Cara cara menbuatnya adalah hak AZLITA AZIZ Yang lain kak ana ikut2 aja k?
Atur cara AZLITA AZIZ
INTI
300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging
8 biji kentang saiz besar - potong dadu1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
4 sudu besar udang kering *
1 bawang besar*
2 bawang putih*
6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
7 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya
Cara
Mula2 masak inti
Panaskan sedikit minyak dlm kuali
kemudian masukkan bahan2 blend, masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya
kemudian masukkan rempah kari daging, kacau2 rata, dan masak hingga terbit minyak
bila dah terbit minyak, masukkan daun kari kacau hingga naik bau dan masukkan daging, gaul2 rata
kemudian masukkan kentang, keledek dan air.
air hendaklah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur.
Masukkan juga santan dan gula, masakkan hingga kering
bila dah agak2 nak kering, masukkan garam kacau lagi hingga kering inti tadi atau air dia dah tak de
tutup api dan sejukkanPanaskan sedikit minyak dlm kuali
kemudian masukkan bahan2 blend, masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya
kemudian masukkan rempah kari daging, kacau2 rata, dan masak hingga terbit minyak
bila dah terbit minyak, masukkan daun kari kacau hingga naik bau dan masukkan daging, gaul2 rata
kemudian masukkan kentang, keledek dan air.
air hendaklah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur.
Masukkan juga santan dan gula, masakkan hingga kering
bila dah agak2 nak kering, masukkan garam kacau lagi hingga kering inti tadi atau air dia dah tak de
DOH
750gm tepung gandum
300gm planta
1/3 cawan minyak sayur/ masak -2 sudu kecil garam
2 cawan air dari peti ais
bila inti dah sejuk...baru buat doh....mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...
lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....
bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama.... kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan. masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..
cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....
( nota:kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong)
cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....
( nota:kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong)
14 NOVEMBER 2011 MALTESERS SQUARE
Selamat malam semua semoga cuaca yang lembab malam ini akan dapat melenakan tidor kita,tarik selimut baca bismillah dan pejamkan mata...........
Eh...jap.....jap...... sebelum mata dipejam kak ana nak hidangkan minuman teh petang tadi,resepi ini dicelok dari ita lagi memang dah lama nak buat cuma malas yang berpanjangan .Memandangkan kalau buat tak terhabis bab budak2 dah besar bila balik masing2 dah makan kat luar jadi terpaksa lah simpan dalam peti sejuk sampai bila tak tahu akhirnya cik tong yang ngap.
Walau apa pun mesti cuba juga very tempting.Walaupun wajah nya buruk dan tak serupa di blog ita tapi rasa nya pasti sama .
Eh...jap.....jap...... sebelum mata dipejam kak ana nak hidangkan minuman teh petang tadi,resepi ini dicelok dari ita lagi memang dah lama nak buat cuma malas yang berpanjangan .Memandangkan kalau buat tak terhabis bab budak2 dah besar bila balik masing2 dah makan kat luar jadi terpaksa lah simpan dalam peti sejuk sampai bila tak tahu akhirnya cik tong yang ngap.
Walau apa pun mesti cuba juga very tempting.Walaupun wajah nya buruk dan tak serupa di blog ita tapi rasa nya pasti sama .
MALTESERS SQUARE
By : Home Bake
Sumber : Dailydelicious
inspirasi;azlita aziz @masam manis
bahan
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie
225 gm Maltersers
Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
50 gm coklat masakan
Kisarkan biskut hingga halus.
Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
Matikan api
Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
Tuangkan dalam loyang
Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
Potong kecil dan siap untuk di hidangkan
By : Home Bake
Sumber : Dailydelicious
inspirasi;azlita aziz @masam manis
bahan
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie
225 gm Maltersers
Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
50 gm coklat masakan
Kisarkan biskut hingga halus.
Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
Matikan api
Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
Tuangkan dalam loyang
Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
Potong kecil dan siap untuk di hidangkan
30 SEPTEMBER 2011 KUIH KERIA
Keledek adalah bahan utama dalam resepi ini,keledek ada bermacam macam jenis dan berbagai rasa.
Keledek juga mempunyai berbagai warna ada putih ,orange ,purple dan kuning.
Keledek putih enak digoreng,direbus dan di buat kuih.Keledek ini tidak begitu manis serta kandungan air nya kurang dan sesuai untok membuat berbagai jenis kuih.
Bagi keledek orange pula dia manis tapi kandungan air nya banyak, berhati-hati kalau hendak membuat kuih dengan keledek jenis ini, yang lebeh enak kalau di rebus atau dimasak lauk.
Untok yang berwarna purple pula selalunya direbus dan dimakan bergitu saja rasa nya seperti keledek putih hanya warna nya yang berbeza.
Keledek kuning atau keledek jepun ini sunggoh manis dan harga nya mahal sedikit,bentuk nya kecil2,
kulit nya berwarna purple.ianya juga boleh di buat kuih atau direbus untok dimakan begitu saja.
OK cerita keledek kita dah tahu sedikit so mari kita buat kuih keria dari keledek jommmm.kuih ini senang dan mudah semua orang boleh buat ,tak banyak belanja lagi pi yang ada kencing manis tu maaf jelah ya? dihidang dengan kopi panas aduyaiiiii kata azlita(masam manis).hahaha jangan marah ya dik ita usik2 je.Maaf ya.
KUIH KERIA
600 keledek putih direbus dan dikupas kulit nya
200 gm tepong gandum
Caranya
Keledek yang telah direbus dilecek jangan terlalu hancur ,kemudian dicampur dengan tepong dan diuli hingga rata,ambil sesudu penuh dan dibulat2kan jika melekat taburkan sedikit tepong.Lubangkan ditengah dengan mengunakan jari dan dibentuk seperti dought nut buat sehingga selesai.
Keledek yang telah dibentuk tadi di goreng sehingga kuning dengan api yang sederhana.ketepikan.
Bahan sira
100 gm gula pasir
1 cawan air
Caranya
Satukan gula dan air kedalam kuali lalu dimasak sehingga pekat, kecilkan api dan tuangkan keledek yang telah digoreng tadi digaul rata sehingga mengeras dan matikan api bolehlah dihidang.
Peringatan: pastikan kuali tak ada bekas minyak jika ini terjadi gula tak akan mengeras maka jadilah seperti cramel hehehe pi boleh juga dimakan jangan dibuang tauuuu,selamat mencuba.
5 OCTOBER 2011 SOUSAGE ROLL
Makanan yg mudah, cepat dan tak banyak belanja.klu ditanya cam na nak buat jadi malu pulak bab ia nya terlalu senang pi tak apa lah, kak ana bubuh je resepi nya utk rujukkan je.
Pagi ni cam rajin gi tu so awal dah bangun tapi bingung nak buat sarapan apa ? dok fikir2 terpandang lah roti sebantal baru teringat ada sousage kat dlm fridge, pas tu check dulu telur ... nasib baik ada.
Maka datanglah idea nak buat sousage roll.kalau sesiapa nak cuba ini lah resepinya.
SOUSAGE ROLL
Bahan
5 btg sousage kak ana gunakan brand bagus perisa satay
5 keping roti gardenia
3 biji telur jika kurang tambahkan
Cara
roti di giling tipis bubuhkan sousage dan gulong ,diakhir bahagian sapukan telur yang telah di kocok
buat lah sehingga selesai.
setelah siap semua nya di ketepikan dulu..Panaskan kuali berisi minyak jangan gunakan minyak yg banyak setakat terendam 1/4 bahagian roti itu sudah mencukupi.Gunakan api yang kecil sebab telur mudah hangus.
Celupkan roti yg tlh di gulong kedalam telur dan digoreng jgn lupa di pusing2kan agar tak hangus, bila dah kekuningan barulah diangkat.
Sousage jenis lain juga blh di gunakan tapi hendak ditambah lah setiap kuantiti nya.kerana sousage itu klu tak salah sebanyak 10 btg atau lebeh.selamat mencuba..........
17 OCTOBER 2011 TAHU SUMABAT
Makanan ringan dan rengkas utk org yang berdiet,tahu sumbat ini sunggoh enak sekali huby kak ana makan semuanya tak tinggal pun utk kita bila di tanya dia jawab ingatkan dan simpankan.waaahhhh......
Sebenarnya salah kak ana juga buat sikit je bab nak try, tak sangka pulak sedap cam tu sekali sampai kak ana gigit jari.
Resepi ini dapat dari blog kekawan tak tahu lah yg mana satu sorry .
Sambal pada resepi ini kak ana tambah kan kacang kisar sebanyak 2 sudu makan.Huby gemar kuah yang berkacang tu yang bubuhkan kacang dalam kuahnya.
TAHU SUMBAT
5 keping tahu
1 batang timun hiris
30 sen taugeh
sambalnya
2 biji bawang kecil dikisar
3 biji bawang putih dikisar
4-5 sudu besar cili giling
4 sudu besar gula
1/2 cawan air asam
2 sudu besar kacang tumbuk yang telah digoreng
garam secukupnya
Tahu dibahagi 2 dan digoreng sampai kekuning kuningan ketepikan.
Taugeh dicelur ketepika
Timun dibuang kulit dan dihiris halus ketepikan
Sambalnya tumiskan kedua bawang lalu masukkan cili dan yang lain2 masak lah hingga pekat sedikit.
Tahu yang telah digoreng tadi di belah tengah nya agar mudah dimasukkan taugeh dan timun kedalam nya setelah selesai hidangkan bersama kuah tadi.
12 NOVEMBER 2011 PERATA SOUSAGE
12 NOVEMBER 2011 PERATA SOUSAGE
Asalamualaikum semua..........
kak ana masukkan n3 kat sini bukan nya hari2 maklumlah idea pun dari blog2 yg popular,kalau try resepi pun dari mereka semua kadang2 tu terlupa nak n3 kan dah habis baru ingat...? lahhhhh.............
Hari ini kak ana nak share satu resepi yg sangat mudah untuk sarapan pagi atau minum teh petang.Resepi ini idea nya datang bila kak ana jalan2 di Takashimya bersama adik kak ana Misah.Sebelum ni tak teringat pun kita untok memperbagaikan perata instan kan?
Disana banyak jualan makanan kebanyakkan nya tak halal so tengok je.........bab harga ehemmm(town side) semua orang tahu dah......Kawasan ini kalau tak beli tak apa asal jalan2 dengan gaya Class gi tu hahaha.
Perata instant dari brand kawanku kak ana gunakan sebagai base resepi ini.Jom kita try......
PERATA SOUSAGE
1 bungkus sousage blak paper ayam mas
1 bunkus perata kawanku 5 keping
1 biji timun dipasak kak ana gunakan timun jepon
cili sos dan mayonise
Caranya
- Panaskan kuali dengan api perlahan masaklah sousage dengan minyak sebanyak 1 sudu teh,dikacau agar tidak masak sebelah bahagian aja setelah nampak membesar barulah diangkat.
- Perata kawanku di masak satu persatu dengan api yang perlahan .Gunakan minyak untuk menyapu kuali sahaja,balik2kan sehingga perata mengelembung dan masak serata baru diangkat.
- Perata yang telah siap masak 1/2 bahagian disapukan mayonise, cili sos,timun yang telah dipasak dan taruhkan sousage lalu di gulung rapi.
- Peringatan untuk mempermudahkan kerja gunakan kuali non stick(kuali tak melekat)
29 SEPTEMBER 2011 BAKCANG
Makanan orang2 cina ini juga digemari oleh orang2 melayu di singapore.kini bakcang ini telah diubah suai menggikut cita rasa orang2 melayu .Biasa nya orang2 cina memasak nya sempena meraikan hari apa eh.................? dah lupa pulak,walau bagaimana pun makanan ini amat lah sedap bagi yang gemar memakan pulut.
Istimewa bacang ini di buat dari beras pulut dan dibalut dengan daun buluh,untuk membalut nya juga memerlukan kemahiran,seperti ketupat yang memerlukan kemahiran juga kan?Cara memasaknya juga sama seperti kita merebus ketupat , tetapi ada juga yang mengunakan kaedah mengukus.Kak ana belum lagi cuba kaedah , ni takut tak masak pulak .
Bacang juga ada di jual di gerai2 disini,terutama nya di Pasar Gelang harga nya mengikut isi kandungan nya.Kebiasaan nya isi nya di buat dari daging atau isi ayam.
Bagi cita rasa melayu mereka menambahkan cili agar terasa pedas , maklumlah orang melayu ni tak jauh dari cili kan?Oohh yaa..... rasa nya juga telah di ubah menjadi kemelayuan.Umpamanya bakcang rendang,bakcang kari,bakcang sambal dan lain2.
Disin kak ana tak lah dapat menunjukkan cara2 membungkus nya haraf maaf bab cara membungkus lum diambil gambar nya terlupa pulak dah selesai baru teringat alamakkkkkkkkkkkk?
Resepi yang kak ana tempelkan ni mengikut cita rasa kak ana sendiri bukan yang origanal.Pada sesiapa yang hendak mencuba boleh lah ikut k?jika ada yang ingin mengubah nya silakan.
BAKCANG DAGING
2 ikat daun buluh direndam semalaman
100 gm buah berangan yang kering direndam selama 4 jam
50 gm cendawan kering juga direndam hingga kembang dan di gunting selebar 1/2 cm
pada yang tak gemar kan buah berangan dan cendawan boleh juga di elakkan.
1 1/2 kg beras pulut dicuci dan direndam selama 2 jam
BAHAN TUMIS
1/2 kg daging kisar atau daging yang dihiris seperti satay.
5 sudu besar cili kisar
5 labu bawang besar di hiris
5 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1 sudu besar rempah sop
1 sudu teh serbok lada sulah
1/2 cawan kicap manis (untuk kicap kak ana gunakan brand cap kipas udang)
1/4 cawan kicap masin
garam dan chicken stock secukup rasa
CARANYA
Panaskan minyak tumiskan bawang hingga layu,lalu masukkan bahan giling seperti halia,bawang putih dan cili tadi, tumislah hingga cili naik minyak.
setelah naik minyak masukkan daging di gaul rata.
masukkan 2 jenis kicap tadi serta garam dan serbok perasa dan sedikit air.
masukkan juga cendawan dan buah berangan lalu dimasak sehingga daging empok dan kering sedikit.
ketepikan bahan2 ini agar sejuk.
PULUT NYA
5 ulas bawang putih dikisar
1/2 cawan kicap masin
1/2 cawan kicap manis jika suka atau pakai saja kicap masin
sedikit chicken stock
CARA
Pulut yang direndam tadi ditoskan sebentar.
Panaskan minyak dan ditumis bahan kisar hingga garing
masukkan kicap dan stock dikacau rata
masukkan beras pulut lalu di gaul rata dan kecilkan api masak lah dalam 10 minit angkat ketepikan
CARA MEMBUNGKUS
Ambil daun buluh yang telah dilap dan dipotong bahagian tangkai nya sedikit
Ambil 2 helai dan disimpul menjadi seperti corong
Masukkan 1 sudu makan pulut bubuhkan inti dan ditutupkan dengan pulut tadi lebeh kurang 2 sudu makan
terlangkupkan daun kesatu arah dan diikat
setelah semuanya selesai barulah direbus selama 4 jam
rebuslah sperti ketupat
PERINGATAN:
Selain dari dibaluti dengan daun buluh bakcang ini juga boleh di bubuh kedalam mangkok2 kecil yang tahan panas.umpama nya mangkok aluminium atau mangkok plastic yang tahan panas.
Setelah di bubuh kedalam mangkok2 itu hendaklah di tutup dengan aluminium foil agar tak masuk air sewaktu mengukus nya.
15 DECEMBER 2011 DONUT
Assalamualaikum semua................
Wah...........dah lama sangat tak N3 ya? bukan apa,sebenarnya hari2 masak yang sama jadi malulah nak cerita kat dalam sini dengan benda yang sama je.hai....niat memang banyak yang nak di try pi tu lah...yang tukang makan yang tak ada, anak2 bila dah balik kerja dah penat selera makan tak ada,bila kk ana masak sesuatu mereka jeling je,pas tu cakap penat lah............ terus masuk bilik kedebam sampai esok pagi.
Jadi kalau kk ana nak tyr sesuatu terpaksalah hari sabtu tau minggu.Tapi waktu2 hari sebegini pulak banyak jemputan, nak2 bila cuti sekolah.... kadang2 sampai dapur tak berasap,bab minggu2 ada jemputan.Hehehehe........menceceh lagi pulak...ok lah kita cerita pasal si doughnut ni ya......
Doughtnut ni kk ana buat semalam untuk makan petang,resepi dari myresep oleh kak chah.Kk ana ubah sedikit je...ampun ya kak chah....doughnut nya sunggoh lembut bak kata anak kk ana seakan akan dunkin doughnut,hingga ke pagi pun masih lembut.ok kk ana cut n paste resepinya di sini.
Donut Gebus
dri:kak chah no.one@myresipi.com
Bahan-bahan ( 25 biji(saiz sederhana) )
- 500gm tepung gandum
- 1 1/2 biji telur kk ana pakai 1 biji
- 5 sudu makan susu cair - 50 gm
- 3 sudu makan gula - 50 gm
- 1 sudu kecil garam halus
- 2 1/2 sudu makan lemak sayur - 50 gm
- 2 1/2 sudu kecil yis mauripan -3 sudu teh
- 2 1/2 sudu kecil double action baking powder - 2 sudu teh
- 1 cawan air suam (masuk sedikit-sedikit, tambah dan kurangkan ikut keadaan) - 170 gm
Cara-cara
- Campur semua bahan kecuali air dan telur. Gaul rata sehingga kesemua bahan sebati dengan tepung.
- Pukul telur sedikit (guna garfu je). Tuangkan dalam adunan.
- Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan yang terbaik adalah masih melekit2 kat tangan. Tutup adunan dengan plastik dan biarkan selama 40 minit.
- Tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin (ketika ini adunan dah tak melekit kat tangan dah). Bahagikan kepada 25 bahagian atau ikut suka nak besar atau kecil. Bulat2kan.
- Tabur sedit tepung gandum pada permukaan talam. Susun adunan yang dah dibahagi tadi. jarak2 sedikit. Tutup dengan plastik dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda. (lebih kurang 1 jam ikut suhu kt tempat masing2 ye)
- Apabila adunan dah naik. Panaskan minyak yang banyak. Buat lubang ditengah-tengah adunan sebelum di angkat dan digoreng (kena ade skill nih)Minyak mestilah sederhana kepanasannya. Donut akan bewarna cerah tetapi masak didalamnya.
- Tabur donut dengan gula pasir yang dimesin halus. (Tak perlu halus sangat ya..) Selamat mencuba..daa
24 DECEMBER 2011 KUIH LAPIS
Salam jumaat semua..............Hari yang dinanti2kan untok orang2 yang berkerja 5 hari seminggu bab esok dah boleh rest.Pi yang berkerja 5 1/2 hari terpakasa lah gi kerja jugak eh?pi tak apa balik kang boleh gi shopping atau jalan2 cari makan.........
Pagi ni entah apa angin kk ana nak cuba resepi talam pulak so, cari2 berkenankan resepi tulip 77 dari kongsi resepi,tapi kk ana rasa manis.Walauapa pun tetap sedap.So lain kali kalau kk ana cuba lagi kk ana akan kurangkan gula.
Khas buat Tulip 77 kk ana ucapkan terima kaseh bab kongsi resepi nya.Kk ana mohon cut n paste kat sini ya.........
Permukaan nya tak cantik kerana terlalu gairah nak keluarkan dari loyang dan tercocok pulak hehehe
kk ana gunakan loyang 8 inci kuih nya nampak rendah,jadi kk ana potong dan cantumkan dua tu yang nampak tinggi kan?lain kali kk ana akan cuba gunakan loyang 6 inci atau gandakan adunan nya.Ok ini resepinya...........
KUIH LAPIS
oleh: tulip77
Bahan-bahan (loyang 8 inci or 6 inci )untuk mendapatkan ketebalan gunakan 2 adunan dalam loyang 8 inci
- 1 cawan tepung beras 100 gm
- 1/2 cawan tepung gandum 50 gm
- 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt) 175 gm or 100 gm
- 1 st garam
- 2 paket santan serbuk kk ana tak gunakan
- 1 st minyak masak
- 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
- 4 cawan air 600 gm
- Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
- Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
- Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
- Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
- Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
- Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
- * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
- kalau nak memotong nya pastikan talam ini betul2 sejuk dan gunakan pisau yang beralaskan plastic.
24 DECEMBER 2011 KARIPAP KAK BESAH
Salam semua...................... kali ini kk ana hidangkan karipap lagi karipap adalah favorites orang ramai kan?tapi kali ini kk ana menggunakan resepi kk besah dari kongsi resepi.kk ana menggunakan resepi kulit nya saja sedangkan isi nya kk ana gunakan resepi dari ita (masam manis).
Karipap ini juga boleh dibekukan ,resepi dan caranya mudah dengan menggunakan bahan2 yang sentiasa ada di dapur tak lah payah2 nak berkejar ke kedai kan?untok dibekukan kk ana simpan dalam ziplog je.
Kulit nya juga ranggup seperti karipap lain dan jereja2 tepong yang telah digunakan lembut dan tidak liat apabila hendak diuli lagi.Tangan pun tak sakit dan bahu tak lengoh................mohon share ya kk besah resepinya.........................maaf ya...........
karipap kakbesah
dari:kakbesah
Bahan-bahan ( banyak hasilnya.. )
- inti karipap:
- 1 kg kentang - dipotong dadu kecil.
- 1/2 kg daging lembu @ ayam - dipotong kecil.
- 5 sudu makan rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air.
- 7 bj bawang merah, 5 bj bawang putih & 2 cm halia muda - ditumbuk.
- 5 sudu makan gula (ikut slera msing2) & garam secukup rasa.
- 1 kg tepung gandum.
- 31/2 senduk minyak msk ( dlm 2 cawan).
- 500ml air paip (1 botol mineral kecik) + 1 sudu makan garam.
- 1 senduk minyak utk menumis (lupa tulis kt atas)
Cara-cara
- pnskn 1 cawan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkn rempah kari.tumis hingga pecah minyak.masukkn daging n secawan air & tutup spaya daging cpt empuk.pstu masukkn kentang.masak hingga kentang empuk & inti kering.rasa garam gulanya.
- biar inti sejuk.
- pastry karipap:
- panaskn minyak(3 1/2 senduk) hingga btol2 panas lalu curahkn ke dalam tepung.kacau rata dgn senduk.
- bila tepung dah mulai suam2, campurkn air garam sedikit2 smbil digaul/diuli hingga menjadi doh.air x semestnya habis digunakn.xperlu uli dgn kuat mcm buat donut.asal sdh sebati cukup.
- masukkn doh dlm plastik yg x bocor & ikat dgn getah.biar at least 15 minit supaya doh berpeluh & mnjadi lembut.
- ambil secubit doh lalu digentel bulat sebesar penutup btol mneral.buat dlm 15 bj dulu. ikat balik plastik doh.
- gelek guli2 doh hingga leper (jgn nipis sangat).letakkan sesudu inti & kelimkan.ulang membuat bola2 doh,gelek,isi inti & kelim.buat smpai habis.
- goreng dgn api perlahan supaya pastry x menggerutu.
Salam semua............................
N3 kk ana hari ni dalwadeh resepi dari sumber mana dah lupa maaf pada yang punya resepi ya?kk ana nak share resepinya disini.Dalwadeh adalah makanan orang2 india yang banyak dijual di gerai2 makan mereka selalu nya meraka akan makan bersama nasi atau kuah kari.Tetapi bagi orang melayu makanan ni menjadi makanan ringan yang dimakan begitu saja.Dalwdeh ini juga boleh dicicah bersama cili sos atau cili hijau yang di kunyah bersama sewaktu memakan nya.
DALWADEH
1/2 kg dal direndam selama 4 jam ditos dan dikisar kasar
2 biji bawang besar dihiris
5 batang cili kering digunting halus2 dan direndam
2 batang daun kari di hiris halus
2 sudu makan jintan kasar ditumbuk kasar2
2 sudu makan serbuk ayam
sedikit garam
Cara
Tumiskan bawang hiris besama cili kering sehingga kekuningan lalu diangkat.
Kacang dal yang telah dikisar kasar tadi dicampurkan dengan semua bahan2 tadi dikepal2 mengikut selera masing2 kebesaran nya.Setelah dikepal2 lalu dileperkan sedikit agar mudah garing dan masak keseluruhan nya.Buat kesemuanya hingga habis barulah di goreng hingga kekuningan dan diangkat terus dihidangkan.
10 JANUARY 2012 BINKA AMBON
Apa khabar semua? hari ini N3 kk ana tentang ambon yang tak jadi dek kesilapan sendiri ya ampun....
menyesal tak check dulu sebelum membakarnya bab kk ana set ketuhar dengan api yang tinggi 230C dan bahagian api sebelah atas nya dipanaskan juga dengan no3 tu yang terencat so tak naik dengan betul.Patah hati kk ana dibuatnya dan menyesal sangat2 ini adalah percobaan kedua yang pertama pun tak jadi dan yang itu terus jadi macam kuih bakar biasa tapi rasa nya sedap.
Kedua ni taxture nya sarang sikit dan kenyal2 pi tak begitu sedap,setiap percobaan kk ana menggunakan resepi yang berlainan.Baru lah sedar bertapa susah nya binka ambon ni yang popular di indonesia sunggoh leceh pembuatan nya.Jika menjadi texture nya seperti sarang semut dan kenyal2 memang sedap.Walau apa pun kk ana tak akan berhenti mencuba dan doakan lah agar berjaya ya?
No comments:
Post a Comment