HIDANGAN TENGAHARI
19 november 2011

Salam semua N3 hari ini hidangan tengahari tadi berupa kailan goreng dan daging daun bawang.Makanan yang simple dan cepat serta berkhasiat.


Makanan sayuran amat perlu untuk tubuh badan kita ia nya menghasilkan serat yang melancarkan pembersehan dalam usus kita dan protin dari daging pula menambahkan tenaga yang telah sehari di keluarkan.Kita harus ingat setiap pengambilan nya tidak harus berlebehan kerana setiap yang berlebehan akan mendatangkan kemudaratan.Sebagai manusia begitu juga kak ana akan terlupa semua itu apabila yang dihidangkan terlalu sedap atau favourite


Tapi apabila dah mula sakit baru nak ingat semua tu dah terlambat....................Ini semua sebagai ingatan buat kak ana yang dah berusia dan harus menjaga makanan sebab enjin lama.
Jika tidak makanan yang biasa dimakan akan bertukar menjadi pil2 yang mengantikan makanan kita, mudah2an dilindungi Allah dari semua itu.Insa'allah.
Ok disini kita tengok resepi untok hidangan hari ini.


DAGING DAUN BAWANG

1/2 kg daging goreng dihiris lebar dan halus
2 biji bawang dihiris kasar
2 biji cili merah dihiris
2 biji tomato dibelah 6
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap masin
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 cekak atau 100 gm daun bawang dipotong kasar

Bahan kisar

3 biji bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
1 sudu besar tepong jagung campurkan dengan 1/2 cawan air untok memekat kan nya.


Cara

Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau masukkan daigng dan masak lah sehingga daging empok,jika kering tuangkan air.
Setelah dagingnya empok masukkan semua bahan2 lain kecuali daun bawang dikacau rata dan masaklah dalam 1 minit matikan api.
Apabila api telah dimatikan masukkan daun bawang digaul rata dan bolehlah dihidangkan.


KAILAN GORENG
200 gm sayur kailan dipotong ikut suka cuci dan toskan
1 batang lobak dibuang kulit dan potong serong
1 biji bawang besar potong kasar
2 biji cili merah dihiris
3 biji bawang putih dicincang
4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Cara
Tumiskan bawang putih hingga kuning masukkan sos tiram dan sedikit air.
Setelah air mendideh masukan bahan2 yang selebehnya masaklah hingga sayur layu sedikit jangan terlalu layu ini akan merosakkan kandongan vitaminnya.
Rasalah masakan nya baru dimatikan api dan dihidangkan.
Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment