WILLIE
Blue Painted Amazon parrot,parrot jantan kesayangan ayah yang melebehi anak2 nya bernama WILLIE.
pemberian dari anak saudara HASIM.setiap hari dia menunggu kepulangan ayah dari kerja .
gembira sangat kalau nampak ayah sebab ayah suka bawak dia gi jalan2 diatas bahu nya macam pirate.bising bila nampak ayah makan mesti nak mintak. willie kuat makan,tu yang buat dia gemok sampai kalau nak terbang tersembam ke bumi hehehe.tapi bila ayah pergi luar negeri dia mula tak mahu makan dan tak active macam biasa ,tapi bila dengar suara ayah dalam talipon baru dia nak makan jadi terpaksa lah ayah talipon tiap2 hari sampai bil melambong hai willie mengada ngada betul.
suka bergambar pandai possing,tengok gambar tu dia possing manja kan?. kalau jalan terkedek2, takut tempat gelap cepat2 dia patah balik cari tempat terang.kalau lepaskan kat hutan macam mana agak nya ya?takut tempat gelap tentu dia ashik terbang kat lampu2 hahaha kesiannnn.
matanya sangat tajam hinggakan helang yang terbang tinggi melangit pun dia boleh nampak dan terus bising macam kasi tahu kita ada musuh.
kita semua suka tengok gelagat dia bila nampak layang2,disangkanya helang sampai tunduk2 kan kepala dan menggigil seluruh badan suruh ambik dia hahahaha.
willie ni pemalu dia tak kan berkata kata kalu org dekat,pi akan bersuara bila cover cage kena tutup atau kita duduk jauh dari dia ,mula lah dia panggil2 hello,good boy,how are you ,sayang dan kadang2 menyanyi lagu birthday tapi bila dekat je dia terus senyap tu yang menyampah pi ayah tetap sayangkan dia.kita tak pernah dapat angkat dia,sebab dia tak mahu dengan kita nanti dia gigit sakit sangat, kadang2 sampai luka,dia juga suka kejar org specially yusuf dan khairul,dia akan kejar sampai dapat so terpaksa lah dia org lari selamat kan diri lucu tengok kan gelagat dia hilang segala stress.
DENNIES
DENNIES
Burung jenis African Gray yang pandai berkata kata,suka meniru setiap perbualan kita, binatang kesayangan kak ana yang.tak suka di pegang oleh sesiapa pun dia akan patok dengan kuat ,kadang2 sampai berdarah dan luka HATI HATI TAU .Dennies saekor burung betina,ia juga diberi oleh orang yang sama ia itu Hasim anak saudara kak ana, .macam mana kita tahu dia bertina? sebab ia pernah bertelur apabila kak ana baru sahaja memelihara nya selama 1 bulan.BERTUAH KAN? ia betelur sebanyak 3 biji,tapi sayang.... kesemua telurnya jenis telur angin ia itu tak akan menjadi anak.
Sewaktu mengeramkan telur telur nya, tak siapa pun boleh mendekati nya termasuk lah kak ana.hai garang nyaaaaaa.takut sehhhhh.
ini lah wajah garang nya jikalau terlihat ia berkeadaan begini jangan cuba2 mendekat pasti ia akan patuk so AWAS tau.kegarangan nya melambangkan ianya seekor ibu yang mengawasi keselamatan anak2nya.paruhnya yang tajam dapat menghancurkan kotak yang tebal,cuba bayangkan jika jari kita di patuk2 sedemikian? aduuuuuuuuuuuhhh.
Keseluruhan matanya hitam tak seperti burung2 lain dan sepet pulak,jangan sangka sepet tau pi bila menyambar tepat sasaran nya,hati hati .Makanan kegemaran nya kuaci, beras dan minum air madu suam2 panas.selalu menanti dengan tak sabar apa bila ayah membancuhkan air untok nya.bila diberi makanan yang keras seperti biskut, ia akan merendamkan dahulu kedalam air sebelum dimakan.ia juga akan mencabut cabut bulu nya kalau dia terasa boring sampai botak..................?
CHAK!!!!!!!!!!!! begini lah bila ditinggal kan, dia akan mencari cari kerana takut ditinggalkan. lihat aksinya berchak chak.cute kan? Apabila nama nya di panggil ia akan menyahut dengan nada yang manja ,ia juga suka di dakap , diromos , diusap usap dan dipeluk peluk manja.... sekali tapi pada kak ana je sorry yang lain.hehehe.
DUA SAHABAT?
Didalm sangkar ibarat sahabat yang akrab ,umpama dua sejoli yang satu jantan dan yang satunya bertina.Jikalau ada baka tentu cantik kan?
Tapi malang..... sebenarnya..... kedua dua adalah musuh ketat,tak boleh bertemu pasti akan bergaduh(patuk mematuk).WILLIE sangat takut kan DENNIES sebab selalu nya DENNIES akan menyerang terlebeh dahulu,maka akan larilah WILLIE terkedek kedek......................kesian WILLIE.