bab tu je yang ada kat rumah dan kk ana gunakan dry crenberry so jadi nya masam manis gi tu dan sos nya kk ana gunakan tepong custurd hehehe...........ampun ya chef..........



December 26, 2011

 Pudding Roti & Sos Krim Vanilla. Bon Appetit.

 Bahan2nya
1 bantal roti disiat2 kechil
1 paket santan kotak - 250ml - 300ml
8 sudu gula pasir
1 sudu teh Essence of Vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg)
4 biji telur
2 sudu besar mentega (salted)
3 sudu besar buah Kismis  
8 keping buah apricot kering - dihiris
1 sudu besar icing sugar - (Untuk ditaburkan diatas roti)

Cara2nya

Letakan roti yang sudah dikoyak kechil kedalam basin, rendamkan dengan santan, gaulkan bersama gula pasir.
Kemudian tuangkan telur yang sudah dipukul, bersama gula, serbuk buah pala, kayu manis sedikit & mentega, kismis, apricot yang dihiris2 & Essence of Vanilla. Gaulkan semua didalam basin.
Kemudian angkat dan letakan di dalam mangkuk kukusan casorul. Ambil satu lagi dulang pembakar letakan air. Acuan Roti diletakan di atas dulang tersebut.
Kemudian panaskan oven kesuhu 160C - 180C. Letakan dulang tadi didalam.
Set kan masa selama 20mins atau bila roti berwarna keemasan di atas.
Letakan icing sugar diatas puding roti, kemudian disajikan bersama sos krim lemak manis.

 Bahan untuk Sos-nya

1 Tin susu Cair Carnation
3 sudu besar gula
1.5 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum kk ana tukar tepong custard
1 sudu teh vanilla essence

Cara2nya.

Cairkan mentega di periok kecil, tuangkan susu cair dan masukan gula. Gaulkan supaya sebati.
Letak 2 sudu besar tepung biasa kedalam sos kacaukan sehingga ia pekat sedikit. Tapiskan getelan tepung jika perlu, supaya krim sos nya kelihatan bersih dan rata
Gunakan api perlahan

Cara kk ana yg @ 1/2 adunan
Bahan2nya
1/2 bantal roti disiat2 kechil kk ana gunakan fruits n nuts + whole meal brand gardenia 250 gm
150 gm paket santan kotak
75 gm gula pasir
1/2 sudu teh Essence of Vanilla
1 sudu teh rempah kuih
2 biji telur
1 sudu besar mentega (salted)
1 sudu besar buah Kismis
1 sudu besar dry cranberry 
1 sudu besar icing sugar - (Untuk ditaburkan diatas roti)

cara dan sos semua sama cuma tepong sos kk an tukar dengan tepong custard
selamat mencuba 

KEK ZEBRA

Salam sayang semua........................
Kek zebra tu lah nama gelamour nya.........hahaha.......sebenarnya yang jadikan namanya begitu yalah belang2 dia tu cuma dia tak ada kepala kaki dan ekor je kalau ada tentu dia lari kuat tak dapat nak kejar kan?maaf gurau je............
Resepi ini kk ana ambil dari myresepi sumbangan sofinar Resepi mak dia belajar kat kemas, lembut dan mudah nak buat.kk ana mohon share diblog ini ya? terima kaseh diatas sumbangan resepi nya dapat juga kk ana menukar2 menu kek..........
kek yang gebu dan enak ini boleh juga dibuat kek birthday,kita cuma salutkan dengan fresh cream dan deco sikit2 tu je........cuba lah buat kalau tak buat rugi tau................
KEK ZEBRA
dari: Myresepi
oleh: sofinar       

Bahan-bahan ( satu loyang 11 inci )

  • 250g butter
  • 2 cwn gula kastor - 350 gm
  • 3cwn tpg naik sendiri - 300
  • 7 bj telor ( kalau blh yang gred A)
  • 1 sudu besar overlate
  • 7 sudu besar air - 100 ml
  • 2 sudu besar coco powder

Cara-cara

  1. masak butter hingga cair dan sejukkan
  2. campur semua bahan kecuali butter dan coco, putar hingga kembang
  3. masukkan butter cair, dan putar lagi hingga sebati
  4. bahagi 2 adunan tadi. satu warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko. kacau sampai sebati
  5. lapis2kan berselang seli macam buat kek marble yang lain,
  6. kek akan kelihatan seperti badan kuda belang sebab tu nama dia zebra.

KEK BELANG

Hai hai hai.........................petang2 jom kita makan kek yang di cilok resepi nya dari Myresepi dan tuan yang punya bernama riaputih@yahoo.com.
Sewaktu intai2 tu terpandang akan resepi ni,setelah dibanding kk ana lihat ada kelainan nya seperti kek mak2 kita dulu2.Kek sebenar ria menggunakan tiga warna hijau ,chocolate dan plain sunggoh menawan tapi kk ana cuma gunakan plain dan chocolate saja maaf ya ria bab kk ana nak buat macam marble gi tu orang lama kan.......
Kek ini cara pembuatan nya sama seperti kita buat kek dulu2,tentang rasanya sama seperti kek belang yang lain dan tak begitu manis serta lembut.
untuk satu adunan yang diberikan kk ana gunakan loyang 7 inci.Kk ana mohon izin dari riaputih untuk abadikan resepi nya disini dengan ucupan ribuan terima kaseh sudi berkongsi resepi untuk kita mencuba.
KEK MARBEL
oleh: riaputih@yahoo.com

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 cwn butter/planta
  • 3 bj telur gred 'A'
  • 3/4 cwn gula halus
  • 1 1/2 cwn tpg. gandum #
  • 1/2 camt soda bikarbonat #
  • 1 camt baking powder #
  • 1 camt esen vanila
  • 2 camb susu pekat
  • Serbuk koko/koko emulco
  • Pewarna hijau

Cara-

Ayak semua bahan bertanda #. Ketepikan.               

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila & susu pekat. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Bahagikan kepada 3 bahagian, 1 bhgn campurkan dgn warna hijau, 1 bhgn warna koko dan 1 bhgn lagi dibiarkan warna asal.
  3. Loyang dilengserkan dulu. Tuang setiap bahagian secara bertindih (di tengah2nya saja tau). Mula-mula tuang warna asal diikuti warna koko dan hijau. Buatlah sehingga habis, ikut suka nak berapa lapis.
  4. Bakar dengan api perlahan jika guna periuk bingka @ 200'C (Oven) selama 1 jam.
  5. kek marble kk ana gunakan plain dan chocolate je ia itu serbuk coco sebanyak 2 sudu besar.
  6. adunan kk ana bahagi 2 bahagian dan melapis selang seli hingga selesai
  7. loyang 7 inci disapu minyak dan dialas kertas dasar nya bakar dalam suhu 170'c

KEK GULA HANGUS

SALAM semua.................
Kembali lagi dengan resepi orang lama kek gula hangus,tentu ada yang minat dengan kek ini kan?Sudah tiga kali kk ana buat memang menjadi,resepi kk ana dapat dari My resepi oleh Widad.Terima kaseh pada Widad sudu berkongsi resepi nya yang sedap ni.
Maaf ya Widad kk ana tukar dengan sukatan gm ,kk ana lebeh suka semua resepi dalam kiraan gm bab bagi kk ana lebeh mudah tapi terpulanglah pada yang suka pada sukatan cawan ya?Kepada Widad kk ana nak share resepi nya disini bagi yang ingin mencuba nya..................


KEK GULA HANGUS
  • 1 cawan gula - 200 gm
  • 1 cawan air panas - 170 gm
  • 1 cawan tepung gandum - 110 gm
  • 1 cawan susu pekat - 200 gm
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega - 50 gm
cara nya
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air  sedikit2 dan hati2 sebab dalam proses ini gula akan mengelegak dan percekan panas akan terkena tangan dari itu hati2 ya dan  masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 180 selama 1 jam"
  10. Loyang disapu minyak atau butter dan ditaburkan sedikit tepong agar tak melekat
  11. Panaskan loyang didalam oven selama 10 minit juga baik kek akan menjadi lebeh bersarang
14 NOVEMBER 2011                                                          MALTESERS SQUARE

Selamat malam semua semoga cuaca yang lembab malam ini akan dapat melenakan tidor kita,tarik selimut baca bismillah dan pejamkan mata...........
Eh...jap.....jap...... sebelum mata dipejam kak ana nak hidangkan minuman teh petang tadi,resepi ini dicelok dari ita lagi memang dah lama nak buat cuma malas yang berpanjangan .Memandangkan kalau buat tak terhabis bab budak2 dah besar bila balik masing2 dah makan kat luar jadi terpaksa lah simpan dalam peti sejuk sampai bila tak tahu akhirnya cik tong yang ngap.
Walau apa pun mesti cuba juga very tempting.Walaupun wajah nya buruk dan tak serupa di blog ita tapi rasa nya pasti sama .


MALTESERS SQUARE
By : Home Bake
Sumber :
Dailydelicious
inspirasi;azlita aziz @masam manis
bahan
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie
225 gm Maltersers
Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
50 gm coklat masakan
Kisarkan biskut hingga halus.
Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
Matikan api
Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
Tuangkan dalam loyang
Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
Potong kecil dan siap untuk di hidangkan
19 DECEMBER 2011                                           CHOCOLATE CUP CAKE


Salam semua..................

Pagi ini kk ana nak share recepi chocolate.sebenarnya resepi ini dari cup cake, kk ana ubah jadikan sebiji kek dan ditutupi dengan chocolate fudge.Maaf pada yang punya resepi ya kk ana pandai2 ubah suai.Resepinya kk ana dah terlupa dari sumber mana bab dah banyak sangat salin2 pas tu tarok tepi dulu, bila ada masa baru tengok balik tu yang lupa,kk ana mohon maaf lah pada yang punya resepi......

Kek ini actualy kk ana buat untok anak saudara kk ana yang bongsu (sitipah) sambut hari lahirnya 1 tahun.Dah bertahun2 ibu nya suruh kk ana buatkan kek tapi kk ana tak buatkan bab berkerja jadi tertanggoh hingga lahirlah si tipah hehehehe...........mari kita lihat sama2 resepi nya jom...........

KEK CHOCOLATE
Bahan A
350 gm tepong naik sendiri
3 sudu teh baking powder
jadikan satu lalu diayak

Bahan B
100 gm serbuk cocoa
1 cawan air panas (kk ana gunakan massering cup)
bahan dicampur dan dikacau hingga cocoa larut ketepikan

Bahan C
226 gm butter (kk ana gunakan majerin cap pelangi)
200 gm gula halus
4 sudu teh vanilla
4 biji kuning telur grade A
Pukul butter bersama gula hingga kembang lalu masukkan kuning telur satu persatu pukul hingga adunan menjadi putih baru masukkan tepong yang sudah diayak (Bahan A) gaul rata.Setelah rata masukkan adunan cocoa (Bahan B) ketepikan.

Bahan D
4 biji putih telur
200 gm gula halus
Kesemua bahan dipukul menggunakan high speed hingg gebu ia itu bila diterbalik kan adunan tak akab jatuh
Kemudian adunan (Bahan D)ini dimasuk kan kedalam adunan yang telah disatukan tadi.Gunakan cara kaup balik hingga rata dan tuangkan kedalam loyang 10 inci yang telah dialaskan kertas dan disapukan butter kelilingnya,bakarlah pada suhu 180'C selama 1 1/2 jam tapi sebelum dikeluarkan cucuk dahulu jika lidi yang ditarik itu tiada kesan bererti kek sudah masak dan boleh lah diangkat.

CHOCOLATE FUDGE
Bahan
30 ozs (900 ml) susu segar atau air
7 ozs gula halus
1 sudu besar agar2 serbok (kk ana gunakan massering spoon)
1 sudu besar cocoa powder
1 sudu teh garam
3 oz cooking chocolate
1 bungkus tepong honekwee (7 sudu besar)
Satukan semua bahan2 dan dimasak diatas api yang kecil hingga pekat angkat dan tuangkan keatas kek, sapu keliling kek dengan spatula dan biarkan sejuk baru boleh dihiaskan .

KEK

17 DECEMBER 2011                                                        KEK CRAMEL   
           
Salam sayang semua.........................
Hari ini nak cerita tentang si kek yang popular ni.......Sebelum nak buat dah berbulan bulan dok telek2,renong2 pas tu tanggohkan bab takut tak jadi maklum yang cantik2 cam ni kan susah nak buat takut je tak jadi.Bebulan bulan tu jugak kk ana ashik baca comment2 yang gagal ya lah nak tahu kenapa dia buat tak jadi........

Dok tengok2 tu dalam hati berkata cuba dulu belakang boleh cerita.......dengan petua adik ia itu dahulukan dengan bismillah insyallah akan menemui kejayaan.
Ok jom dengan confident........ masuk dapur siapkan semua bahan2 agar lengkap dan pastikan step by step yang diajarkan oleh ita harus di laksanakan,setelah semuanya selesai di sempurnakan kini masa untuk membakar.....
Pernantian ini sangat mendebarkan ,hanya dia lah yang akan menentukan segala jawapan aduhaiiiii
Alhamdulillah............taraaaaaa.......kek kk ana dah jadi dah jadi yahooo.......rasanya memang sedap
KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum
inspirasi dri:

Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.

Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.