PACERI NENAS

Resepi dari BUKAN SEKADAR MASAKKAN
Bagi yg gemar paceri berempah boleh lah cuba ya.............bagi akak memang sedap hendak2 kalau di makan dengan nasi minyak atau beryani untuk bukan sekadar masakkan akak mohon cut n paste ya tq diatas resepi mu semoga Allah jua yg membalasnya............Amin...........

PACERI NENAS      
dari bukan sekadar masakkan

Bahan-bahanya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang + bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment