AYAM GORENG TEPONG

Selamat pagi semua..............................
Hidangan hari ini ayam goreng resepi dari adik ipar ku Ishak,ayam yang bersalut tepong dan rempah.Sedap dimakan panas2 gareng dan ranggup.Ayam goreng ini adalah salah satu menu dalam perjumpaan hari keluarga (family gathering).Mari lah sama2 kita cuba nya...........
AYAM GORENG TEPONG
by:ishak

Bahan rempah
1/2 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan kasar
kesemua bahan2 ini hendak lah disangar dan dikisar halus atau gunakan rempah kari daging sebanyak
1 sudu makan

Bahan perap
1 ekor ayam dipotong 12 dicuci dan toskan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh bahan rempah
1/2udu teh serbuk ayam
1 sudu makan tepong gandum
Kesemua bahan digaul rata lalu diperap selama 1/2 jam

Bahan tepong
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang putih dikisar
2 sudu teh lada sulah
1 sudu makan serbuk ayam
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan bahan rempah diatas
300 gm tepong gandum
Kesemua bahan2 ini di gaul rata dan sebati lalu dibedakkan pada ayam tadi barulah digoreng gunakan minyak sehingga ayam nya tenggelam sambil dibalik2kan agar tidak hangus sehingga masak dan garing.Selamat mencuba.................
Nota: Jika yang suka pedas boleh juga ditambah dengan lada serbuk dan yang suka manis boleh juga ditambah madu,kesemua tambahan2 ini hendaklah dibubuh sewaktu pemerapan.
Jika yang tak sempat mengoreng boleh diperap didalam peti sejuk dan jika sudah dibedak tak sempat mengoreng boleh lah disimpan di peti sejuk bahagian keras.

No comments:

Post a Comment