11 NOVEMBER 2011                                                   TART BUNGA

Cantik menawan gi tulah pandangan kita dan sayang nak makan kan?.Rasa nya juga sunggoh sedap.Rapoh dan garing,buatnya tak begitu rumit cepat juga lah,tapi kak ana buat lambat sikit bab tak tahu silap kat mana haiiiii........nasib baik 1 adunan tak banyak dapatlah dalam 100 biji.Cukuplahhhhh.


Pertama kali si ita tu tayang kat fb je dah terpegun lekas2 gi blog dia tengok cara2 nya so try lah.Ita terangkan step by step terperinci penerangan nya.Buat lah pasti jadi gurantee........

TART BUNGA
BY: Kak Anim
CEDOK DRI: AZLITA AZIZ
4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk
CARA
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

JAM NENAS
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni ( sila rujuk dlm blog AZLITA AZIZ )
Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau.

No comments:

Post a Comment