KUIH SIPUT

Selamat malam semua................
maaf ya dah malam2 baru nak masukkan N3 orang sedap tidur kk ana ngah celik masukkan N3 pula?tak tahulah kenapa mata ni tak dapat lelap panas agaknya tak?
Kk ana memang gemar tengok tv sambil kunyah2 tu yang dah lebar tak perasan ....sebenarnya buat2 tak perasan je......hehehe.......kuih siput ni nak tunggu raya lambat sangat bila dah raya tak termakan pulak kan?jadi mari kita buat sekarang boleh jugak buat cemil2 sambil tengok tv.
Kk ana celok resepi ni dari Jalinan rasa nama yang tak asing lagi dalam Facebook dan resepi dalam blog kk ana.
Kuih siput ni tak payah gigit kuat2 cuma kunyah2 dah terasa kerapuhan nya, memang megancam kk ana akan jadikan salah satu menu hidangan kuih raya tahun ni insyaallah........cuma kk ana tambahkan perisa hoa che dalam adunan ini maaf ya ayu........untuk membuat kuih ni perlukan kesabaran ya......nak selesaikan satu adunan memang lambat tapi bila dah goreng sekali kaup je dah nak dekat habis hilang dalam perut.............bagi yang sabar jom ini resepinya............

KUIH SIPUT
sumber: Olahan dari 2 majalah.
Sumber: Rohaisha Mesra Selera
inspirasi:Jalinan rasa

Bahan-bahan:

600gm tepung gandum
220gm marjerin}dicairkan (klu nk lg rangup guna sukatan 240gm marjerin )
6++tangkai daun kari} untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng

2 tangkai daun kari} Kisar
2 sudu besar serbuk kari
15gm jintan halus} Kisar
15gm jintan kasar}Kisar
15gm udang kering} Goreng dan Kisar
2 ulas bawang putih}dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
Air} Sediakan 150ml+- air
2 sudu teh serbuk hoa che atau serebuk pati ayam
Garam secukupnya lebih kurang 1++ sudu kecil garam.

Cara:
1.       Marjerin yang dicairkan hendaklah betul-betul disejukkan.

2.       Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi.Ketepikan.

3.       (A ) Kisar jintan kasar,jintan halus dan daun kari.

4.       (B)  Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih.

5.       Dalam satu bekas,campurkan bahan (A+B) dan gaul rata bersama garam (adjust garam ni; jgn terlajak masin pula).

6.       Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak Gaul rata.

7.       Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. (sambil tu, cuitlah sikit tepung utk test sekali lg sama ada dah cukup masin ke belum).

8.       Masukkan air sedikit demi sedikit..dan uli sampai betul-betul sebati.Jgn tuang air terus..klu dah tak melekat tandanya o.kle tu..

9.       Gentel siput smpi habis.

10.   Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya..






2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan dapur,
    rasa macam rayalah pulak datang sini dapat makan kuih siput.... rindi kenangan lalu!

    ReplyDelete