JALAN JALAN

10 SEPTEMBER 2011                                                     JOM KE MELAKA









PERHENTIAN PAGOH
Kita bertolak dri Singapura jam 8pagi tiba diPagoh jam 10 pagi utk bersarapan ,kak ana bekalkan lontong yg di buat pagi tadi ,makan disitu terasa suasana kampong nyaman sekali.seronok tauuuuuuu.


menikmati sarapan pagi di perhentian pagoh


ini lah lontong juadah kita semua di RR Pagoh


Berkongsi makan dua beranak ni seronok kan? lihatlah ,kemesraan dan kemanjaan terserlah disini.


Dah pun kenyang jom kita bertolakkkk.


Bersiap siap utk meneruskan perjalanan,tak sabar rasa nya nak ke kampong.

DALAM PERJALANAN


Dalam perjalanan ternampak art gallery dalam pondok, agak nya hasil kerja tangan anak2 dalam rumah tu.ini lah cara yang terbaik untok mempamirkan hasil seni anak2 mereka.shabbas.
papan tanda ke Kandang Melaka

Disinilah arah kita semua akan bermalam sebelum ke majlis kawin esok (kandang).nama tempat macam gerun gi tu saolah olah macam tempat lembu n kambing tinggal kan? tapi itu hanya nama sahaja.
Bandar hilir melaka
Singgah dibandar Melaka untok minum petang,di sini kita menikmati goreng pisang,epok epok dan cendol.
Cendol melaka lemak manis cukup sedap.

Goreng pisang yg panas dari kuali kemudian ke pinggan dan kemulut nyam nyam nyam.

Epok epok kentang tengok padatkan isinya n ranggup pulak keruk keruk.


Misah n family ,terpancar rasa keenakan epok2 goreng pisang dan cendol ya kan ?
kalau tak percaya datang lah cuba....................jom............

menikmati juadah di tepi sungai Melaka sambil berborak borak.


Lambang kebangaan negeri melaka,kapal portugis.bila kita lihat je dalam gambar tentu semua tahu kita berada di mana.kawasan ini memang cukup popular dengan pelancong, yang sentias ramai berkunjung.


Cari lah kami di Facebook hehehe .Ikatan siratul rahim melalui FB.cenderamata dari Melaka Misah yang beli buat kenang kenangan.

Ayam kampong

Lembu ternakkan
 
Biawak
 
Binatang2 ini kita boleh lihat di kawasan2 kampong.Tapi di Singapore hanya di zoo .senang hati bila melihat suasana sedemikian, dimana binatang2 hidup bebas mencari makan di bontoti anak2 nya,oh ya kalau nak tahu cicak yang besar tu di panggil biawak,binatang ini dimakan oleh kaum2 india dan cina. sedap kata mereka eeeeeeee.

Rumah sepupu misah kat kandang Melaka. cantik kan? besar lagi.pi dalam nya kita tak tahu macam mana sebab waktu kita datang tuan rumah balik kampong beraya.

Duduk di ambin kalau makan goreng pisang dengan air kopi panas.wahhhh tak dapat di bayangkan.

Misah mengangan angankan rumah seperti ini. tengok dia bergaya gembira gi tu.Insa'allah suatu hari akan tercapai jua.sama sama lah kita berdoa.Amin.

Puteri Leah sedang bersantai di bawah pondok nak tunggu putera datang . semua nya tengah melayan angan angan hehehe.

Leah bersama idola nya cik Buyong bapak pengantin. kalau di melaka orang panggil dia "dak akob".pandai menyanyi,selalu dapat permintaan menyanyi bila di majlis majlis kawin,dia nyanyi suka2 je untok melepaskan gian n bakat yang terpendam.
Sebenarnya Leah tak percaya yg pakcik dia boleh menyanyi maklum lah tak pernah dengar,pi bila pakcik dia menyanyi khas untok dia ternganga Leah di buat nya.Kesiannnn.
bila pulang ke Singapura ana terus load kat FB n send to all family.wahhhh tak sangka feedback melimpah limpah masuk beri comment kerana kagum dengan suara nya.Ini lah bakat yang di simpan dalam kampong Bacang siapa sangka kan?

Sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua.SELAMAT PENGANTIN BARU.
buat FAIZUL KABIR dan isteri,

Ini lah keluarga pengantin.begitu gembira dan mesra. kami ucapkan selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan mempunyai zuriat yang ramai lagi soleh n soleha.AMIN.

Hanya di dalam majlis majlis sebegini lah baru bertemu jauh dan dekat semoga . semoga ke iratan siratul rahim ini akan berkekalan.


bergambar bersama keluarga dari Singapura dan Malaysia,walau dimana kita berada tali persaudaraan tak akan luput insa'allah.

PERJALANAN PULANG

Singgah untok melihat kereta lembu dari dekat.tapi sayang tak dapat nak bergambar masing2 lupa nak bawak kamera.ini pertama kali melihat lembu yang besar dan mampu menarik chart bersama penumpang sekali,setiap cart yang di hias dengan menarik itu mempunyai 2 ekor lembu yang gagah dan setia berhidmat.Kak ana tak menaikinya kerana terasa sedeh melihat keadaan lembu2 itu dimana amat terseksa hendak menarik cart yang berat serta beisi penumpang,

tak sedar air mata berlinang melihat keadaan itu,tanpa berlengah terus meninggalkan nya, didalam perjalanan maseh teringat ingat peristiwa yang menyayat hati itu,terbayang saolah olah lembu itu meminta agar di kasihani aduuuuuuuuuuuhhhhhhh.........................................tak sangup.


No comments:

Post a Comment