NASI AYAM IPOH

25 OCTOBER 2011                                                          Nasi Ayam Ipoh


Salam semua kita jumpa lagi kali ini,apa khabar semua? mudah2an sehat hendaknya.
Hari ini kak ana cuba resepi dari dapur AZLITA AZIZ lagi, ia itu Nasi Ayam Ipoh.kak ana memang suka resepi dari ita ni sangat2 mengoda coba'an........walapun rasa nya belum ku tahu tapi dah masak rasanya taraaaa sedapppp oiiii.

Comment family kak ana lah.Ini yg buat kak ana rajin nak kedapur hehehe...........ada semangat !!!!!!
hai senang nya dalam hati
resepi dimasak dah disaji
Family makan so happy
tq ita sekali lagi.........

Rasa nasi ayam ipoh sangat berbeza dengan nasi ayam biasa dimana aroma nasi nya harum dek minyak bijan dan nasinya lembut serta berderai sebiji sebiji.


Nasi ayam ipoh ni dimakan dengan 2 jenis sambal iaitu sambal kicap n sambal cilli,alah2 cina gi tu.Soup nya pulak dibubuh sengkuang enakkan?Dari itu jangan pandang2 lagi jom cuba.
NASI AYAM IPOH

By: Quinnie
Inspirasi AZLITA AZIZ


Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi

Sup Ayam

4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
air secukupnyaMasukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.

Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

NASI AYAM IPOH4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masaSekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili merahCili Merah

10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Cili Kicap

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan
Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.
Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..

No comments:

Post a Comment