Kita bertolak dri Singapura jam 8pagi tiba diPagoh jam 10 pagi utk bersarapan ,kak ana bekalkan lontong yg di buat pagi tadi ,makan disitu terasa suasana kampong nyaman sekali.seronok tauuuuuuu.
menikmati sarapan pagi di perhentian pagoh
ini lah lontong juadah kita semua di RR Pagoh
Berkongsi makan dua beranak ni seronok kan? lihatlah ,kemesraan dan kemanjaan terserlah disini.
Dah pun kenyang jom kita bertolakkkk.
Bersiap siap utk meneruskan perjalanan,tak sabar rasa nya nak ke kampong.
DALAM PERJALANAN
papan tanda ke Kandang Melaka
Bandar hilir melaka
Singgah dibandar Melaka untok minum petang,di sini kita menikmati goreng pisang,epok epok dan cendol.
Cendol melaka lemak manis cukup sedap.
Goreng pisang yg panas dari kuali kemudian ke pinggan dan kemulut nyam nyam nyam.
Epok epok kentang tengok padatkan isinya n ranggup pulak keruk keruk.
Misah n family ,terpancar rasa keenakan epok2 goreng pisang dan cendol ya kan ?
kalau tak percaya datang lah cuba....................jom............
menikmati juadah di tepi sungai Melaka sambil berborak borak.
Lambang kebangaan negeri melaka,kapal portugis.bila kita lihat je dalam gambar tentu semua tahu kita berada di mana.kawasan ini memang cukup popular dengan pelancong, yang sentias ramai berkunjung.
Cari lah kami di Facebook hehehe .Ikatan siratul rahim melalui FB.cenderamata dari Melaka Misah yang beli buat kenang kenangan.
Ayam kampong
Lembu ternakkan
Biawak
senag hati bila melihat suasana sedemikian, dimana binatang2 hidup bebas mencari makan di bontoti anak2 nya,
oh ya kalau nak tahu cicak yang besar tu di panggil biawak,binatang ini dimakan oleh kaum2 india dan cina. sedap kata mereka eeeeeeee.
Rumah sepupu misah kat kandang Melaka. cantik kan? besar lagi.pi dalam nya kita tak tahu macam mana sebab waktu kita datang tuan rumah balik kampong beraya.Duduk di ambin kalau makan goreng pisang dengan air kopi panas.wahhhh tak dapat di bayangkan.
Misah mengangan angankan rumah seperti ini. tengok dia bergaya gembira gi tu.Insa'allah suatu hari akan tercapai jua.sama sama lah kita berdoa.Amin.
Puteri Leah sedang bersantai di bawah pondok nak tunggu putera datang . semua nya tengah melayan angan angan hehehe.Leah bersama idola nya cik Buyong bapak pengantin. kalau di melaka orang panggil dia "dak akob".pandai menyanyi,selalu dapat permintaan menyanyi bila di majlis majlis kawin,dia nyanyi suka2 je untok melepaskan gian n bakat yang terpendam.
Sebenarnya Leah tak percaya yg pakcik dia boleh menyanyi maklum lah tak pernah dengar,pi bila pakcik dia menyanyi khas untok dia ternganga Leah di buat nya.Kesiannnn.
bila pulang ke Singapura ana terus load kat FB n send to all family.wahhhh tak sangka feedback melimpah limpah masuk beri comment kerana kagum dengan suara nya.Ini lah bakat yang di simpan dalam kampong Bacang siapa sangka kan?
buat FAIZUL KABIR dan isteri,
Ini lah keluarga pengantin.begitu gembira dan mesra. kami ucapkan selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mempunyai zuriat yang ramai lagi soleh n soleha.AMIN.
Hanya di dalam majlis majlis sebegini lah baru bertemu jauh dan dekat semoga . semoga ke iratan siratul rahim ini akan berkekalan.
bergambar bersama keluarga dari Singapura dan Malaysia,walau dimana kita berada tali persaudaraan tak akan luput insa'allah.
PERJALANAN PULANG
Singgah untok melihat kereta lembu dari dekat.tapi sayang tak dapat nak bergambar masing2 lupa nak bawak kamera.ini pertama kali melihat lembu yang besar dan mampu menarik chart bersama penumpang sekali,setiap cart yang di hias dengan menarik itu mempunyai 2 ekor lembu yang gagah dan setia berhidmat.Kak ana tak menaikinya kerana terasa sedeh melihat keadaan lembu2 itu dimana amat terseksa hendak menarik cart yang berat serta beisi penumpang,
tak sedar air mata berlinang melihat keadaan itu,tanpa berlengah terus meninggalkan nya, didalam perjalanan maseh teringat ingat peristiwa yang menyayat hati itu,terbayang saolah olah lembu itu meminta agar di kasihani aduuuuuuuuuuuhhhhhhh.........................................tak sangup.
Pulau khasu adalah salah sebuah pulau dari 400 ribu kepulauan riyou indonesia,pulau yang kurang lebeh seperti pulau sentosa, kebanyakkan penduduknya membena rumah di atas air ia itu sekeliling pinggiran pantai.Kebanyakkan mereka menjadi nelayan.Penghuni nya tidak bergitu ramai anggaran dalam 2000 orang.Kehidupan mereka disini sederhana dan mereka saling bantu membantu antara satu sama lain bagaikan keluarga besar.
Kenderaan utama mereka adalah boat atau sampan.Lautan yang bergelombang dan luas adalah sumber carian rezeki buat mereka.Kanak2 pula tidak takut2 bermain dengan gelombang.Dikawasan daratan pula digunakan untuk berkebun mereka menanam pokok buah2an dan sayuran untuk kegunaan seharian dan akan berkebun bila musim hujan atau angin kencang.Begini lah kehidupan pulau.
Kini panggilan pualu telah kedengaran maka itu kk ana dan sebahagian dari kumpulan keluarga akan kesana atas jemputan adik ipar kk ani din untok menghabiskan cuti sekolah anaknya.Kami bertolak dari hourber front di tanjung pagar untuk menaiki boat ke batam.Ini lah pertama kali kita semua kesana wah sunggoh exited tau........ini lah ferry yang kita semua naik untok kebatam.
Kegembiraan terpancar diwajah kami semua bila berada di dalam ferry Penguin yang sunggoh selesa tempat duduknya.Deretan hadapan salamah dan keluarga nya.kk ana bersama adik misah ,abang din dan kk ipar ani . senyum banyak lebar eh.........................
anak saudara kk ana yang manja faris
Anak misah fauzianah,jamaliah dan faris anak abang din, mereka bertiga sunggoh rapat sering bersama kemana sahaja.Hubungan diantara mereka yalah sepupu,tapi kalau dah kesemua sepupu2 yang lain berjumpa aduh...... boleh jadi gamat dengan gelak tawa dek telatah usik mengusik .Nasib baiklah yang ikut hanya tiga saja.
bergambar setelah tiba di perhentian Sekupang batam
di jemput oleh tuan rumah yang berbaju belang2 kelabu
pastikan arah2 yang harus di tuju
papan tanda dari dekat
eh......... ada KFC juga?
menantikan taxi untuk ke pelabuhan.
pelabuhan dimana kita akan menaiki boat untok ke pulau kasu,sangka kami boat inilah yang akan menghantar kami tapi ..............
aalamakkk......................yang ini ke?
Tadaaaaaaa rupa2 nya yang ada dua enjin serta kecil tu .......kami semua dah mula resah dan gelisah kecut seh.... bayangkan keadaan tengah berangin kencang dan ombak yang ganas aduhhhhhhh......"Ya allah selamatkan kami semua dalam perjalanan amin"itulah doa kami semua.
Wajah2 kerisauan dan bayangan seram dalam hati masing2kalau senyum atau tawa itu semua senyum seram.
penjual burger menggunakan motor untuk berjaja.Nikmatilah pemandangan di pelabuhan
HERE WE GO........................
Walaupun dibibir penuh senyuman namun dihati berkata cepatlah sampai.........dalam perjalan kami dihidang dengan pemandangan pulau2 dan dermaga2 (shipyard)
Sewaktu keberangkatan kami cucaca mula mendung alamat hari akan hujan menambahkan lagi kebimbangan kami semua,alhamdulillah sampailah kami kearah yang hendak dituju dan kami disambut dengan penuh mesra.kami tiba jam 7.30 malam waktu singapura.
ini lah tempat kami tinggal sebelum kami diajak melawat ke pulau Boseng dimana kami akan pergi memancing.
Memandangkan cuaca tidak menyebelahi kami dalam activiti ini maka kami diarahkan pulang dengan segera dan sewaktu pulang kami melalui pesesiran pantai2 pulau kasu.
Pemandangan disepanjang pantai pulau kasu.
Terdapat juga rumah dua tinggkat
Ooooohhhhh indah nya dan nyaman pulau ini tidak seperti di bandar penuh dengan hirok pikok dan sibuk sentiasa.Entah bila lah akan dapat datang kemari lagi..................