APAM BERAS

11 JANUARY 2012                                                       APAM BERAS
Selamat petang.........................
Cuaca disini sejuk sekali dan perut selalu berkerongcung dalam ingatan selalu je terbayang masakkan yang sedap2 tapi nak makan apa eh?kat sini bukan nya ada orang berjualan kuih muih waktu petang2 cam ni,lain lah kalau kat malaysia waktu petang2 macam pesta makanan,sana sini ada saja yang berjualan makanan ringan untong orang2 sana.


Kita balik kat resepi hari ini apam beras,sebenarnya sebelum ni kk ana dah pun try apam ni tapi 1/2 adunan je tak sempat load dah habis ,resepi nya sedap macam apam zaman dolu2 masa kk ana kecik2 suka sangat apam ni pi tak tahu buat....... ini pun terpandang kat FB Jalinan Rasa dan janji akan try dan ini lah hasilnya.................kepada yang punya resepi kk ana mohon share ya ? agar dapat sama2 dinekmati oleh peminat2 apam semua .............Pada anda2 yang memberi resepi2 walau dimana sumber nya kk ana akan abadikan dijiwa dan diblog ini sebagai penghargaan.Terima kaseh........ tanpa anda2 kk ana tak akan merasa kenikmatan makanan yang anda2 siarkan.
Tersentoh kk ana dengan kebaikan mereka semua............JIWANG pulak..........jom cuba........

APAM BERAS
sumber cha myresepi
terpikat dari Jalinan Rasa

Bahan-bahan ( 5 org ) kk ana sukat gunakan gm maaf kk ana ubah ya?

  • 2 cwn nasi }200 gm
  • 2 cwn tepung gandum }200 gm
  • 2 cwn tepung beras }200 gm
  • 1 cwn brown sugar }kk ana pakai gula biasa
  • 3/4 cwn gula }bagi kedua2 ini 300 gm
  • 2 1/2 cwn air }460 gm
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
Nota: acuan hendaklah di sapukan minyak agar tak melekat dan panaskan dahulu selama 5 minit sebelum dituang dengan adunan.Untuk mewarnakan bahagikan adunan kapada sebanyak mana warna yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment