KAMBING BERYANI

Selamat senin semua..................
Berjumpa kita kembali sebagaimana yg telah kk ana janjikan tempoh hari nak siarkan lauk buat pengapit nasi beryani kita tu ingat tak?tentu masih ingatkan.............. cuma lambat je maklum lah siaran lama macam kura kura lah kan?
Kk ana menggunakan daging kambing, bagi yg tak gemar bolehlah ditukar dengan ayam atau lembu ikut selera masing2 ya.......


KAMBING BERYANI

Bahan
1 kg daging kambing bahagian isi nya dipotong 2 direbus hingga empok jangan dibuang air rebusan
2 biji tomato di belah empat
2 batang daun pudina dipetik2

 Bahan tumis
3 biji bawang besar di hiris
4 biji bawang putih dikisar
2 sudu makan cili kisar
50 sen badam direndam n kisar
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan rempah beryani
2 sudu makan rempah soto
2 inci halia dikisar
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
250 gm tairu
minyak sapi dan garam serta sedikit gula

 Cara
Panakan minyak sapi hingga cair tumiskan bawang hiris hingga kekuningan
Masukkan rempak kasar (kayu manis,bunga lawang dan pelaga)dikacau seketika
Masukkanpula rempah kisar dan cili kisar masak hingga naik minyak
Selepas tu Masukkan rempah beryani dan badam kisar dikacau rata
Masukkan tomato puree dan tairu
Kemudian masukkan daging bersama air rebusan nya
masak lah hingga sedikit pekat
Jangan lupa bubuh garam dan gula
Apabila sudah agak pekat masukkan tomato
Taburkan dengan daun pudina diatas nya

2 comments:

  1. As'salam kak Ana

    tengok menu jer dah lapar perut belum makan lagi tu, kalau dapat colek2 dengan roti prata pun sedap kuahnya kan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikum salam ct
      bukan makan dgn perata je makan dgn roti pun sedap yumm yummm yumm

      Delete