PUDING BATIK JAWA

PUDING BATIK JAWA
Begitulah panggilan nya sewaktu akak belajar membuatnya .Sangkaan akak bila dikatakan puding tu tentulah isi kandungan nya berasaskan agar2 kan tapi meleset sama sekali.Akak belajar membuat puding ini 30 tahun lalu sewaktu anak2 akak maseh kecil lagi dan menjadi sumber mata pencarian akak yg tak berkerja waktu itu Alhamdulillah dapat lah membantu .Ada terdapat resepi yg sama dgn nama dan bahan yang berbeza sebab tu ianya tak serupa dalam segi rasa dan rupa.bagi akak resepi ni amat sesuai sekali dibuat hantaran dan hidangan dlm majlis2dan mudah dipotong2.
puding ni tak susah membuat nya dan bahan2 nya pun senang nak cari,dalam segi rasanya juga enak ,cubalah....

Sekian lama tak membuatnya kini terpaksa lah bongkah semula segala resepi2 tu , atas  permintaan puteri akak yg sorang ni.
Kata nya "majlis orang lain mampu mak buatkan kenapa bila majlis anak sendiri mak nak beli je?"
Aduh......berdesing telinga dibuat nya nak tak nak buatkan lah juga 4 jenis cukuplah tu kan......
Dalam sibuk2 pun nak buat sendiri Alhamdulillah badan sehat dapat juga akak laksanakan.
Sempena kesempatan tu lah akak abadikan dalam blog ni agar dapat berkongsi dengan teman2 semua,maaf tak ada stap by stap tak mampu nak lakukan macam pro2 kita tu.OK kita tengok resepi nya dulu k?
 
PUDING BATIK JAWA
Bahannya
600 gm biskut merry di pecah 4
12 oz butter            340 gm
1/2 tin susu pekat
5 oz gula custer      140 gm
3 oz milo                 80 gm
3 oz nestum             80 gm
12 oz air                 340 gm
2 sudu makan coca powder
1 sudu teh vanilla
8 biji telur grade B
Loyang 8x8 inci disapu butter keliling dialaskan kertas dan sapukan butter sekali lagi

Cara
1 Biskut merry di pecahkan 4 ketepikan
2 Butter ,gula dan telur dipukul hingga rata tak perlu hingga kembang
3 Masukkan pula air,nestum,cocoa ,susu ,vanilla dan milo dikacau rata
4 Masak atas api yg perlahan bahan2 yang telah dicampur tadi sambil dikacau2
5 Masaklah hingga pekat apabila dah kelihatan pekat masukkan biskut merry dikacau rata
6 Matikan api dan tuangkan dalam Loyang ratakan sambil ditekan agar padat dan rata
7 Simpan dalam peti sejuk 4 jam boleh di makan sejuk atau biasa
coba lah semoga menepati cita rasa semua..............

No comments:

Post a Comment