COCONUT CARAMEL FIANCIER MINI CAKE

Selamat pagi............
Kali ini akak kembali nak tunai kan janji pada semua .......akak harap dapat lah adik2 cuba resepi yg lalu tu ya? ok salah satu dari resepi yg akak belajar tu ia lah coconut caramel flancier (kek mini kelapa karamel) macam tu lah kalau di terjemah kan.
Kek nya terbahagi 2 bahagian dibawah nya kek dan diatas nya kelapa dengan kata lain gabungan kek dan tart kelapa ,ke enakan kek ini terletak pada new caramel margarine
Ia nya sesuai untuk kenduri kendara dan apa2 party pun dan paling sesuai ialah pada yg gemar kelapa lah..........ok kita tengok resepi nya ya.............
COCONUT CARAMEL FLANCIER MINI CAKE
Bahan A
40 gm SCS butter / new buttercup margerine
35 gm new vivo caramel margerine

Kedua bahan ini hendak lah dicairkan dan ketepikan

Bahan B
100 gm plain flour
100 gm icing sugar
30 gm serbuk badam
secubit garam

Campurkan kesemua bahan2 B hingga rata ketepikan

Bahan C
2 biji putih telur

Cara
Ambil bahan B yg telah dicampurkan tadi lalu masukkan bahan C dikacau rata
Tuangkan bahan A sambil di kacau rata, setelah siap masukkan kedalam acuan kecil dengan di isi 1/2 bahagian saja hingga selesai.Bakar selama 25 minit dalam oven 180'C
Setelah masak dikeluarkan bubuhkan filling kelapa diatas dan dibakar semula selama 15 mini atau kelapa kelihatan kekuningan.

COCONUT CARAMEL FILLING
Bahan A
70 gm gula caster
80 gm VIVO TOSTAR caramel margerine
Bahan B
80 gm susu UHT cream milk
1 biji telur
sedikit perwarna kuning
Bahan C
200 gm kelapa kering gunakan kelapa hawaiian
Cara
Panaskan bahan A hingga caramel cair angkat biarkan sebentar
Bahan B di jadikan satu dan di kacau dengan gunakan whisk hingga rata
Kemudian masukkan bahan A kedalam bahan B lalu dikacau rata
Akhir sekali masukkan kelapa kering kedalam adunan campuran di kacau sekali lagi hingga tergaul rata
Ambil sedikit adunan tuangkan keatas kek tadi dan hiaskan dengan potongan cerry lalu dibakar

No comments:

Post a Comment

Post a Comment