5 OCTOBER 2011                                       SOUSAGE ROLL


Makanan yg mudah, cepat dan tak banyak belanja.klu ditanya cam na nak buat jadi malu pulak bab ia nya terlalu senang pi tak apa lah, kak ana bubuh je resepi nya utk rujukkan je.


Pagi ni cam rajin gi tu so awal dah bangun tapi bingung nak buat sarapan apa ? dok fikir2 terpandang lah roti sebantal baru teringat ada sousage kat dlm fridge, pas tu check dulu telur ... nasib baik ada.

Maka datanglah idea nak buat sousage roll.kalau sesiapa nak cuba ini lah resepinya.


SOUSAGE ROLL

Bahan

5 btg sousage kak ana gunakan brand bagus perisa satay

5 keping roti gardenia

3 biji telur jika kurang tambahkan

Cara

roti di giling tipis bubuhkan sousage dan gulong ,diakhir bahagian sapukan telur yang telah di kocok

buat lah sehingga selesai.

setelah siap semua nya di ketepikan dulu..Panaskan kuali berisi minyak jangan gunakan minyak yg banyak setakat terendam 1/4 bahagian roti itu sudah mencukupi.Gunakan api yang kecil sebab telur mudah hangus.

Celupkan roti yg tlh di gulong kedalam telur dan digoreng jgn lupa di pusing2kan agar tak hangus, bila dah kekuningan barulah diangkat.

Sousage jenis lain juga blh di gunakan tapi hendak ditambah lah setiap kuantiti nya.kerana sousage itu klu tak salah sebanyak 10 btg atau lebeh.selamat mencuba..........

No comments:

Post a Comment