Salam sayang semua...........................

Ini lah kalau dah rajin hari2 ada N3 masuk, pi kalau dah malas tiga hari atau lebeh pun belum tentu nak loadding.......kita tinggalkan kemalasan tu jom nikmati spaghetti malay stile.

Spaghetti makanan kegemaran anak2 kk ana mereka akan makan beulang2 sambil menonton tv,saat ini lah rasa nya berbaloi segala penat lelah seharian didapur.Kk ana masak bila semua anak2 tak kemana2 jadi boleh habis kan?Sebelum masak spaghetti ni kk ana ada menonton WE tv dimana makanan orang2 spanyol ada lah makanan yang penuh diet sperti pizza dan spaghetti terutamanya kerana terkandong sayur2an dan daging.Sekali makan semua dah ada kan?jom kita jamu selera tapi buat sendiri eh?

SPAGHETTI
Bahan
500 gm mee spaghetti (donna vera) atau brand lain pun boleh
500 gm daging cincang
200 gm tomato biji di potong kecil2
1 tin button mushroom di potong kecil2
1 botol sos spaghetti (kimball)
200 gm batang sadri di potong kecil2
200 gm bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dikisar
5 sudu besar cili giling jika suka
1 sudu makan daun oregano yang kering
1 packet serbok spaghetti bolognaise (maggi)
2 sudu makan serbuk ayam
garam secukup rasa

Cara
Spaghetti direbus hingga lembut lalu toskan dan digaul dengan sedikit minyak supaya tak melekat.
Panaskan minyak tumiskan cili giling hingga terbit minyak dan masukkan bawang putih, ditumis sekali lagi hingga layu baru masukkan daging cincang dan sedikit air biarkan sekejap baru masukkan bahan2 yang lain dan tambahkan air secukupnya jangan terlalu banyak lebeh kurang 1 mangkok je (500 ml) masaklah sehingga daging empok dan pekat sedikit,dengan api yang sederhana.
Nota :untuk menghidang nya ambil sedikit spaghetti kedalam pinggan dan tuangkan sos nya diatas spghetti tadi di tabur dengan sedikir origano dan jika suka boleh ditabur dengan pamisan chees atau apa2 keju yang anda suka.Selamat mencuba.............

2 comments:

  1. As'salam Kak Ana

    ni first time ct singgah blog kak Ana. banyak juga resipi menari kat sini. Tapi spagheti tu juga mendapat perhatian..hihi

    ct pernah buat juga kak, anak2 memang suka. sampai katanya tak payah makan kat luar dahh, mama buat lagi sedap..hehehe

    ReplyDelete