KARI HIJAU

As salam semua dah lama tak jumpa kan? dalam bulan ramadhan ni tak larat nak ber N3 walaupun setiap hari ada menu baru yg dicuba dari kawan2 semua, namun keletehan tak dapat dilawan alahaaahaiiii............Ini lah resepi kari hijau tapi tak hijau pun tak tahu silap kat mana...........resepi ni dapat dari sesaorang jiran.......jom kita tengok resepi nya jika ada yang hendak berikan saranan atau resepi yg lebeh baik silakan.................akak sentiasa menanti
KARI HIJAU
1 ekor ayam di belah 4
1/2 biji kelapa ambil santan nya 1 manggkuk
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
10 biji cili hijau
5 biji cili padi
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan kasar
1  sudu makan jintan halus
3 biji buah keras
1/2 sudu makan rempah kari daging
2 helai daun kari

Cara
Cuci ayam hingga berseh ketepikan
Semua bahan2 kecuali daun kari dikisar hingga halus
Panaskan minyak tumiskan daun kari hingga garing
Masukkan bahan2 kisar dan ditumis hingga naik minyak
Masukkan ayam di gaul rata dan tuangkan air sebanyak 1/2 cawan
Perlahan kan api dan biarkan hingga ayam masak
Bila ayam dah masak masukkan santan tadi biarkan lagi hingga 10 minit
Bubuhkan garam dan rasa barulah matikan apinya

3 comments:

  1. Nice blog :)mantap nih :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh sudi berkunjung dan salam kenal dari saya juga

      Delete